Tuesday, June 29, 2010

-i Love FrenzyFm-




Assalammualaikum...vdeo di atas ni merupakan wajah2 ADMIN,DJ & MODERATOR di FrenzyFm..apa yang boleyh di perkatakan di sini ialah semua dorang memang best2..lebih2 lg Dj Frenzy..dowg sume Dj yg gempak...semuanya melakukan kije dengan seikhlas hati tanpa mengeluh penat or something yg tidak menyenangkn owner FrenzyFm..malah ada Dj yang sanggup on-air tyme demam...di situ kite leyh melihat betapa semangatnya dorang melakukan tugas yg telah di beri..saya memang bangga dengan Dj di FrenzyFm...kdg2 ada Dj yang sanggup on-air pagi2 buta atas permintaan chatterz FrenzyFm..sekiranya ada masa terluang,Dj FrenzyFm akan meluangkan masa bersama FrenzyFm..tentang Moderator x taw nk kumen ape..ahahaha..just want 2 say Selamat Menjalankan Tugas..hehehe...sape2 yg bace entry ni,jom la join kami di sini (FrenzyFm)..kpd blogger..anda boleyh pacak radio FrenzyFm dengan amik koding radio frenzy di sini >>> mintaklagu ..sebagai salah seorang Moderator di FrenzyFm,saya mengalu2kan kedatangan anda semua dan berharap anda sokong FrenzyFm dengan memacakkan radio di blog anda...oklah..tyme 2 out...semoga anda akan terhibur di FrenzyFm...Assalammualaikum....

-Ciri-Ciri Sahabat Sejati-

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu;

Monday, June 28, 2010

-She's Gone-


She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

-Erti Di Sebalik Kesetiaan-

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki atau wanita yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…

-My Feveret Song-



hehe..lagu ni memang lagu feveret cha...suke dengar lagu ni..lbh2 lagi pompuan ni nyanyi..so sweet jew...best giler jew dye nyanyi sambil main gitar...teringin nk main gitar gak..ahaha...jom layan lagu i'm yours ni...

Saturday, June 26, 2010

-17 Ciri Lelaki Harus Di Elak-

Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang brbahaya utk kamu keluar dating atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

  • Mahukan kamu berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.
  • Tidak menghormati masa kamu untuk bersendirian/privacy. Senang cakap apa saje kamu buat dan nak buat, dia nak tahu.
  • Suruh kamu buat perkara yg kamu tak selesa seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu 2 kenal.
  • Mendesak ingin selalu berjumpa. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Kamu kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Kamu tetap kata tak boleh, dia terus mendesak.
  • Ada reputasi menipu.
  • Kaki judi, peminum arak. Menggunakan dadah atau pil2 khayal.
  • Pernah gagal dlm banyak perhubungan cinta dlm sejarah hidupnya. Beberapa kali nak kata ya? Kalau umo baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu sudah boleh dikira banyak. Cinta monyet tak kira ok!
  • Tidak memuji, malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan kamu dapat rasa dan tahu kedua ibu bapanya bukanlah orang yg jahat. Walaupun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih2 lgi pada peringkat baru berkenalan menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.
  • Mempunyai sejarah tlh di diagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau mental illness.
  • Tidak bekerja, (sebab pemalas) ada sahaja alasan sedangkan kamu lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.
  • SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain coz kehilangan kerjanya itu.
  • Ingin mengawal fesyen rambut, pakaian, sikap dan cara kamu, rakan2 atau dengan siapa kamu berkawan dan kerja pun dia nak kawal.
  • Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yg kamu hanya tahu kemudian. Sbg contoh, dia kata bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang. Tapi kenapa tak cakap awal2 dia pernah kahwin.
  • Merasakan dirinya saja yg istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.
  • Percaya undang2 utk orang lain, dia tak tertakluk pada undang2 boleh buat apa yg dia suka.
  • Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yg handsome, cute, smart, peramah dan blh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, kamu perlu berhati-hati.

Friday, June 25, 2010

-Rahsia Cinta Perempuan-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday, June 24, 2010

-Tag From MieraMeya & DD7-

1. Adakah anda rasa anda hot?
-i'm not-

2. Update wallpaper laptop yang anda guna sekarang?
-pic baby cumeyl-

3. Cerita pasal gambar ini
-mls nk ltk pic sbb akan wat entry ni jd cacat-

4. Kali terakhir makan pizza.
-ntahla..sbb x minat mkn pizza-

5.Lagu terakhir yg anda dgr.
-i'm yours by jason mraz-

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
- skodeng frenzyfm.my & dengar radio-

7. Selain nama sendiri.anda di panggil dengan nama apa .
-cah,chang,chaR & sha-

8. Tag org?sape yg nak kena tag
-cong-
-kak kina-
-abg faris-
-kaka far-
-bam emy-

9. Siapa orang number 1 pada anda
-temanku-

10. Katakan sesuatu pada orang number 5
-my brother-

11. Number 3 ada hubungan dengan siapa.
-dengan mrs.fgr-

12. Bagaimana pula dengan org number 2
-my sister-

13. Kata-kata cinta pada orang number 4
-love & mish u-

14. Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag
-semua berasal dr negeri yg berlainan-
-semua chatterz frenzyfm-
-semua still study-
-semua suke chatting-
-semua penyayang-


p/s:thanks 2 mierameya & dd7 coz tag cha...dh lme nk msukkn dlm entry tp kalo edit balik ltk pic kat no 2 tu kompem entry jd cacat..sbb 2 lmbt nk post..last2 amik keputusan x ltk pic kat no 2 tu..hehehe..thanks ya dd n mora...syg korg..

-Award From Kak Kina-



Assalammualaikum...hari ni dpt award dr kak kina ag...ahahaha...2 kali dpt award dr kak kina..ape yg best nye blog cha ni pon x taw..mayb dh xde owg len kot nk bg...bg jew la kat cha..ahaha...by the..thanks a lot ya my sis....love & mish u so much....

-Bukankah Diam Itu Lebih Baik-

Kenapa asyik membuka mulut

berkata-kata kosong

tanpa manfaat sedikitpun,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa sibuk mengatakan

keburukan orang lain

dengan tidak henti-henti mengumpat,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa mulut tidak penat

mengeluarkan kata-kata kesat

meskipun kepada rakan-rakan,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa masih tidak insaf

berkata-kata buruk

dengan mengutuk orang lain,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa agaknya mulut itu

tidak boleh dikunci walaupun

untuk masa yang singkat,

bukankah diam itu lebih baik?


Saya ingin menceritakan mengenai tabiat diam. Ramai yang mengatakan bahawa orang yang pendiam ini, sombong, pemarah, tidak mahu berkawan dengan orang lain. Betul ke? Kenapa kita suka sangka buruk kepada orang yang begitu. Kenapa kita tidak berasa bahawa orang seperti itu sebenarnya lebih baik dari orang yang suka bercakap tidak tentu pasal. Kita seolah-olah membenci orang yang melakukan kebaikan dan kalau boleh mahu mengajaknya untuk menjadi orang yang suka bercakap kosong atau dengan kata yang lebih jelas lagi, untuk mengajaknya melakukan dosa. Kita tidak berasa begitukah? Tidak salah untuk berkata-kata, tetapi kata-kata itu mestilah yang baik-baik. Jika tidak ada perkara yang hendak dicakap, lebih baik kita diam.



Orang yang suka berdiam diri atau pendiam itu lebih baik dari orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan baik. Kedua-dua sifat ini merupakan sifat yang baik dan tidak susah untuk melakukannya asalkan hati menyuruh tuan empunya diri berbuat demikian.Jika seseorang itu tidak mampu berkata baik, lebih baiklah dia mendiamkan diri. Jangan kita suka mengisi masa dengan mengumpat orang lain, mengutuk dan sebagainya yang boleh menyebabkan diri bertambah dibenci orang dan tuhan
.

Manusia berbicara setiap masa. Pagi, petang dan malam. Baik dan buruk. Bicara yang baik dapat menjamin keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Diri lebih dihormati dan disayangi masyarakat dan tuhan. Tetapi jika bicaranya tidak mengikut adab dan tuntutan agama, dia akan merana di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia dibenci orang dan di akhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain menyebabkan kita diseksa di Neraka. Lidah yang dikurniakan Allah bukan dicipta untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan kalimah-kalimah yang berhikmah. Oleh sebab itulah, diam merupakan benteng kepada lidah kita dari berkata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia. Orang suka berdiam diri itu tidak bermakna dia bodoh, orang yang suka berbicara itu tidak pula bermakna dia cerdik kerana kecerdikan itu merupakan buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak berbicara
.

“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah tempat paling layak baginya”

Wallahu-A’lam..

-Award From Me cHa cHa-


Assalammualaikum...hari ni cha nk bg award khas untuk sume follower blog cha..thanks ats sokongan yg korang bg...blog korang memang terbaik...award ni cha buat khas tok follower blog cha..hope korg happy dengan award yg cha bg ni...bg mereka yg x suke,just ignore.. :) syg korang sume...

Wednesday, June 23, 2010

-Award Terkini Dari MieraMeya-


yahoo...happy sgt2 coz dpt award ag dr sowg member..iaitu MieraMeya...wpun blog x sehebat blog dowg tp tetap dpt award...ahahaha....tq mora...syg mora sgt2...

-Award From RAY a.k.a JOE-


Hari ni cha mendapat award lg from RAY a.k.a JOE..i like this award coz cha suke katun SPONGEBOB & SHIN CHAN..by the way..thanks banyak2 RAY coz give me award wpun blog cha x sehebat blog anda..

-Award Terbaru Dari Kaka Miya-

Assalammualaikum..hari ni cha dpt award from CintaMiya..so,dengan bangganya cha pon nk paste award ni kat mereka yg layak untuk terima.jom kita tengok sape yg dpt award ni:

kaka far
kaka kina
amin93
aiE-man
Maksu
Emy
Rain

p/s:thanks 2 kak miya coz give me award...love n mish u my sis.

-Kebahagiaan Dan Kecemerlangan-

Apa yang saya ingin kongsikan dalam post kali ini adalah mengenai ciri-ciri kebahagiaan dan kecemerlangan yang sejati bagi seorang pelajar. Sebelum itu saya ingin menerangkan secara ringkas dan mudah apa itu kebahagiaan. Kebahagiaan itu ada kaitannya dengan kekuatan jiwa, kerohanian atau lebih tepat lagi keagamaan. Sekiranya kita dapat menguasai, menghayati dan memenuhi segala kehendak yang dituntut dalam agama islam, kita akan merasa lebih bahagia dan hidup kita akan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat.

Berbalik kepada kehidupan saya mahupun anda sebagai seorang pelajar atau penuntut dalam apa juga bidang ilmu. Apakah sebenarnya ciri-ciri kebahagiaan sejati yang saya mahupun anda inginkan. Ciri-ciri kebahagiaan yang bagi seorang pelajar ataupun penuntut adalah:

Mempunyai hala tuju dalam perjuangan dan cita-cita untuk mencapai kejayaan. Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar atau penuntut ilmu anda perlu mempunyai hala tuju dan cita-cita supaya anda akan sentiasa bersemangat untuk terus menuntut ilmu itu. Jika anda hanya belajar tanpa mempunyai niat dan matlamat yang betul anda hanya membazir masa dan seolah-olah anda tidak tahu kenapa anda belajar. Sudah tentu anda belajar untuk berjaya kan?. Tiada orang yang belajar tapi tidak mahukan kejayaan. Kejayaan yang dikecapi adalah satu kepuasan dan kebahagiaan dalam kehidupan anda. Walaupun orang lain tidak nampak tapi anda yang mengetahuinya dan merasai kejayaan itu.

Sebagai seorang pelajar kita perlu sentiasa beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah supaya kehidupan kita akan lebih tenang dan bahagia. Ramai orang yang telah berjaya tetapi mereka tidak pernah merasa bahagia. Kenapa terjadi begitu?. Ini kerana mereka hanya sibuk mencari kejayaan sahaja tapi mereka semakin lama semakin jauh dengan Allah dan mereka telah kehilangan erti kebahagiaan sebenar walaupun mereka telah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ingatlah yang kejayaan kita di dunia ini hanya sementara dan kejayaan yang sebenar adalah akhirat. Dekatkan lah diri dengan Allah supaya kita mendapat kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.

Sebagai seorang anak ,kita sebenarnya memerlukan kasih sayang dari ibu dan ayah. Ini kerana jika ibu bapa kita membenci kita adakah kehidupan kita sebagai pelajar akan berkat?. Sudah tentu tidak sama sekali. Kasih sayang dari ibu bapa dapat memberi dorongan dan semangat kepada anda untuk terus menuntut ilmu. Malah segala ilmu yang anda tuntut akan lebih mudah anda menerimanya kerana mendapat keberkatan dan doa dari kedua ibu bapa anda. Sayangilah kedua ibu bapa anda nescaya kehidupan anda sebagai seorang pelajar akan sentiasa didalam kebahagiaan.

Bagi seorang pelajar mempunyai kesihatan yang baik adalah penting bagi supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan ceria dan bahagia. Untuk mendapat kesihatan yang baik adalah melalui permakanan yang sihat, riadah yang terancang, rehat yang secukupnya, rekreasi yang sempurna, masa belajar yang teratur dan banyak lagi. Jangan jadikan alasan yang anda terlalu sibuk sehinggakan anda tiada masa untuk menjaga kesihatan anda sendiri. Kesihatan yang baik adalah penting untuk menikmati kebahagiaan.

Kita boleh melihat kebahagiaan seseorang itu dengan mudah dari segi fizikalnya. Tapi hatinya kita tak tahu la kan. Jika kehidupan anda sentiasa tenang dan bahagia orang akan dapat melihat melalui penampilan anda. Mereka dapat melihatnya diwajah anda. Sama ada wajah anda ceria ataupun tidak pada hari itu orang dapat mengagak yang anda mempunyai masalah ataupun tidak. Begitu juga dengan pakaian anda, jika pakaian anda tidak kemas dan sentiasa selekeh itu menunjukkan anda tidak pandai menguruskan diri. Walaupun anda mempunyai banyak masalah sekalipun cubalah untuk ceriakan wajah anda dan kemaskan penampilan diri dan pakaian anda. Bukan nak hipokrit tapi itu sebagai tanda yang kehidupan anda sentiasa ceria dan bahagia.

Sebenarnya jiwa yang tenang dan bahagia itu lahir dari hati yang bersih dan suci. Jika hati yang kotor kerjanya setiap hari hanya duduk mengutuk, menghina dan mengumpat orang lain. Adakah dengan melakukan perkara seperti itu akan membuatkan kegidupan lebih bahagia?. Sudah tentu tidak. Jika itu yang anda lakukan maka orang akan membenci anda dan kehidupan anda tidak akan bahagia sekiranya orang membenci anda. Jagalah hati anda supaya sentiasa bersih dengan banyak berzikir, berselawat, membaca al-Quran dan melakukan amal soleh. Hati yang bersih melahirkan jiwa yang tenang seterusnya menjadikan kehidupan yang bahagia.

Sebagai kesimpulannya, sebuah kebahagiaan yang sejati adalah apabila kita berjaya menjalani kehidupan seharian kita dengan penuh berkualiti, sihat sejahtera, aman serta gembira. Cuba anda renungkan kembali kedalam diri anda, adakah anda sering sakit, murung, kecewa, tidak puas hati, resah dan bimbang. Itu menunjukkan yang anda belum mencapai tahap kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang hakiki bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat kelak. Orang yang bahagia akan sentiasa cemerlang didalam kehidupannya.

Saya harap dengan perkongsian kali ini ia dapat memberikan banyak motivasi kepada anda juga diri saya sendiri sebagai seorang pelajar untuk lebih berjaya dengan cemerlang di masa hadapan. Semoga kita mendapat banyak manfaat bersama

Tuesday, June 22, 2010

-Kecewa Dalam Hidup-

Assalamualaikum. semoga ada manfaatnya kepada kita semua..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. "


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."


p/s:Entry Ni Khas Untuk Diri Sendiri Supaya Kuatkan Semangat Untuk Teruskan Hidup..Tak Lupe Gak Untuk Kawan2..

-Kenapa Cemburu-

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya, kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya.

Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

Tip # 1 - Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

Tip # 2 - Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

Tip # 3 - Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

Tip # 4 - Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

Tip # 5 - Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.


p/s:KURANGKAN SIFAT CEMBURU DALAM DIRI

Monday, June 21, 2010

-Hampa,Kecewa & Sedih-

Assalammualaikum..harini just nk luahkan perasaan jew..mayb in this week mood x berapa nk sehat sbb ada sesuatu yg mengganggu fikiran skrg ni..kecewa,hampa,sedih semua ada dalam diri skrg ni..so sowie 2 my friend kalo cha x lyn korg sume k...tp bukan mslh cinta..just not in mood coz ape yg cha fikir skrg ni terlalu menghampakan cha n mengecewakan cha..apa yg di impikan sume x tercapai..keputusan yg di buat semua atas kehendak org lain..terpaksa akur dengan segala keputusan yg di buat wlaupun amat mengecewakan..ape yg di lalui terlalu perit..tak taw nk cite ape skrg...mungkin ini yang di katakan NASIB DIRI..to my friend,my brother & my sister,don't worry about me ok..mayb dengan cara ni leyh tenangkan fikiran kejap wpun ianya amat susah untuk di terima....so..enjoy ya my friend..papai sume...DON'T WORRY BE HAPPY...Assalammualaikum...



p/s:JANGAN DI TANYA KENAPA,MENGAPA DAN SEBAB APA.THANKS..

Sunday, June 20, 2010

-suffer8zine-




Assalammualaikum... hye semua... hari ni cha nk cite tentang someone yg telah menolong cha MENCANTIKKAN lg blog cha yg x cantik dan serba kekurangan sebelum ni .suffer8zine nick yang di gunakan di FrenzyFm.. jarang nmpk chatting di Frenzy..mayb sbb busy kat blog kot..cha jarang chat dengan suf coz dye pon salu hlgkn diri kat Frenzy..syukur sgt2 bile blog dh cmni..thanks byk2 k suf coz tlg cha cantikkan blog ni..semlm x dpt nk temankn suf cntikkn blog ni coz nenek dh bsing suruh tido..so,arini baru berkesempatan untuk membuat entry ni...suf mmg seorg yg baik dan banyak memberi nasihat kpd MEMBER2 di FrenzyFm..wpun cha jrg chat dgn suf,cha dpt rsekan dye mmg seorang yg baik..dengan adanya suf,wujudnya EXCHANGE BANNER,BANNER LIST,ENTRY TERBARU,KOMEN TERBARU,TOP COMMENTATORS & LIVE TRAFFIC FEED.kalau sebelum ni korang nmpk blog cha cm kecik jew,smlm suf dh pon lebarkan blog cha selebarnya..cha x taw cmne cara untuk ucapkan terima kasih kat suf..cha akan HARGAI ape yg suf dh wat kat cha di blog ni..akhir kata dr cha,THANKS A LOT k..will remember it..oklah..tyme 2 rest..papai sume... Assalammualaikum...

-http://suffer.frenzyfm.my/-

Saturday, June 19, 2010

-Kenapa Perempuan Mudah Menangis-


Assalammualaikum.... hye sume.. kembalinya saya hari ini ingin menceritakan kpd semua KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS.. seperti yang kita tahu,perempuan memang mudah MENGELUARKAN AIRMATA.. begitu juga apa yang berlaku kpd diri saya sendiri..saya seorang PEREMPUAN yang MUDAH mengalirkan AIRMATA.

Bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Oklah..tyme 2 out...papai sume... Assalammualaikum..


-offline-

P/S:Jangan Pandang Rendah Pada Wanita Yang Suka Menangis


Friday, June 18, 2010

-Award Dari Kak Kina & Kak Far-




1) Thanks the person who gave you the award and link the person

Time kasih Kaka Kina & Kaka FaR bucuk yang disayangi sbb bg award kt blog kite nie. Blog ntah pape cm ni pon dpt award. Hahaha, kelakar la tapi best sgt2.


2) Spread the words to 15 blogggers who you like and you think their blogs are awesome!




3) Tell 7 things about yourself


  • Mudah Percaya
  • Penyayang
  • Suka Berkawan
  • Suka Warna Biru
  • Suka Menghayati Lirik Lagu
  • Mudah Menangis
  • Suka Gelak

*kepade 15 org kt atas tu, sile ambik award tu plus 3 soalan cepu perak atas nie. Hope korang happy dapat award nie yew

-Kenalan Di FrenzyFm-

Assalammualaikum... hari ni cha nk cite psl member2 yg cha kenal di FrenzyFm.. jom kite usha sape yg cha kenal di FrenzyFm..

Ni geng2 KERABAT yg cha kenal di FrenzyFm..semuanya berasal dari Semenanjung tp study di UITM KUCHING,Sarawak.Dorang ni boleyh di katakan semua berpangkat abang sbb umur dorg semua lbh tua dari cha..cha senang kwn dengan dorang coz dorang semua baik2..x prnah nk sakitkn aty cha..1st kenal dorang memang cha rapat dengan dorang..cha x taw sape yg cha 1st kenal antara kerabat2 ni..yg cha pasti yg last cha kenal KerabatAAP.dulu selalu chat dengan dorang smpai pagi di FrenzyFm..memang rindu saat 2..Happy dpt kenal dorg coz dorang memang baik..sebab 2 cha suke kawan dengan dorang..tp skrg ni cm dh x rapat dh dengan dorang..chat same2 pon jarang..ada yg busy dengan makwe,ada yg busy buat kije,ada yg MEMBUSYKAN diri dan ada gak yg teruskan HILANGKAN diri..by the way,cha xkan lupe dorang sampai bile2 pun...

Ni pulak adik cha di FrenzyFm..seorang bernama Yien dan seorang lg bernama Qieyla..dorang berdua ni menjadi kembar yang x serupa N kembar x seibu sebapa..just kembar di FrenzyFm..dorang gelarkan diri dorang kembar di sebabkan umur mereka sama..dan tahun ni dorang akan ambik ujian PMR.cha harap dorang akan mendapat result yang MENGGEMPAKKAN dan MEMBANGGAKAN orang tua dorang..suka tgk dorang chat kat Frenzy..sorang panggil TWINZ,sorang lg panggil KEMBAR.tp yg pasti cha panggil YIEN ni DAK TECIK & panggil SHIN ni BABY COMOT.dorang mmg adik yg manja... pape pun GOOD LUCK & STUDYHARD ok..cha sentiasa doakan untuk adik2 cha ni berjaya dalam PELAJARAN...

Yang ni pulak semua lahir tahun 1992..same lah dengan cha..FiSau berasal dari MELAKA,gaara lak berasal dari SABAH dan zaros & anip asal dari PERLIS..dorang pun member yg baik..cha rasa senang dpt kenal dengan dorang..antara dorang ni gaara org yg pertama rapat dengan cha..n then zaros...dengan FiSaU ni nk kata rapat xde la rapat sgt..just akhir2 ni salu gak chat ngn dye kat Frenzy & kat blog cha...cha knl anip lak dr zaros..anip ni merupakan mmbr zaros..dr situ la cha knl dengan anip..kwn dengan dorang ni mmg best...kalau x caye,try la berkwn dengan dorang..eppy sokmo bile chat dengan dorang..akan merindui saat dengan dorang...


Yang ni pulak Abg Pinong3,Kak Kina,meetxoxo & cong..dorang ni berpangkat abg dan kakak..tp cha x pnggil meet ngn cong abg @ kakak..nth la..mayb dah biase kot pnggil nick dorang cmtu..dorang ni memang abg & kakak yg penyayang..selalu ambik tahu pasal cha..sorang yang penyayang..cha senang kenal dengan dorang coz dorang selalu buat cha eppy tyme cha sedeyh..rugi kalau korang tak knl dengan dorang..

Jeng jeng jeng...kalau korang nak tau ni la Abg sYuk n Kak Zana..sweetcouple di FrenzyFm..jarang nampak dorang chat kat Frenzy coz dua2 busy dengan kije dh skrg ni..abg sYuk dengan Kak Zana ni sorang yang penyayang..walaupun jarang berhubung dengan dorang tp cha taw dorang memang seorang yg penyayang..selalu chat kat YM dengan dorang..tp kejap2 jew..wpun kejap tp cha rasa eppy chat dengan dorang..abg sYuk orang pertama yg cha kenal di FrenzyFm first cha join Frenzy..abang sYuk ni seorang DJ di FrenzyFm..pernah On-Air selama 23hours kalau tak silap cha..2 kali abg sYuk cuba untuk On-Air selama 24jam tp x berjaya..percubaan kali ke2 smpai abg sYuk tertido ketika On-Air..abg sYuk memang seorang DJ yg best...

Cha berharap sangat PERSAHABATAN yg ada sekarang ni akan KEKAL buat SELAMANYA..kepada mereka yg tidak tersenarai 2,bukn bermksd cha lupe korg.cha knl sape yg berkwn dengan cha.so,xyh la amik aty k kalo name korg xde..korang sume sentiasa dalam aty cha.sesiapa saja yg cha knl,xkn cha lupekan...cha tetap INGAT & SAYANG korang yg bergelar KAWAN.oklah..tyme to chatting lak..
kalau nak tahu lebih lanjut tentang dorang..join kami di www.frenzyfm.my...papai sume... Assalammualaikum...


-offline-

-Love U All-

-Tentang Hormat-Menghormati-

Assalammualaikum... hye sume... hari ni cha ingin berkongsi kpd semua tentang HORMAT-MENGHORMATI. Lets go..


Manusia punya begitu banyak derajat dan pangkatnya, punya begitu luas jenis pemikirannya, punya begitu besar perbezaan tubuh badannya, oleh itu, dalam hidup ini kepada siapa kita harus hormat? Kalau kita bertanya kepada yang miskin, sudah tentu dia akan hormat kepada orang kaya kerana hasil dari itu kekayaan orang tadi akan terlimpah ke bahunya. Kepada anak muda sudah tentu rasa hormat kepada orang tua, kerana mereka yang tua punya pengalaman lebih luas, akal yang lebih matang. Kalau golongan pelajar, mereka akan menghormati guru yang mendidik mereka mengenal ilmu, tak kira dunia atau ilmu akhirat. Kepada golongan pemerintah juga ahli politik, mereka 'terpaksa' menghormati ketua mereka kerana di situlah lubuk rezeki. Kepada pengemis, hormat kepada yang memberi. Bagi golongan 'pencari jalan', rasa hormat hendaklah kepada 'penunjuk jalan'. Oleh kerana terdapat banyak ragam, jadi rasa hormat juga telah berpecah menjadi berbilang. Rasa hormat yang sepatutnya dari golongan bawah kepada atas itu telah menjadi relatif lagi unik.

Kenapa rasa hormat harus diberi dan bukannya diminta? Memang terdapat juga manusia yang agak angkuh lagi sombong merasakan mereka sepatutnya dihormati, sedangkan manusia lain memandang keji kepada mereka ini. Ada segolongan lagi pula tidak pernah meminta untuk dihormati, tetapi terus saja dilayan sebagai manusia tinggi oleh orang lain. Begini, bagi mereka yang meminta agar diri dihormati, mereka akan mendapat satu lagi perasaan iaitu rasa riak. Juga sama maksud dengan ujub, bongkak, sombong dan lain2. Namun, sifat zuhud, tawadduk dan rendah diri hanya terdapat dalam hati manusia baik yang tak pernah meminta agar diri diangkat oleh manusia lain. Mereka takut diri akan diidola sehingga ke tahap 'penDEWAan', malahan ada ketikanya boleh sampai 'menjadi' Tuhan, yang Maha Esa. Mereka begitu keras mengelak diri dari situasi 'menjadi tuhan' tadi. Ini kerana, bagi mereka yang zuhud, hanya Tuhan saja yang wujud lagi berkuasa. Dan kerana kekuasaan juga sifat Maha Kaya Tuhan tadi boleh saja Dia itu menarik segala apa yang manusia ada. Termasuk pujian dan rasa hormat tadi. Apatah lagi kekayaan sementara dan juga pangkat serta nama. Kerna Tuhan saja wujud, oleh sedemikian semua yang sedang dinampak, dirasa, didengar, dihidu malahan disentuh adalah 'tidak kekal', mortal, fana, fatamorgana. Semua itu akan hilang apabila tiba harinya nanti. Setelah mati ataupun ketika hari kiamat menjelma.


Insan yang pertama harus kita hormat adalah diri kita sendiri. Diri di dalam badan kita. Fikiran di dalam otak kita. Jiwa di dalam roh kita. Sanubari di dalam hati kita. Kemudiannya rasa hormat yang 'terkedalam' itu akan berubah menjadi 'terkeluar' apabila kita mula berhubung dengan segala yang bersifat luar tadi. Yang dinampak, dihidu, disentuh, didengar dan lain2 deria yang dikatakan fana itu.

Jadi, apabila kita telah berjaya menghormati diri sendiri - dan ia sememangnya begitu susah untuk dilakukan - kita secara otomatisnya akan menghormati segala apa di dunia ini. Rasa hormat akan dipancar kepada si peminta sedekah mahupun yang kaya. Kepada tua dan muda. Pemerintah dan rakyat biasa, guru dan pelajar, alim juga jahil. Namun, rasa hormat pada diri memerlukan disiplin yang kuat. Ada yang selalu berzikir, ada yang solat, ada yang melakukan yoga, ada yang kuat membaca, ada yang kuat melihat, ada yang sedang duduk, sedang berdiri, sedang berbaring. Semua manusia sedang belajar untuk hormat diri melalui muhasabah dan introspektif ke dalam diri. Proses inilah yang biasa dilakukan berbulan2, bertahun2 malah seumur hidup agar manusia belajar bagaimana untuk menghormati sesama manusia juga makhluk, juga kepada alam sekalipun.

Selalu yang kita nampak manusia akan mengeluarkan ayat "yang muda haruslah menghormati yang tua".Sebenarnya bukan yang muda saja perlu menghormati yg tua,yg tua pun wajib menghormati yang muda.Apa yang wajib sekarang ni adalah sikap MENGHORMATI tu mesti ada DALAM DIRI.Sekiranya tiada sikap MENGHORMATI dalam diri akan menyebabkan kita akan di pandang HINA oleh orang lain.

Akhirkata, apabila kita membicarakan tentang hormat dan perasaan hormat, ia sebenarnya seolah2 kita sedang membicarakan tentang diri kita, tentang Tuhan pencipta, tentang hari esok, juga tentang kehidupan selepas alam dunia ini.Segala yang benar dari Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.Oleh itu,kita HARUSLAH ada sifat HORMAT-MENGHORMATI antara satu sama lain.

oklah..tyme 2 out...papai all.. Assalammualaikum...





-offline-