Thursday, July 28, 2011

* Special Promotion 2011 *


* Tat Nenas Gunting *


* Biskut Sarang Semut *


* Choc Ferrero *

* Corn Flakes Cookies *

*Chocolate Chips*

*Biskut Badam*

*Almond London*

*Mama Carries*

Tahun ini my sys JEn nak mempromosikan hamper raya yang sungguh menarik kepada badan koperat atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan hamper raya kepada staff mereka atau orang yang tersayang juga sebagai tanda terima kasih dan perkongsian rezeki kepada mereka itu. Insya Allah bertambah semangat mereka bekerja bila dapat hamper cantik ni.. Sebenarnya projek hamper ni bukanlah setakat untuk hari raya aje. Ianya berterusan dan boleh diubahsuai untuk semua jenis keraian. Kalau hendakkan bakul seumpama itu untuk hantaran pertunangan/perkahwinan juga ada disediakan. Hamper yang JEn sediakan ini coraknya baru dalam pasaran . Sekali pandang pasti tertarik. Harga tertakluk kepada 3 jenis iaitu :-
Kecik-Rm70
Sederhana-Rm100
Besar-Rm150

P/S :-Kepada mereka2 yg berminat tok menempah biskut tok raya taon ni buleyh hubungi tokey beso di cni >> Jen Cookies <<< segalanya akan terjawab d situ :P Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg akan tiba

* Naluri Ingin Berpasangan *


Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan.Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.

Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.

Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut?Cinta sejati hadir tanpa disedari.

Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut?Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.