Saturday, June 30, 2012

* Mimpi Yang Membuat Aku Happy + Sedih *


hurmmmmm...
td ptg agak kemengantokan...
so tido la jwb nye...
mse tido tu..
boleh lak termimpi arwah..
ya Allah..
aku terlalu happy dpt berjumpa dgn mereka...
wlaupun hanya dalam mimpi..
aku bersyukur sangat2 sbb dpt jumpa mereka...
dpt peluk mereka...
dpt cium mereka...
hurmmm...
alangkah indahnya kalau semua tu jd kenyataan..
akulah org yg paling bahagia dalam dunia ni...
tp..
semua tu hanyalah dlm mimpi...
x mungkin akan berlaku..
tp alhamdulillah...
aku bersyukur sgt2 sbb dpt berjumpa dgn dowang wpun hanya dlm mimpi...
dpt merasakan pelukan dan ciuman dorg dlm mimpi pun aku rsa happy sgt2..
bila aku tersedar dr mimpi aku menangis puas2 sbb aku dh dipisahkan balik dgn mereka..
sebelum tersedar dr mimpi tu aku hanya dpt 1 pesanan dr mereka..
adik jg diri leklok taw...
ya Allah..
aku perlukan mereka untuk truskan edop ni..
aku perlukan mereka untuk kuatkan smngt aku truskan edop ni :(
kalau boleh mimpi gini tiap2 ary mmg aku nk mimpikan dorang tiap2 ary :(
ya Allah..
aku terlalu rindukan dorang ya Allah..
kuatkan aku dr semua ni :(

* Andai Lelaki Tahu 2 *


Andai lelaki tahu..

Dalam hati seorang perempuan..
Ada naluri untuk disayangi, ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada rasa untuk didengar keluh kesahnya..
Ada waktu2 diminta ditemani kesedihannya..

Andai lelaki tahu…

Rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
Marah seorang perempuan perlu didekati..
Sedih seorang perempuan harus didengari..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andai nya lelaki tahu..

Disebalik seribu satu rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut..
Bukan untuk dimanjai..
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
Tetapi..hanya perlu sedikit perhatian..
Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh..

....Andai nya lelaki tahu....

* Andai Lelaki Tahu *


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

Friday, June 29, 2012

* Media Network *


weeeeeeeeeee....
agak kebosanan ckit mlm ni...
x taw nk buat ape...
aduiyaaaa....
fikir punye fikir..
dpt 1 idea..
ngeeeee...
nk taw ape?
hahahaha...
entry ni sje je..
bosan punye psl..
nk cite la ckit psl 1 blog ni..
blog ni bru lg..
x smpai sebulan ag rsenye..
i think la..
hehehe...
owner blog ni selalu gak la msuk sy punye la blog..
terharu kejap..
ngeee....
skrg ni blog kite org background music same..
lagu aishiteru 2..
kite org ltk lagu ni bkn bermksd kite org tgh sedih taw..
hahaha..
kite org ltk ni sbb kite org suke music lagu ni..
memang best..
sy kalau on9 mmg akan msuk blog sy sbb nk dgr lagu ni..
hehehehe...
kalau korang nk taw blog mne yg same bgm dgn sy puye blog..
korang boleh klik link kt bawah ni...

Thursday, June 28, 2012

* Aishiteru 2 *

Bila cinta tak terbalas
Janji hanya tinggal janji
Sakit hati yang ku rasa

Sekian lama ku menunggu
Saat-saat ku bersamamu
Dan kini aku kembali

Siksa menanggung rindu
Semua sia-sia

Aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan

Cinta memang penuh misteri
Tiada yang tahu artinya
Seperti yang aku rasakan

Selalu ingin di dekatmu
Dan buat engkau tersenyum
Namun tangis yang ku dapat

Siksa menanggung rindu
Semua sia-sia

Ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru

Jiwa ini tlah pergi bersama semua kenangan
Hampa hidup di dalam luka

Ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
Namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
Demi cinta kita ku korbankan segalanya
Semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru

Tuesday, June 26, 2012

* 2 Dalam 1 *

hurmmm...
arini pegi kinik..
badan dah terlalu lemah sebab x ckup tido..
3 ari x dpt lelapkan mata..
stress dgn mcm2 masalah :)
arini pegi kinik sebab dah x larat sgt..
mmg x dpt bertahan dh..
so amek keputusan pegi kinik..
* pdhal sbb nenek dgn atok dtg *

masukkan air dalam badan sebanyak 2 botol ^_^




sedut oksigen 1jam ^_^



* I'm Sorry *

ngeeee...
saje nk mintak maaf kt semua org malam ni..
ne taw kot2 esok x berkesempatan tok mintak maaf kan..
heeeee...
so..
mlm ni nk mintak maaf byk2 kt sape2 yg terasa aty dengan gurauan2 utk arini :D
bukan niat nk membahan tp niat nk bergurau...
hehehe..
sowie sangat2 kalau terasa dengan gurauan kami :D
bagi kami membahan seseorg tu adalah cara terbaik utk kami mengeratkan lagi silaturrahim :)
mayb cara kami salah tanpa menyedari ada ayat2 yg kami keluarkan secara tidak sengaja telah menyakitkan aty pembaca :D
mayb lps ni tiada gurauan yg melampau yg akan berlaku..
heee...
insyaAllah :)
kalo ada mayb kami x sengaja la kot...
ngeeee...
sekali lagi maaf d pinta..
harap d maafkan ^_^
peace no war..