Thursday, July 28, 2011

* Special Promotion 2011 *


* Tat Nenas Gunting *


* Biskut Sarang Semut *


* Choc Ferrero *

* Corn Flakes Cookies *

*Chocolate Chips*

*Biskut Badam*

*Almond London*

*Mama Carries*

Tahun ini my sys JEn nak mempromosikan hamper raya yang sungguh menarik kepada badan koperat atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan hamper raya kepada staff mereka atau orang yang tersayang juga sebagai tanda terima kasih dan perkongsian rezeki kepada mereka itu. Insya Allah bertambah semangat mereka bekerja bila dapat hamper cantik ni.. Sebenarnya projek hamper ni bukanlah setakat untuk hari raya aje. Ianya berterusan dan boleh diubahsuai untuk semua jenis keraian. Kalau hendakkan bakul seumpama itu untuk hantaran pertunangan/perkahwinan juga ada disediakan. Hamper yang JEn sediakan ini coraknya baru dalam pasaran . Sekali pandang pasti tertarik. Harga tertakluk kepada 3 jenis iaitu :-
Kecik-Rm70
Sederhana-Rm100
Besar-Rm150

P/S :-Kepada mereka2 yg berminat tok menempah biskut tok raya taon ni buleyh hubungi tokey beso di cni >> Jen Cookies <<< segalanya akan terjawab d situ :P Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg akan tiba

* Naluri Ingin Berpasangan *


Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan.Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.

Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.

Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut?Cinta sejati hadir tanpa disedari.

Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut?Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.

* Mencari Cinta Sejati *


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

* 3 Perkara Kenapa Wujudnya Cinta *


Perasaan cinta sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria, gembira dan dihargai. Sebabnya, cinta wujud daripada perasaan baik. Terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.

Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang dibunuh dalam perhubungan cinta?Kenapa perasaan cinta yang sepatutnya menyuburkan rasa kesihan dan saling melindungi bertukar menjadi kejam? Hingga ada pasangan yang disiksa tanpa peri kemanusiaan seperti disimbah dengan asid dan dibakar.Salah satu puncanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.Pakar Psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya. Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.Jika seorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaannya sebagai seorang yang normal.Bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.Adakala, campur tangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.

Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau wanita perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.Orang yang sedang marah sering bertindak di bawah sedar jadi seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihat atau membawanya bertemu kaunselor.Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal.

Monday, July 18, 2011

*Terbaik From Miraa*




thanks 2 miraa

*vdeo ni memang GEMPAK dan Terbaik*

*i give 5star utk vdeo miraa ni*

*bangga sgt2 dgn hasil kerja miraa*

*berbaloi miraa tunggu vdeo ni abes upload kt utube*

*dr pagi smpai ke ptg bru upload selesai d sbbkn mslh tenet yg slow*

*btw thanks a lot k sbb dh wt vdeo ni tok mmbr2 FrenzyFm*

*sangat2 SUKA*

Sunday, July 10, 2011

*Mish Him Damn Much*


Your hazel green tint eyes watching every move I make.
And that feeling of doubt, it's erased.
I'll never feel alone again with you by my side.
You're the one, and in you I confide
(oh)

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
(Woh-oh-oh)

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
(Woh-oh-oh)

I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.
(Woh-oh-oh)

Saturday, July 9, 2011

Surah Yasin (Full)

Assalammualaikum & Selamat Malam

10.Julai.2011 merupakan tarikh ulangtahun my dad :( di sini sy ingin mengucapkan "Selamat Ulang Tahun" utk papa tersyg dan tercinta :( ni taon ke-2 sy x dpt nk wish secara "live" ...i really mish u papa...windoo nk kiss papa d ary ulgthun cm dulu2.. :( hanya doa yg mampu sy berikan tok papa :( semoga arwah papa TENANG di sana :( anak papa sgt2 rindukan papa :(

Al-Fatihah

Tuesday, July 5, 2011

*Tukang Cerita*

Assalamualaikum…

Tukang cerita boleh tergolong kepada orang yang menyampaikan sesuatu cerita, orang yang membuat cerita ataupun orang yang mengadakan cerita. Kalau dipandang dari sudut positif, tanpa tukang cerita, berkemungkinan berita-berita yang sedang berlaku sekarang ini mungkin agak susah untuk tersebar. Tapi kalau dari negatifnya, dari si tukang cerita ni la akan timbul satu lagi perenggan di dalam cerita asal.

Kenapa aku kata tukang cerita lagi hebat dari tukang kayu? Tukang kayu kalau sedang menukul ataupon memahat kayu, bunyinya akan berhenti apabila tukang kayu itu berhenti berbuat demikian, tapi lain pula dengan tukang cerita, tukang cerita menyampaikan sesuatu perkara kepada seorang, kemudian beralih lagi pada seorang yang lain sehingga la dia penat, tapi ceritanya itu takkan berhenti disitu je, orang yang mendengar cerita tu pulak akan menyampaikan kepada orang yang lain. Kira macam MLM la.

Apa yang tak bestnya, bila cerita asal yang disampaikan oleh tukang cerita tu ditokok tambah sehingga intipati di dalam cerita tersebut pun boleh berubah. Contohnya bila cerita pasal Fariq ni sememangnya kacak orangnya, tapi ditambah sikit dengan mengatakan Fariq ni kacak disebabkan dia berkawan dengan orang yang kurang kacak, sebab tu dia nampak kacak. Contoh je.. bukan bebetul.. :p

Kesalahan dalam bercerita adalah apabila cerita yang nak disampaikan tu kurang dapat dipahami dengan jelas ataupun tidak menggunakan fakta yang betul. Berkemungkinan boleh berlaku kesalahfahaman antara pendengar cerita dan juga cerita tersebut. Jadi bagi mengelakkan benda macam ni berlaku, fikir dulu sebelum cerita. Buat la kajian seberapa yang boleh agar apa yang kita nak sampaikan tu jelas dan berasas..

Benda ni sebenarnya sama je dalam menulis entri di dalam blog. Apa yang nak kita sampaikan tu, pastikan biar jelas dan berasas. jangan main tabur je. Paham dah kan..

Sunday, July 3, 2011

*Erti Perpisahan*


Pemergian seorang teman biasanya akan memberikan kita rasa kehilangan dan ketakutan. Terasa seolah-olah kita ditinggalkan keseorangan, rasa sedih, mengharap, rasa sedih menyelubungi kita dan mungkin dalam hati kita berdoa untuk allah batalkan perpisahan ini.

Kita juga takut, takutkan kehilangan, kita takutkan masa depan tanpa rakan yang selama ini bersama kita, kita takutkan misterinya hari esok , dan sebenarnya kita takut diri kita hilang kebiasaan yang sekian lama kita pupuk.

Kita sebenarnya mementingkan diri, inginkan kebiasaan berterusan, sukakan keseronokan dan berada di zon selesa. Kerana itu kita bencikan perpisahan. Kita bencikan kehilangan. Kalau boleh biarlah pertemuan itu berkekalan.

kalau kita tidak mahukan perpisahan jangan sekali-kali sukakan pertemuan.

Kita bimbang perpisahan ini mendatangkan cabaran, kita takut ujiannya, kita takut kita bukan lagi dizon selesa, kita bimbangkan sesuatu yang tidak pasti.

Namun, percayalah… kehilangan dan perpisahan ini adalah nikmat Allah yang cukup indah. Dengannya lah kita akan merasai nikmat persaudaraan, melaluinya kita mengenal keinsafan dan menyedari keagungan cinta tuhan.