Sunday, September 28, 2014

* Belajar Dari Kesilapan Dan Kesalahan *


bosang bosang bosang ,
pagi2 bosang tunggu DL abeh ,
sambil menunggu sambil bercerita dlm blog ni ,
he he he ,
semenjak dua menjak ni asyik terpikir something ,
pikir apa ?
pikir sesuatu yg entah apa2 ,
ha ha ha ,
ary2 dok pk ,
kdg2 rasa takot ,
kdg2 rasa menyeramkan ,
kdg2 rasa geli ,
kdg2 rasa nk muntah ,
kdg2 rasa nak gelak ,
kdg2 rasa nk marah ,
kdg2 rasa nak menangis ,
kdg2 rasa nak jerit ,
kdg2 rasa nk terjun dr jambatan ,
kdg2 rasa nak gado ,
sebab apa ?
sebab memikirkan sesuatu ,
sesuatu to apa ?
sesuatu yg x masuk akal ,
ha ha ha ,
apa yg x masuk akal ?
entah lah ,
hi hi hi ,
aku nak sgt berhenti memikirkan sume to ,
tp mcm tak boleh ,
ha ha ha ,
mcm lawak pun ada ,
mcm bodoh pun ada ,
mcm xde otak pun ada ,
pendek kata mcm2 ada ,
kah kah kah ,
1st aku dpt taw aku terkejut hiler ,
mcm x percaya pun ada ,
tp ito lah hakikat sbnrnya ,
adoiyaaaa ,
memberi alasan yg x masuk akal utk membuat sume to bg aku itulah adalah alasan " PALING BODOH " ,
kau ingat kau TUHAN ?
aiyakkkkkkkk ,
x perlu la bagi alasan yg x masuk akal ,
pelis laaaaaa ,
sadis wooo bile dpt taw ,
1 jew aku mampu doakan untuk kau ,
hope kau berubah utk masa depan kau sendiri ,
1 lagi aku nak ingatkan kau sbg SAHABAT ,
BANGUNLAH DARI TIDUR MU YG LENA :)
jangan kejar sgt DOSA FREE to , 
tak ke mana pun ,
aku ni bukanlah baik sgt ,
aku ni bukanlah perfect sgt ,
aku ni banyak kekurangan ,
aku ni banyak buat kesilapan ,
banyak sangat2 buat kesalahan ,
TAPI ,
dari kesilapan dan kesalahan yg aku buat selama ni aku cuba utk mengubah cara edop aku ,
x semestinya aku belajar dr kesilapan sblm ni aku x pernah buat silap dan salah lg ,
aku tetap buat kesilapan ,
aku tetap ada buat salah ,
TAPI ,
takdelah seteruk sebelum ni ,
sama2lah kita berubah ke arah kebaikan wahai SAHABAT :)

I KNOW I'M NOT PERFECT 
BUT
I TRY MY BEST TO MAKE PERFECT 

* pelis jgn terasa kalau membaca kerana bukan anda seorang sahaja sahabat saya . rmai lg sahabat saya di luar sana . so x perlu nk terasa sgt tp kalo nk jugak terasa HAMEK la . *



Saturday, September 20, 2014

* Aktiviti Bahaya Dilakukan Selepas Makan *



4 Aktiviti Bahaya Dilakukan Selepas Makan

1. Mandi
Pada waktu pagi, kebanyakan orang lebih suka makan dahulu sebelum mandi dengan alasan selepas makan, pasti perut akan penuh dan mungkin akan buang air besar. Jadi, lebih mudah makan dulu supaya tidak ke tandas 2 kali.
Namun, mandi selepas makan akan menaikkan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang boleh menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut.
2. Minum teh
Minum teh selepas makan kurang baik disebabkan daun-daun teh mengandungi banyak unsur kimia karbon. Bahan kimia ini akan mempengaruhi protein yang ada pada makanan yang kita makan seterusnya menjadikannya keras sehingga agak sukar dicerna oleh perut.
Teh juga dapat mengurangkan serapan zat besi oleh badan. Jika berterusan, ini boleh mengakibatkan gejala anemia kerana badan kurang zat besi.
3. Berjalan-jalan
Berjalan selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan.
4. Tidur
Jika kita tidur, badan akan menjadi sangat rileks, dan akan menjadikan gerakan usus akan perlahan. Makanan yang masuk sepatutnya dicerna lebih cepat supaya proses pencernaan berlaku dengan sempurna.
Selamat beramal dan kongsikan kepada rakan-rakan kita 

Tuesday, September 16, 2014

* Bilik Mandi Rumah Iblis *


Dalam sebuah hadis,,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi..

KATA IBLIS...


"Ya Allah,, Adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!"


ALLAH SWT berfirman 


"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas.."

(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas..Godaan iblis macam-macam dan aneka warna. 


contohnya menggoda manusia supaya:

1. Lama-lama di dalam bilik mandi.


2. Bernyanyi atau berkata-kata.


3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod dgrkan muzik)


4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.


5. Membiarkan baju yang kotor t'gntung di dalm bilik mandi.


6. Melupakan seseorang utk berdoa ketika hendak masuk or keluar dari bilik mandi.

7. Mengambil Wuduk sambil telanjang.

8. Mencoret-coret dinding bilik mandi.


9. Merencanakan kejahatan . Maka , hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.


* Dan tips yang baik adalah mandi,,buang air dll sewajarnya saja,, lebih cepat lebih baik *


Sekarang kamu mempunyai 3 Pilihan:


1. ANDA - Aku akan biarkan tulisan ini tetap di sini saja.


2. MALAIKAT - Ingatkan pada teman yang anda kenal...Sebarkanlah..!!

3. SYAITAN - Tidak usah penat2 dan sibuk- sibuk menyebarkan tulisan ini.. Biarkan

saja di sini..Kalau boleh padamkan saja..Mereka tidak perlu membaca tulisan ini..

Tuesday, January 28, 2014

~ Sekadar Berkongsi Bukan Minta simpati ~


hurmmmm
kalau aku cite apa yg aku lalui mungkin org akn pk aku menagih simpati :)
tp niat aku bukan nak menagih simpati hanya sekadar berkongsi 
aku xde tmpt nak meluah
aku xde tmpt nk mengadu
aku pilih org yg aku betul2 percaya utk cite sume apa aku rasa
tp
aku mintak maaf kalau luahan aty aku menyusahkan korang
kalau boleh aku pun xnk luah sume ni
aku lebih suka pilih perkataan " pendam " dr perkataan " luah "
sbb aku tahu x semua org boleh terima luahan hati aku
tp
kalau aku pendam lama2
aku yg terseksa
aku yg terganggu
aku yg sakit
kadang-kadang
aku lebih suka luah menggunakan airmata aku
menceritakan apa yg aku rasa
takpe
aku harus kuat
aku harus byk bersabar
aku harus redha
aku harus terima semua ni 
aku harus bersyukur dengan kehidupan skrg
aku harus ikhlas melakukan semua ni
sekadar berkongsi bukan simpati :)

Monday, January 27, 2014

~ Luahan Hati Seorang Ayah Melalui FaceBook ~



Kisah benar....Sayangilah bapa anda...

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. 

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

cc : muhammad rusydi

Tuesday, January 14, 2014

~ 13 . Januari . 2014 ~


Bismillahirrahmanirahim..

ALHAMDULILLAH (13/01/2014) genap usiaku 22tahun.

21thn telah berlalu pergi. Alhamdulillah Allah kurniakan kudrat dan di beri nafas untuk menyelusuri hari-hari. SEGALA PUJI BAGI ALLAH. Tiadalah kehidupan tanpa izinMU .. Tiadalah aku tanpa AYAH dan IBU yg melahirkanku .. Terima kasih YA ALLAH .. Atas segala nikmat kurniaanMU sepanjang hidup ini ..

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku telah menjadi Anak yg menggembirakan hati ibu dan ayah?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku menjadi cucu yg menghormati ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku menjadi saudara yg mengingati ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku menjadi sahabat yg sejati ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku menjadi anak yang solehah ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH ibadahku semakin di perbaiki ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku telah menjadi hamba yang mensyukuri ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku telah menjadi hamba yg engkau kasihi ..?

21thn yg berlalu pergi,
ADAKAH aku layak untuk SYURGAWI MU YA RABBI ..?

Hanya ampunanMU ku pohon .. Redha dan CintaMu ku jejaki .. Berkah dariMU ku tadahi .. Buat mengiringi hari-hariku .. semoga setiap yang mendatangi .. Aku terus menjadi Hamba yg engkau cintai 
Amin YA ALLAH ..
Amin YA RAHMAN .. 
Amin YA RAHIM..
Amiin .. Amiin .. Amiin .. Ya Rabbal A'lamiin.

Monday, January 13, 2014

~ I Love My Mom *


Kalo korang syg ibu baca lah ni.tak sampai 5 minit Pun. Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul) Bila dahaga , yang susukan aku . Mak . Bila lapar , yang suapkan aku , Mak . Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak . Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak . Bila bangun tidur, aku cari , Mak . Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak . Bila nak bermanja, aku dekati , Mak . Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak . Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak . Bila nakal , yang memarahi aku , Mak . Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak . Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak . Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak . Aku selalu teringatkan , Mak . Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak . Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak . Bila bengang , aku suka luah pada , Mak . Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! " Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak . Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak . Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak . Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak . Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak . kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak . Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak . Yang selalu berleter kat aku , Mak . Yang selalu puji aku , Mak . Yang selalu nasihat aku , Mak . Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak . Aku ada pasangan hidup sendiri . Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku . Bila sedih , aku cari , Mak . Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku . Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak . Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku . Bila berduka , aku peluk erat , Emakku . Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku . Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak . Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku ! Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” ! Selalu , Aku ingat pasanganku ! Selalu , Mak ingat kat aku ! Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ! Entah bila , aku nak telefOn mak ! Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku ! Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak ! Renungkan : " Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak " Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . " Berderai air mata jika kita mendengarnya . Tapi kalau mak sudah tiada . " MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! " Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya ! Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ! Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya ! Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu : 1) TOlOng pergi kedai : RM4.00 2) TOlOng jaga adik : RM4.00 3) TOlOng buang sampah : RM1.00 4) TOlOng kemas bilik : RM2.00 5) TOlOng siram bunga : RM3.00 6) TOlOng sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama . 1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya . Jika kamu menyayangi ibumu , cOpy & paste/shere kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda .Saya sayang MAK saya !!

* Al - Fatihah Untuk Arwah Mama *

Wednesday, January 1, 2014

~ Sambutan Tahun 2014 Bersama Adik AzzamSham & Family Di FrezoFM ~

weeeeeeeeeee
da masuk tahun 2014 
semoga taon 2014 lebih baik dr tahun sebelum2 ni
taon ni rasa eppy sgt2 bila dpt sambut tahun baru bersama adik AzzamSham Idola Kecil 
sangat2 seronok bile dpt berckp secara live bersama ibu dgn ayah di radio FrezoFM
dpt borak dgn adik AzzamSham adik Azim adik Intan dan adik Azry
mmg sambutan tahun baru untuk tahun 2014 ni sgt2 menggembirakan cha
tq sgt2 kpd Family Ayah Sham yg memberi sokongan kpd FrezoFM
tq kpd adik AzzamSham yg sanggup x keluar menyambut tahun baru bersama kwn2 sebab nk bersama dgn FrezoFM mlm ni
rasa terharu gembira semua ada bila family Azzam dgn sporting nya on-air bersama cha dan Dj abam kiro
cha nk ucapkn ribuan terima kasih kpd abam kiro yg sudi menemani kami @ kawal konti mlm ni selama 3jam dr jam 9mlm sampai 12mlm
kenangan bersama adik AzzamSham & family tak mungkin cha lupakan
yg paling best bile dpt borak dgn adik tomey ni iaitu Azry
eppy jew dpt dgr sore dy
buat adik Azry belaja elok2 k
borak dgn ibu lagik seronok
heeee
terlepas rasa rindu pada mama bile dpt borak dgn ibu
suka dgr ibu gelak
hehehehe
cha nk ucapkn terima kasih kpd Tok Leh Iaitu Admin di Group ABF @ Azzam Big Family
tq atas sokongan dari rakan2 dr group ABF semasa adik Azzam on-air 
x lupe kpd Dj Emyrukenza dan crew2 FrezoFM yg byk membantu melayan kerenah user di chatbox mlm td 
tq kepada rakan2 FrezoFM yg sentiasa menyokong kami
tanpa anda semua siapalah kami di FrezoFM
teruskan menyokong kami di FrezoFM
Lebih Gempak Dari Biasa 

bukti adik AzzamSham on-air di FrezoFM :


Ayah Sham Sedang BerDJ :P