Sunday, July 18, 2010

-Kisah Cinta Part 2-


yezza...muncul kembali untuk membuat sambungan cite tentang Nisa dengan si boy..ok..setelah seminggu Nisa membawa diri,tiba2 Nisa dpt berita bahawa si boy tengah frust dengan makwenye..Nisa kecewa sangat2 kerana selama ni dia tertipu dengan si boy..rupenye si boy ada makwe...Nisa pun menghilangkan diri semula dengan membawa hati yg kecewa lagi..dalam masa yg sama,Nisa mula berfikir kenapa harus mendiamkan diri?kenapa perlu salahkan dia?sedangkan dia pun tak tahu yg ada seseorang sedang mencintai dan menyayangi dia..dengan semangat yg ada,Nisa pun munculkan diri..si boy pun minta maaf sebab tak hntr berita..Nisa pun happy semula kerana si boy kembali kpd dia tetapi malangnya si boy tak tahu yg Nisa mencintai dan menyayangi dia..Nisa pun tak berani nak meluah perasaan dia sebab takut kecewa lagi..Nisa berjanji dengan dirinya,yg dia takkan memberitahu boy apa yg dia pendamkan dalam hatinya..hari demi hari dorang sering berjumpa dan terus berjumpa...1 hari tu Nisa terpaksa berpisah dengan si boy atas sebab yang tertentu..Nisa dengan rasa sedihnya terpaksa relakan pemergian si boy..si boy mengajak Nisa untuk berjumpa untuk kali terakhir tetapi Nisa menolak perlawaan tersebut kerana tidak mahu si boy melihat kesedihannya...dengan perasaan yg takut tambah sedih,Nisa merelakan pemergian si boy..Nantikan episod seterusnya..Jangan mare...

Friday, July 16, 2010

-Kisah Cinta-


Salam semua...kali ni saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang kisah cinta seorang teman iaitu Nisa (bukan nama sebenar)...pd awal tahun 2010,Nisa berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama boy (bukan nama sebenar)..dorang pon mula berkenalan dan bertukar no fon...tiap2 hari Nisa menghantar text melalui fon bertanyakan khabar si boy..setiap hari Nisa melakukan hal yg sama kpd boy...setiap saat,minit,jam,hari dan bulan,Nisa selalu menceritakan tentang boy yg terlalu baik dengannya..sehingga suatu hari Nisa menyatakn bahawa dia cintakan si boy ni..dengan tidak membuang masa,Nisa pun menghantar mesej kpd boy melalui fon dan bertanyakan "hye awak,saya nak tanye something dengan awak ni..saya hrp awak menjwb dengan jujur ya"..dalam masa 5minit mesej di balas oleh si boy "hye..tanyelah..selagi saya boleh jwb,saya akan jwb soalan awak"..dengan pantasnya,Nisa pun membalas balik mesej tersebut "saya harap awak jujur ye..awak ada makwe x? "...mesej kali ni agak lama untuk boy membalasnya..dalam masa 10min baru mesej tersebut di jawab..dengan hati yg takut,Nisa membuka mesej tersebut "takdelah awak...nape awak tanye mcm tu? dengan hati yg gembira dan senang hati jawapan yg boy beri,Nisa terlompat2 kegembiraan...Nisa belum berani untuk meluah apa yg dia rasa kepada si boy..bagi Nisa,cukuplah dia mengetahui yg si boy belum berpunya lagi..semakin hari hubungan mereka semakin erat...si Nisa pun gembira sangat dapat kenal dengan si boy selepas di tinggal sang kekasih..seminggu kemudian,si boy pun hilang tak dapat di kesan..mesej pun tak di balas..Nisa pun mula sedih..Nisa dah mula merasa dirinya tak di perlukan oleh si boy lagi..dengan hati yang kecewa,Nisa pun melenyapkan diri kerana kecewa dengan si boy yg dia gila2kn selama ni...nantikan cerita seterusnya akan datang..

Thursday, July 15, 2010

-Demam-


Hmm....dh 2 ary dh demam....balik dr bintulu jew trus demam....huhu...betapa seksanya kalo dh demam cmni..nk on9 pon susah..nk tido pon susah...pernafasan pon terganggu...uwaaaaaaaaaaaa.......nk sehat.....td pagi g ospital...dok bagi ubat...so,skrg rasa ok la ckit tp blom spnuhnya...pernafasan still x ok lg...rasa seksa sgt2 kalo dh demam ni...rasa nk mrh jew...nk on9 pun sush...doakan cha cepat sembuh ya kwn2...skrg dh mule batuk2 lak..bile dh batuk asma mule la nk serg cha ni...tmbh2 ag bile paksu isap rokok..mnjd2 la batuk ni..harap2 demam ni cpt sembuh....bile dh demam cmni,teringt lak kat arwah papa ngn mama...bile cha dh demam mcm ni,mule la dowg risau..kasi mnum air ni la,air 2 la..kasi mkn ubat ni la,ubat 2 la...ape cha nk tyme 2,sume cha dpt...tp sume 2 dh tinggal kenangan...xde sape nk manjekan cha ag bile cha demam cmni...kene la jage diri sendiri jew lg..kne manjekn diri sendiri kalo dh demam...huhu...pape pon..doakan cha cepat sembuh ya kwn2... :)

Saturday, July 10, 2010

-ThAnKs MaMa Kodok-


(syg...make ur papa proud of u syg...JANJI ngan mama syg.... move forward..kita x blh pusing masa..isikan masa dgn benda2 yg mendatangkan faedah..study sampai ke tahap mana yg boleh..bila setiap masa tu penuh ngan activity kita akan tenang... masuk mana2 u or kolej...bz wif assigment etc pun satu benda yg baik... igt nt cha dh betul2 sedia mnjadi wanita, isteri, ibu...masa tu cha cha takkan regret apa yg terjadi skrg TAPI dgn syarat cha cha kena USAHA SKRG bkn menoleh belakang...)

-mesti korang tertanye2 ape yg cha cube sampaikan skrg ni...ni salah 1 nasihat yg mama kodok bagi kat cha tyme cha post entry for my papa smlm...bile cha down think about my papa & my mama cmni,mama kodok yg byk beri nasihat & semangat untuk cha..segala nasihat yg mama bg betul2 memberi semangat untuk cha teruskan hidup ni..segala nasihat yg mama beri kat cha selama ni x pernah cha lupe..bile cha down pk kn sume ni,cha akn mule bukak blog n bce ape yg mama nasihatkan..smlm tyme cha post status "happy birthday" kat FB,owg pertama yg kumen status 2 ialah mama kodok..mama kodok mmg sowg yg memahami perasaan cha bile cha berada dlm situasi cm 2..happy sgt2 bile cha dpt knl dgn seorg yg btol2 memahami cha dlm situasi mcm ni..thanks a lot ya mama coz sudi anggap cha ni sbg anak mama wpun dlm dunia cyber..wpun umo mama still muda,mama sudi jew 3ma kite org sbg anak mama...x lupe jugak kepadamu ya Allah kerana perkenalkan cha kpd mama kodok wpon hanya di alam cyber tp cha rasa senang,tenang dan happy bile hadirnya mama kodok dlm hidup cha tyme mood cha down...insyaAllah cha xkn lupekn mama dan nasihat mama 2...akan cha ingt smpai bila2 pon...thanks a lot ya mama..love u 4ever...



Friday, July 9, 2010

-Happy BirthDay Papa-


mlm ni 10.Julai. merupakan hari kelahiran insan yg cha sayang iaitu papa cha.....semoga papa aman "di sana"..hanya dengan menadah kedua2 belah tgn cha dan mendoakan kesejahteraan papa & mama "di sana" ..hanya doa yg mampu cha wat tok papa & mama skrg..taon ni cha x dpt nk kiss papa sebagai tanda sayang cha..hanya kt blog ni cha dpt luahkan ape yg cha rasa skrg ni..thanks a lot 2 my papa coz dh besarkan cha selama ni...apa yg papa dh wat,dh korbankan selama ni x pernah cha lupakan...cha really2 love u papa...wpon papa dh xde,cha tetap anggap papa still beside me..cha anggap papa just OT tinggalkn cha wat beberape bulan..tp hakikatnya papa dh pergi buat selamanya dr edop cha..i really mish u papa...selama 18taon cha edop bersama dengan papa..kegembiraan dan kesedihan cha skrg x dpt cha kongsi bersama papa ag..hanya doa dari seorang anak yg selalu menemani papa..everything i do i still remember u my dad..skrg kehidupan cha penuh kesedihan papa..lebih2 lagi bulan ramadhan hampir tiba,syawal bakal menjelma,lg buat cha sedih...terlalu besar dugaan yg cha perlu hadapi skrg ni..papa..dengan airmata yg menitis,bibir yg bergetar,hati yg berduka ,cha sebagai seorang anak,ingin mengatakan bahawa cha btol2 rindukan papa...rindu yg amat sangat sehingga setiap saat dan setiap detik,cha x pernah melupakan papa..hanya doa yg mampu cha berikan untuk papa skrg..doa dan terus berdoa agar papa ngn mama tenang "di sana"..
-Putri Aliya Natasha-

Thursday, July 8, 2010

-Tips Elak Stress-

Argggggggggghhhhhhhhh Tidakkkkk!!!
Pernah mengalami stress yang terlampau dalam kehidupan seharian?? Tentunya anda pernah alaminya kan? Begitulah jua diriku ini..
Bila berada dalam keadaan tertekan dengan sesuatu masalah atau keadaan atau benda atau makhluk, memang memang tak boleh tahan macam ditekan oleh paku tekan dan macam nak tekan-tekan je paku tekan....macam nak jadi rasaksa pun ada juga...hurmm apa-apa pun ade beberapa tips yang aku cuba buat:-

1. bawak banyak2 bersabar dengannya. Cubalah pujuk hati untuk bertahan.

2. Kalau problem tu memang imposible boleh settle, cubalah untuk lupakan, tapi rasanya lambat sket la nak lupakan..hehe..tapi takpe, cuba dan terus mencuba.

3. Try buat benda yang boleh buat kita happy. Buat je apa yang patut selagi ia boleh buat kita terhibur dan tenang. Kalau ini tak menjadi jugak....

4. Cubalah lari atau elakkan diri dari berada bersama dengan keadaan masalah tersebut buat seketika supaya ia tidak mudaratkan lagi keadaan.

5. Kalau dah tak tahan sangat (especially melibatkan makhluk) dan kita terpaksa bertukar menjadi rasaksa, biarkalah dia tu menjadi otomen, dan bila dia plak yang bertukar menjadi raksasa, bertukarlah kita kepada otomen. hehehe..bila di fikir2 balik pasal ni, raksasa dan otomen ni sebenarnya baik. Raksasa mula mengganaz bile dia rasa diri dia terancam dan tertekan. Otomen plak akan cuba selamatkan keadaan. Kalau tengok kat otomen ni, dia bukannya sampai hati sangat nak bunuh raksasa ni, kurang2 dia main FiRe..fiRe jer ngn raksasa pastu dia akan hantar raksasa tu ke luar angkasa. Kan dah settle...hehe...logik tak?? :D

6. Akhir sekali yang paling berkesan, menangislah dan mengadulah pada Allah. Inilah terapi yang terbaik untuk diamalkan. Mintaklah petunjuk dariNya kerana Allah tahu segalanya dan Dia akan berikan yang terBAIK untuk kita juga.. :)

Wednesday, July 7, 2010

-Gempakkan Hari Anda Bersama Frenzyfm-


Assalammualaikum....hari ni cha telah aktivkan semula facebook cha yg telah sekian lama deactive..korang mesti nak tau kan nape cha aktivkan balik facebook cha 2..ahaha...citenye cmni..tyme cha skod frenzy,cha ternampak Abang Muo paste link kat chatbox 2..cha pon dgn segeranya bukk link tersebut...dengan hampanya,cha xleyh bukak link tersebut sbb cha tak aktivkan facebook cha..n then,pikir punya pikir,cha pon trus bukk facebook someone untuk mengetahui isi link tersebut..terkejut woo tengok link yg Abg Muo paste tu..korang nk tau link ape yg Abg Muo paste?Abg Muo paste link profile frenzyfm..kat profile 2 ada radio frenzyfm..fuiyoo...kat facebook pon buleyh dengar radio frenzy dah sekarang..dengan segeranya cha pon activkn facebook cha semula sebab cha xnk ketinggalan untuk meletak radio frenzy di facebook..jom la ramai2 kite letak radio frenzyfm kat profile facebook ni..add cha di ( sis.tasha@y.c ) klik jew "grab this" kat bwah radio yg ada di profile facebook cha 2..ceriakan hari2 anda bersama frenzyfm..mesti gempak punya..thanks atas sokongan anda semua...


-Kuatkan Semangat-

Walau apa jua yang berlaku di masa lalu, kuatkan semangat Anda untuk membina hidup yang baru. Semua apa yang berlaku di masa lalu terima saja sebagai sebahagian daripada sejarah hidup.

Paling penting, jangan selalu toleh ke belakang lagi, kerana ia akan ‘menahan’ Anda dari terus bergerak maju ke depan. Sebab tiap kali menoleh ke belakang, berbagai perasaan timbul. Tertekan, sedih, kecewa dan seribu satu macam lagi bersarang tiba-tiba di benak Anda.

Kesannya, motivasi Anda menurun dan mood Anda berubah tiba-tiba. Lama-kelamaan fikiran-fikiran negatif mudah masuk ke dalam minda Anda dan kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah, longlai dan bagaikan tak bernyawa.

Allah sayang pada hamba-hambanya. Dia takkan menurunkan musibah begitu saja, mesti ada hikmah disebaliknya dan menjadi tugas kita untuk menilai diri, apa yang kita buat dan sebanyak mana kita mengingati DIA satu masa dulu.

Walau tiada siapa yang mendengar jeritan suara batin Anda, dia sentias mendengar. Merintih, mengadu dan memuji namanya dalam doa-doa Anda adalah perkara terbaik untuk dilalukan di saat tiada siapa yang boleh duduk bersama mendengar luahan hati Anda.

Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pembakar semangat ! Di kala orang mengecapi kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan, Anda juga berhak mencapai yang sama, hanya perlu mengatur strategi Anda sendiri untuk mencapai semua itu.

Senaraikan 4 perkara yang Anda mahu capai dalam hidup, sebab apa Anda mahu mencapainya dan apa makna 4 perkara tersebut pada diri Anda.

Di saat Anda tidak tahu ke mana mahu berjalan, kata hati dan naluri Anda merupakan teman terbaik. Usaha membina hidup baru, tapi bila dah mencapainya ia merupakan satu kejayaan yang amat manis !!

Tuesday, July 6, 2010

-Tag From Kaka Far & DidieSeven-

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih name itu ?
-chacha
-thats my name

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
-chacha.frenzyfm.my
-sblm chacha frenzyfm my blog name is chachaworld
-chacha frenzyfm domain dr owner frenzy..thanks abg muo..
-chachaworld pulak nama yg di beri oleh GAARA..

3. Apakah method dalam penulisan anda ?
-nasihat
-about my friend
-apa yang berlaku dalam kehidupan cha

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda ? Sebabnya ?
-tak pernah sebab rasa seronok bila buat BW & blog juga tempat luahan hati cha

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan ape kata mereka ?
-tak pernah pun

6. Apa perasaan anda apabile orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda chantek ?
-cool jew...yang penting di mata cha blog cha adalah yg tercantik..ahaha..

7. Bilakah anda mempunyai blog ?
-ni blog yg ke-2 yg cha ada..cha buat blog ni awl taon 2010..

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog ?
-gaara

9. Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah ?
-no komen coz blog ni di sign up setelah tamat pembelajaran di sekolah

10. 10 orang seterusnya untuk di-tag .

abg faris
mora
bam emy
kaka miya
cong
maksu
wan
kaka kina
yunk
shing/dak tecik

p/s:thanks 2 kaka far & didieseven :)

-10 Perkara Mesti Buat Bila Kecewa-



Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.

Malah semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri anda dan orang lain ialah cara anda mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.

Di sini disenaraikan 10 perkara yang mesti anda lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.

1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.

Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.

3. Mengadu pada teman

Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.

Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.

4. Menulis diari atau blog peribadi
Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.

Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.

8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.

9. Buat penampilan baru

Buang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!

-Tag Dari Bam Mss aka Ayie-

- & -

Salam..hari ni kne tag dr blog Bam Mss aka Ayie..kalo kne tag,dh sah2 la ad soklan yg perlu d jwbkn...hehe...jom kite tgk bentuk soklan yg di beri..sama ada bentuk bulat or segiempat or segitiga..ahaha...


-Awak Suka Tag Ini?

*suka sangat2

Bintang Itu Cantik Di Mata Kamu?


*sangat cantik..bintang ibarat menyinari hidupku :)

Bagi Award Ini Kepada 3 Blogger Lain Yang Anda Selalu Skodeng.

*didieseven
*mora
*wan

p/s thanks ya bam mss coz tag award di blog cha.

-Award From Kaka Miya-



Hari ni dpt award dr kakak tersayang ...thanks a lot my sis coz give me award ...x sangka dpt award lg..hehe ...dpt award yg cute ...butterfly gitu...btw,i also mish u so much my sis ....cha x prnh lupe akk wpun skrg ni cha jrg chat same2 dh ..tp cha salu skodeng fz tgk akk chat ...skrg cha busy mengedit blog & wat BW..cha syg kaka miya.

Monday, July 5, 2010

-Belajar Dari Kesilapan-

Silap…silap..asyik silap jer… aduhai..

Apa yang silapnya? mesti anda semua ingin tahu kan? Sebenarnya tiada apa, cumanya saya ingin berkongsi mengenai kesilapan ataupun kesalahan-kesalahan yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.

Menjalani kehidupan tanpa membuat sebarang kesilapan adalah sesuatu yang ganjil. Yer lah.. mana mungkin kita tidak melakukan kesalahan. Samada sengaja ataupun tidak sengaja. Kesalahan itu besar ataupun kecil ianya tetap telah berlaku.

Antara contoh kesilapan yang kita sering lakukan,mengabaikan waktu berharga. Maksudnya membazir masa buat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Sedangkan masa yang ada boleh digunakan untuk menambah ilmu berkaitan perniagaan dan sebagainya.

Kesilapan Yang Ke-2 ialah MALAS

-Malas adalah satu penyakit yang “biasa” bagi manusia. Tak tahulah betul ke tidak ;) (biasanya betullah) . Nak buang sifat malas dalam diri memang payah. Kalau tidak ada disiplin yang kuat untuk berubah, maka, tidak akan kemanalah. Perubahan yang kita buat pun hanya sekadar perubahan yang sementara.

Kesilapan Yang Ke-3 ialah TAK TAHU GUNA PELUANG SEKELILING ANDA


Manusia di dunia ni tak mampu nak hidup sorang-sorang tuan. Oleh itu, hargailah setiap orang di muka bumi ini samada kawan-kawan, binatang dan semua makhluk. Jika tidak, kita akan dianggap sombong dan hanya pentingkan diri sendiri. Bila ini berlaku, jika kita menghadapi masalah dan ingin meminta pertolongan, tiada siapa yang sudi membantu.

Kesilapan Yang Ke-5 ialah TIDAK MAHU MENGAKUI KESILAPAN DIRI SENDIRI

Ha.. yang ke lima ini adalah kesilapan kita yang utama. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Sebab apa ini berlaku, sebab kita terlalu ego dengan diri sendiri. Samada tuan-tuan sedar ataupun tidak, dengan mengakui kesilapan diri, kita akan rasa lebih bertanggungjawab atas segala tindakan yang kita lakukan. Cubalah..insyaAllah anda akan lebih kenal siapa diri anda yang sebenar.

Kalau kita mahu berjaya, Akuilah kesilapan yang pernah kita lakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Kelak kita akan mencapai kejayaan jika kita terus belajar memperbaiki kesilapan tersebut.

Kesimpulan

Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, teruskan usaha anda dalam mengejar matlamat tetapi pada masa yang sama, mesti memperuntukkan sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri supaya kita dapat melihat kejayaan dan kegagalan yang kita pernah lakukan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik.

Dengan ini saya dengan rasa rendah hati memohon seribu kemaafan jika terdapat kesilapan saya dari segi penulisan artikel yang mengguris hati dan perasaan pengunjung blog ini. Saya akan terus berusaha memperbaiki setiap penulisan saya agar bermanfaat dan berguna untuk anda semua.

Sunday, July 4, 2010

-Cara Untuk Menjadi Seorang Penyabar-

Salam..di atas kesibukan saya selama 2 hari ni,saya tidak berpeluang untuk updated blog..dengan peluang yg ada skrg,saya ingin berkongsi tentang bersabar ketika menghadapi masalah or something yg boleyh membuat kita tension dan hilang sabar dengan apa yg kita hadapi..apabila di kenang semula perangai "arwah papa" yg begitu sabar dengan apa yg di lalui sepanjang bersama family dan member yang banyak memberi masalah kpdnya,membuat saya bersemangat untuk mencari tips menjadi seorang yg "penyabar" di google.sifat papa yg penyabar memberi idea kpd saya untuk buat entri baru.

Cara untuk mengelakkan kita dari hilang sifar sabar:

  • berpikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita. anggaplah itu adalah ujian dan kita akan lulus ujian
  • perbanyak membaca ilmu pengetahuan. Hal ini dilakukan agr kita bisa memahami lebih banyak tentang kekurangan yang kita miliki, sehingga kita akan semakin merasa betapa banyaknya ilmu pengatahuan yang belum kita miliki
  • berkumpullah dengan orang-orang yang banyak ilmunya
  • berlatih memasukkan benang ke lubang jarum, dan yang dipilih adalah jarum yang ukuran paling kecil
  • maafkan selalu kekurangan orang lain yang mungkin membuat Anda marah. yakinkan diri bahwa setiap manusia pasti memilki kekurangan masing-masing
kita haruslah tanamkan semua yg tertulis di atas ke dalam diri kita..insyaAllah..kita akan dpt bersabar dengan setiap yg akan berlaku ke atas diri kita dan setiap yg kita hadapi...amin...saya pun akan cuba dan terus mencuba semua yg tertulis di atas supaya ada sifat "KESABARAN" dalam diri saya..marilah kita ramai2 mencuba semua tips di atas..terimas...

Thursday, July 1, 2010

-Tips Untuk Berubah-

Perubahan diperlukan dalam kehidupan kita, ia juga dituntut di dalam Islam. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari kejahatan ke arah kebaikkan dan bukanya dari kebaikkan ke arah kejahatan. Oleh itu lakukan perubahan dengan 3 'M'.

1. Mulakan dengan diri sendiri

Mengapa perlu kita mengubah individu lain sedangkan diri kita sendiri yang tidak berubah. Oleh yang demikian jika kita hendak orang lain berubah maka kita harus mulakan dengan diri kita terlebih dahulu. Jika kita hendak orang jujur dengan kita, maka diri kita perlu jujur terlebih dahulu. Apa pun mulakan perubahan untuk diri sendiri dahulu.

2. Mulakan dari hal yang kecil

Hal-hal yang kecil yang menjadi kesanggupan kita terlebih dahulu, itulah yang perlu kita ubahkan barulah kita pergi kepada hal-hal yang besar. Kita harus ingat, ia mungkin kecil bagi kita tetapi di sisi Allah ia sesuatu yang besar. Oleh itu, mulakan dengan hal yang kecil.

3. Mulakan di saat ini

Kita tidak tahu sama ada kita hidup atau tidak pada hari esok, oleh yang demikian lakukanlah perubahan pada saat ini juga. Jika ditangguhkan, siapa tahu kita tidak sempat untuk berubah maka dengan itu sia-sialah hidup kita di atas muka bumi ini.