Sunday, September 23, 2012

* Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih *



Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Friday, September 7, 2012

* Kerana Dia Seorang Ibu *


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..

✿ Mari berubah jadi baik.

* Jalan-Jalan Cari Makan *

ngeeee...
td ptg jalan2 crik mkn bersama dgn paksu :D
dgn sabarnya paksu menemani..
hehehehe..
dan hasilnya...
jeng jeng jeng :D
jom tgk hasil dr jalan2 carik makan td ptg ^_^

* bermulanya sesi mengunyah tyme on9 *

* utk srpn pg *

* for dinner *

* for lunch *

* hasil semuanya dan paksu mnjd mngsa angkat bakul *

thanks to " my mushuk " sbb banje sume ni :)
ngeeee :D

Thursday, September 6, 2012

* Bila Wanita Menangis *


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis..
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda..

Dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda..
Apabia dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya..
Bolehkan anda rasa apa yg dia rasa?
Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yg dia rasa?

Fikirkan..
Berbaloikah dia menangis,di hadapan anda?
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati.
Kesedihan yg di rasainya mnjadi semakin berat utk di simpan.

Cuba ambil masa utk berfikir.
Jika si dia menangis hanya kerana anda.
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda.
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan.
Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal.
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "MAAFKAN SAYA"
Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda biarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah di sisi dia menemani dia.
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Jangan pernah mengungkap rasa cinta anda pada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta..
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara..

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama..
Tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..
Hargailah seorang wanita yang tulus mencintai anda..