Thursday, December 26, 2013

~ Mierameya Skandel Dengan Nama Saya Ahmad ~


: : pengakuan mierameya : :


: : peringatan buat Dj Alang : :


: : peringatan buat semua crew n user : :


: : bam dark jd pilihan bam ahmad tok jd pengapit : :


: : plan keluar detim dengan mierameya : :


: : pengakuan ikhlas dr bam ahmad bahawa beliau meminati dan menyayangi mierameya : :

* semoga entry ni xkn menimbulkan masalah :D tp kalau ada pun masalah slps entry ni kua ad gua kesah :P da mintak kebenaran da dr empunya badan..muahahaha..enjoy guys (y) sekadar hiburan jew :) *

Sunday, December 15, 2013

~ ALLAH MENGUJI KAMI LAGI DALAM TEMPOH 6 BULAN ~




~ADIK-TERLERAI SUDAH SEBUAH KERINDUAN
PERGILAH SAYANG UMMI IZINKAN
 (MUHAMMAD DZUHIL ASHROQI)~

Entah dari mana nak dimulakan ummi sendiri pun tidak tau ,tapi yang pasti kerinduan kita semua pada abang masih lagi tidak surut. Antara percaya dengan tidak tragedi sama berulang lagi…Kadang-kadang terlintas dibenak fikiran ummi kenapa ini mesti terjadi kepada keluarga kita? Tapi siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir. Insan kerdil yang mampu merancang dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti hak mereka yang mutlak….Itulah fitrah dunia…

Adik….ummi mencoret lagi bagi melepaskan sesuatu terbuku di hati ummi dan bagi memakbulkan permintaan adik yang ummi anggap satu omongan kosongan semata-mata…Sebenarnya dik…ummi sudah nekad selepas mencoret coretkan kenangan kita bersama-sama abang siap ummi tidak mahu menulis lagi….tapi siapalah ummi untuk menolak ketentuan Ilahi.

            Seminggu selepas  abang pergi…adik mula bertanya bila abang akan balik, adik tidak faham mungkin. “Ummi bila abang nak balik” suatu hari adik bertanya. “abang tidak akan balik cuma kita yang pergi tempat abang” “Bila?” Soal adik dengan pantas. “Nantilah bila sampai masanya Allah akan menjemput kita” Adik mengangguk seolah-olah faham dengan apa ummi katakan. “hah…adik tau macam kita nak pergi tempat abang” “macam mana?”soal ummi. “Esok kita semua bangun pagi-pagi…naik kereta dan lepas tu kita suruh abah bawak kereta laju-laju mesti ada kereta yang langgar kereta kita dan kita semuapun mati dan bolehlah pergi tempat abang.” 

Kami semua terkejut dengan cadangan dari adik. dan sejak dari itu adik mula mengharapkan kemalangan akan terjadi pada keluarga kita.Keinginan adik bertemu dengan abang semakin membuak-buak ……..Dan kalau orang yang bertanya kemana abang adik dengan pantas menjawap“abang ada dalam hati adik dan hati kita semua kalau nak panggil saya adik/abang pun boleh” Salah ke ummi bila kita sering ke pusara abang? Rasa rindu itulah yang membuatkan kita sering ke pusara abang. Selain kita bersedekah al fatihah kita turut sama membersihkan pusara abang dan kawasan sekitarnya. Dan adik akan sering bermain-main ditepi pusara abang malah adik turut membawa 2 biji kereta mainan untuk bermain disitu “yang biru abang punya dan yang hijau adik punya” dan sebelum berangkat balik pasti adik akan meninggal lakaran potretnya disisi pusara abang. “malam nanti abang bangun dan mesti terkejut tengok adik  tidur sebelah abang” luah adik sendirian. Ummi ,abah dan angah menjadi sebak dan kami membiarkan adik berbuat demikian mungkin dengan cara itu dia melepaskan perasaan rindunya.Begitulah rutin kita …

Hari demi hari berlalu…….rindunya  adik pada abang makin menebal dan adik tidak pandai meluahkannya dengan kata-kata….Cuma setiap pebuatan dan percakapan membuat ummi dan abah faham apa maksudnya. Adik juga sering kali demam dan lelah Setiap bulan adik akan demam .

 Isnin (19/12/2011) adik demam,  sepanjang hari semalam adik asyik membuka almari baju dan peralatan abang kenapa dik???????. Baiknya adik kerana dia tidak sedikitpun mengusik barang-barang abang…..Cuma memandang sepi setiap barangan abang…entah apa yang bersarang dalam fikirannya ummi pun kurang pasti. Kami bawa adik ke klinik…..adik lemah sekali..terpaksa di x-ray sebanyak 2 kali. Kata doctor paru-paru adik ada jangkitan kuman…hati dan perasaan ummi sedikit bergetar…“Ya Allah aku mohon sekali pada Mu , Kau selamatlah anak ku dari sebarang penyakit yang memudaratkan….:”

Saban hari adik akan bercerita tentang mimpi-mimpinya yang bertemu dan bermain-main dengan abang……..“Ummi kenapa abang meninggal dulu?...adik memecahkan kesunyian pada malam itu………“kerna Allah lebih sayangkan abang” “kenapa Allah sayangkan abang?” “sebab abang budak baik” “adik baik tak ummi” soal adik lagi“baik sangat-sangat” “tapi kenapa adik tak meninggal lagi macam abang, adik nak pergi kat abang nak jumpa abang, adik sayang abang…” adui…bagai putus tangkai jantung ummi….adik…. janganlah mintak yang bukan-bukan…….aduhai adik…..
Adik demam lagi……demam adik kali ini beserta dengan lelah ….agak lama,
Hampir 3 minggu adik tidak ke sekolah….Hari Jumaat malam Sabtu 10/02/2012 kami dijemput ke kenduri arwah di rumah Maksu Zaiton. Kembar Yazid dan Haikalpun  ada sama.

Mereka berdua merupakan rakan sekolah abang , leka sungguh adik bermain dengan mereka, corak permainan mereka hampir sama dengan corak permainan abang dengan adik…riang sungguh adik pada malam itu. Secara berseloraoh ummi meminta supaya Yazid tinggal dengan kami, kata ummi “ Yazid mari ikut kita balik bolehlah jadi abang Ashroqi” adik mencelah dengan selamba “Awak tak boleh jadi abang saya, awak tak akan sama dengan abang saya, tiada orang boleh ganti tempat abang saya, tapi… awak hanya boleh jadi kawan saya” semua yang tergamam mendengar ungkapan adik.Bijak sungguh adik berkata-kata. Begitu kuatnya abang dihati adik….. terkadang adik akan mengeluh “kenapalah adik ni ada abang sekejap aje tak macam orang lain ada abang lama-lama….bosanlah …nak main dengan sape?” Dan setiap kali bila hari hujan terdengar adik merungut sendirian “basah kubur abang macaman lah dengan abang”…disetiap waktu makan adik tertanya-tanya “makan apalah abang ni..angah kata dekat syurga abang makan lagi best pada kita” adik…adik….
            Kelincahan,kenakalan, kepetahan adik membuat kami rasa amat terhibur …..sejak akhir-akhir ini sebahagian sifat-sifat dan perwatakan abang telah ada pada diri adik. Makanan kegemaran adik pun sama dengan abang kuew tiaw ladna(abang panggil mee petak dalam pinggan) dan nasi minyak. Pada kami dengan cara inilah  Allah mahu mengubat kerinduan kami  pada abang. Dan setiap kali ummi menangis adik pasti memujuk ummi.. “ummi jangan nangis… adik kan ada, abang dah tunggu ummi kat syurga dan adik jaga ummi kat sini, abang nak buat rumah 2 tingkat untuk ummi kat syurga adik akan buat rumah 2 tingkat kat sini…”sejuk hati ummi bila setiap kali adik  melafazkan kalimah keramat ini. Ya Allah….alhamdulillah aku bersyukur atas kurniaan Mu..sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang tertulis dan apa yang tersirat.

            Begitulah  setiap hari,  menjalani kehidupan kita sekeluarga tanpa abang bersama-sama kita…sedikit demi sedikit semangat kita semua mula pulih .Kita sudah mula terbiasa berjalan, makan,menonton dan melakukan aktiviti-aktiviti lagi dengan  hanya berempat orang sahaje. Dan kadang-kadang Along akan juga balik ke rumah untuk menjengah kita. Along lebih selesa duduk bersama Tok di Tanjung Api. Angah sudah  mula mahu tersenyum dan keluar bersiar-siar di perkaranagan rumah, aktiviti yang sentiasa yang dia lakukan ketika bersama abang satu ketika dulu. Angah dan adik begitu semangat setiap pagi untuk ke sekolah dan begitu juga bila pulang dari sekolah, anak-anak ummi tampak riang sekali. Angah amat seronok bercerita tentang kawan-kawan barunya dan adik pula akan menyanyi riang lalu yang pelajari di sekolah tadikanya. Hati ummi dan abah mula berkembang mekar dan dibibir mereka indah.
           
28/03/2012 (Rabu) batuk adik tak henti-henti…dan sesekali adik akan muntah tapi badan adik tidak panas .Adik sudah lengkap berpakaian sekolah namun naluri  seorang ummi tidak mengizinkan  adik untuk ke  sekolah. Dan pagi itu tanpa melengahkan masa ummi terus membawa adik ke KMC untuk mendapat rawatan lanjut. Memang benar….adik lelah ..lelah yang amat serious …adik terpaksa dimasukkan ke hospital….selama 5 hari dan selama itu jugalah kita semua menjadi penghuni KMC…dan keadaan adik bertambah pulih…Alhamdulillah syukur kehadratmu  Ya Allah.
           
            15/4/2012 (Ahad) hari yang dinanti-nanti oleh pun tiba .Sukan sekolah adik…awal adik bangun pagi itu bernyanyi-nyanyi riang . Bersungguh-sungguh betul adik pada hari itu walaupun keadaan cuaca yang kurang baik dan keadaan padang yang agak becak, maklumlah ini adalah kali pertama adik menyertai sukan dan berharap akan ada hari sukan dilain kali. Bermain,berlari,berkejaran bersama-sama rakan-rakan tanpa mengenal erti penat dan bila rasa lapar dan dahaga baru adik datang mendapatkan ummi.  Adik menang lumba lari..adik…dapat cabutan bertuah..suka hati ummi dan abah melihat gelagat adik…Sampai di rumah kita semua tidur kepenatan.

            28/4/2012 (Sabtu) adik demam lagi..sekembali majlis perkahwinan rumah Makcik Sabariah. Badan adik panas sekali. Ummi bagi makan ubat yang sedia ada..suhu badan adik beransur turun. Hari ini kita berhajat untuk tidur di Tanjong Api…aki kurang sihat. Sesampai di rumah aki demam adik datang balik “Ummi…adik rasa nak pengsanlah” tok ketawa bila mendengar percakapan adik itu. “Pengsan tu macamana ?” soal ummi“yalah pengsan boleh hidup balik, tapi kalau mati  tak boleh hidup dah….tapi adik tak nak mati” adik berceloteh lagi..kami semua ketawa mendenganya… adik..adik.. ada-ada saje .Suhu badan adik makin naik adik minta dia di bawa ke klinik, tanpa lengah abah terus memandu menuju ke KMC..suhu badan makin naik 39 drjh cc.Adik harus ditahan dihospital…kesian adik…..adik merayu pada doctor agar dia jangan di cucuk.“tolonglah doctor jangan cucuk adik ..adik dah banyak kali kena cucuk…ummi,abah tolonglah bagi tau kat doctor janganlah cucuk adik” sayu dan hiba bunyinya serta-merta ummi ingatkan  kata-kata yang sama juga diluah oleh arwah abang takkala doctor mahu mencucuknya. Ya Allah berderau darah ummi, ummi menoleh ke arah abah, abah sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya…rupa-rupanya perasaan yang sama bersarang di fikiran abah.
                               
           
            Sekitar jam 11 malam baru adik dapat bilik…keadaan adik begitu lesu sekali..suhu badan masih belum turun lagi…terpaksa masuk ubat melalui buntut. Alhamdulillah malam itu adik tidur dengan lena sekali. 29/04/02012 (Ahad)…syukur suhu badan adik telah menurun dengan cepat…adik nampak cergas dan begitu riang sekali apatah teman sebilik adik merupakan kawan sekolah tadika adik…Sukanya ummi dan abah melihat adik bermain-main. “Insyallah kalau dah sihat mungkin esok adik boleh keluar” getus hati kecil ummi. Abah minta izin dari pihak hospital untuk membawa balik adik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian ummi dan adik…sebelum balik semula ke hospital kita singgah sekejap di Tunas Manja untuk membeli I-pad permainan seperti yang ummi janjikan dulu.
                                                                       
            Tiba-tiba suhu badan adik naik balik, adik dah tak lalu nak makan…adik terbaring lesu sepanjang hari dan adik mau ummi pun berbaring disebelahnya…sedikitpun adik tak mau berenggang dengan ummi..apa-apa semua dengan ummi.Dan sesekali ummi minta abah  gantikan tempat ummi..adik tak mau juga..katanya “ adik kan tak sihat, ngape ummi tak mau baring dengan adik… kalau dengan abah adik tak boleh pegang?”memang menjadi kebiasaan adik bila nak tidur adik akan memegang puting susu ummi. Ummi akur walaupun  kekadang terasa begitu lenguh sekali dek kerana terlalu lama berbaring. “Perut adik sakit, kaki adikpun sakit” adik mengadu meminta simpati..ummi cuba mengusap-ngusap perut adik..tapi kata adik “jangan kuat sangat ummi… sakit” sekali lagi jantung ummi berdegup.. “macam kata-kata abang” bisik hati ummi.

             Sesekali jururawat dan doctor datang menjenguk adik dengan membawa ubat ataupun bertanya keadaan adik. Dan setiap kali mereka datang adik merayu agar dia jangan dicucuk. Ada satu ketika tekanan darah adik tidak dapat di baca .Berdetik juga di hati ummi kenapa??????????

Seluruh badan adik berpeluh tapi adik kesejukan…menggeletar…“tolong ummi adik sejuk sangat-sangat ni”.Ummi cuba memeluk adik, tapi adik kurang selesa sakit badan  katanya.

Alhamdulillah malam itu dapat tidur  lena sekali dengan berbantalkan lengan ummi dan tangan adik tidah lepas dari memegang putind susu ummi.
            30/4/2012 (Isnin)..bangkit dari tidur adik mengadu sakit perut…sesudah bersiap dan minum sebotol susu(itupun tak habis) perut adik perlu discan..ummi dan abah menemani adik dan adik mahu ummi bersama-samanya sepanjang dia discan.Keadaan adik masih tak berubah, malah bertambah lesu, doctor telah beberapa kali menukarkan  aktibiotik untuk adik tapi keadaan adik sama juga. Dari bilik double adik dipindahkan bilik single alhamdulillah lebih selesa. “Dah lama adik kat sini, tapi tak adapun sape-sape yang datang tengok adik…tok,mama,mak,abah tan dan alongpun tak datang” luah adik dengan nada yang agak sedih…“Dia orang sibuk,  sikit lagi datang lah tu” pujuk ummi.. “bila ? besok ke?”…adik…adik.. dalam diam ummi menelefon tok dan sms mama dan maksu.

            Tidur adik pada hari itu asyik terganggu sesekali adik merengek kesejukan dan kadang-kadang kepanasan lepas tu mengadu badan dan kakinya sakit. Acap kali juga adik mengadu sakit perut dan minta di bawa ke bilik air..adik langsung tak mau makan dan minum.Sedih sungguh ummi melihat keadaan adik langsung tak bermaya, beberapa kali ummi memanggil nurse untuk melihat keadaan adik. Kuku tangan dan kaki menjadi biru..seluruh badan adik sejuk serta merta…adik minta ummi dimandikan adik… tapi adik berdaya untuk bangun bila ummi cubamendokong  tapi adik merengek kesakitan…

            Mak su dan tok datang juga petang itu, tok bawa goreng pisang kesukaan adik…adik minta tok menyuapkannya goring pisang …banyak adik makan…“alhamdulillah akhirnya adik nak makan juga” bisik  ummi pada tok…tiba-tiba adik muntah dan mengiggil, badan adik bertambah sejuk…ummi dan tok menjadi panik…berlari ummi mendapatkan nurse dan menelefon abah…Nurse datang bersama-sama doctor…“adik kekurangan  oksegen dan terpaksa di masukkan ICU” bagaikan halintar menusuk ke gegendang telinga ummi mendengar kata-kata doctor itu…Abah tergamam, angah sudah mula menangis teresak-esak…“YA ALLAH  YA TUHAN AKU MOHON PADA MU SELAMATKAN ADIK…”
            Berat kaki ini untuk melangkah masuk ke bilik icu…tanpa ummi sedar ummi terjelepuk jatuh di depan pitu bilik itu….ummi meraung sekuat hati…rasanya baru semalam ummi melepaskan  abang pergi dibilik ini. Bayangan abang dan rintihan abang masih segar lagi diingatan ummi…dan kini ummi  melalui lagi saat-saat getir itu lagi ?????????? Tidak…adik  tak boleh tinggalkan ummi,abah.along,angah dan semua orang yang menyayangi adik…..sepertimana abang meninggalkan kami semua…adik mesti kuat dan ummi mesti berikan adik kekuatan ....lantas ummi naik ke katil untuk bersama-sama adik kalau boleh ummi mau  segala kesakitan dan keperitan yang adik lalui itu dipindahkan kepada ummi….boleh kah itu terjadi dan  dilakukan????????? “Ya Tuhan tolong hamba mu ini…tolonglah jangan kau uji lagi aku lagi dengan ujian yang sama”…rintih hati ummi.

            Adik semakin lemah.. “ummi!!!!! adik nak balik…adik nak balik…adik kat mana ni? adik nak abah…angah mana? Adik nak angah..bila adik boleh balik ”..adik semakin gelisah sekejap baring…sekejap duduk dan sesekali adik naik atas badan ummi,..nak ummi ribakan..nak abah abah dukungkan  semua jadi tak kena pada adik. Kaum keluarga,jiran tetangga  telah ramai berkumpul di luar bilik icu…entah dari mana mereka menerima khabar ini ummi sendirpun tak pasti ….along pun ada sama…“ummi adik nak anak patong kecik…adik nak main” pinta adik..sepantas kilat along pergi menyuakan potong sekecil ibu jari kepada adik…“hish kecik sangat …”lucu pula bunyinya…

            Adik tak mau di pakaikan lampin pakai buang..adik nak kencing  di bilik air.. “adik kan dah besar ummi kenapa nak pakai pampes adik boleh kencing sendiri”. Ummi akur dengan
permintaan adik ummi tak pakaikan adik pampes…adik kencing di atas katil menggunakan takung….tapi air kencing adik tak keluar…“kenapa tak keluar ni adik dah tak tahan…”keluh adik. Ianya berterusan beberapa kali..…dan sesekali adik akan muntah ….cecair hitam yang keluar …..macam abang..Mulut adik tak mau diam ada saje yang hendak dicakapkan ataupun ditanyanya …

“Abah mana ?”  bila adik tidak nampak kelibat abah…“abah sembahyang  ni..abah Tan ada” (bapa saudara)… “adik tak nak abah Tan adik nak abah adik…” adik mula tersenyum bila abah mula mendekatinya…tiba-tiba adik bersuara hiba dan amat sayu bunyinya…“ummi!!!!!!!!adik sayanggggggg…. Sangat kat ummi…sayang sangat-sangat!!!!

“Ya adik ummi pun sayang sangat kat adik….….adik jangan banyak cakap nanti adik letih…” pinta ummi…“oklah” adik tersenyum sambil membuat isyarat tangan supaya ummi tidur di sebelahnya..ummi naik kembali berbaring di sebelah adik…“adik  kita mengaji nak?”…adik menganggukkan kepalanya. Kita mula berselawat,berzikir,membaca al fatihah dan bila ummi hendak membaca ayat khul..adik sudah  keletihan….…“ummi!!!!!!!! boleh adik nak pegang…” ummi memeluk dan mencium seluruh muka adik  dan ummipun menyelak baju ummi…takkala itu adik terus menghisap puting susu ummi dengan rakus umpama baby yang kehausan…abah berpaling tidak sanggup melihat gelagat adik itu…ummi terus memeluk dan membiarkan saya adik berbuat demikian…tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut ummi dan  abah hanya air mata mengalir deras….

            Saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga datang silih berganti..mereka yang datang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada kepada ummi dan abah….apa yang boleh ummi katakan??? “Ya Allah aku mohon pada Mu jangan ambik lagi anakku  cukuplah dengan satu…Ya Allah aku merayu pada Mu…jangan di ambik anak ku.”  Ucap ummi dalam sedu ……adik mendongak memandang ummi dengan wajah yang amat sayu sekali dan dengan nada yang perlahan dan lemah  adik berkata “ummi!!!!!!!! Abah!!!!!!!!! jangan ngangis ya…jangan ngangis..adik sedih…..” oh…tuhan kata-kata yang sama  juga diucapkan oleh abang dulu.Kami tidak berhenti berdoa agar adik dapat diselamatkan…

            Doktor tak henti-henti memeriksa adik…“tolong ya doctor jangan cucuk adik lagi  tolong lah!!!” rayu adik dengan nada yang amat sedih .Adik perlukan bantuan oksigen tapi adik tak mau memakai alat bantuan tersebut…wire-wire di badan adik ada yang sudah tercabut….Kata doctor sel darah putih adik telah menurun, buah pinggan adik tidak fungsi dengan baik sebab itu adik tidak boleh kencing…virus merebak terlalu cepat..dah pergi ke hati…Ya Allah sama dengan apa yang dihidap oleh abang…bila  ada tompok-tompok lebam di badan adik  hati ummi makin jadi tidak keruan..ummi sudah rasa kan saat adik untuk meninggal kami sudah hampir …tiba-tiba ummi rasa percikkan air dimuka …ah…ummi pengsan lagi rupanya…..bergegas ummi kembali ke katil adik..doktor kata adik terpaksa dikomakan bagi membolehkan mesin bantuan oksigen dipasang . Kami diarahkan keluar bagi memudah doctor menjalan kerja-kerja memasang alat pernafasan…adik memegang kuat lengan baju ummi…ummi meleraikannya dalam keadaan keterpaksaan…adik merintih hiba      “ummi..ummi…tolong adik…jangan tinggalkan adik sorang-sorang …tolong  tolong!!!!!!!”Ummi longlai disitu dan terpaksa dipapah.

            Setelah alat itu dipasang ….doktor memanggil abah dan ummi untuk memberitahu keadaan adik…agak kritikal katanya…sekali lagi ummi jatuh ..pengsan…… entah kali keberapa ummi tak pasti.Abah sudah nampak hilang kekuatannya…lemah longlai setiapi langkah yang diatur olehnya Angah sudah hilang arah..sesekali terdengar esakkannya..along diam tak terkata…..Ummi masuk semula untuk berbaring disisi adik….ummi usap seluruh tubuh adik, pipi adik berkali-kali ummi kucup, ditelinga adik tak henti-henti ummi ucapkan kata-kata sayang dan kata- kata semangat…….…“adik sayang .. adik ..mesti kuat..adik mesti kuat… adik tak boleh tinggalkan ummi..adik dah janji nak jaga ummi kan, nak buat rumah 2 tingkat untuk ummi kan.”. bisik ummi.

            Tiba-tiba nurse meluru kearah adik setelah mendengar isyarat dari mesin bantuan pernafasan….“Kak, abang  baca yasin dan boleh bisikan kalimah syadah ketelinga adik ya…”. Yang ada ketika itu bersama-sama adik hanyalah ummi,abah,along dan angah sahaje.Bagaikan lembu dicucuk hidung kami akur dengan kata-kata nurse tadi….doktor meminta kami semua keluar bagi menjalanikan beberapa prosuder…berat sekali hati ummi untuk meninggalkan adik sendirian di bilik icu…dan tiba-tiba sahaje ummi meraung sekuat hati…“adik….mesti kuat…adik tak boleh tinggalkan ummi..sape nak jaga ummi nanti…mesti kuat ya adik…adik kena kuat…”rintih ummi dalam esakan..along dan angah datang mendapatkan ummi dan kami berpelukan….“.along akan jaga ummi…along akan jaga ummi,abah dan angah” itu janji along pada ummi ….

            Pintu bilik di buka doctor memanggil ummi dan abah disuruhnya kami duduk….“maaf ya kami dah cuba untuk selamatkan adik…tapi Allah lebih sayang adik…”.kata doctor sambil menepuk-nepuk bahu ummi.. “apa doctor cakap ni” …ummi bertanya kebengongan…“Adik dah tak ada…. Allah dah menjemput dia…sabar ya Kak…ahli syurga anak akak ini” dan dia berlalu pergi meninggalkan kami 4 beranak di situ untuk menatap wajah buat kali terakhir…tiada kata-kata lagi cuma esakan-esakan sahaje yang kedengaran dan kami bergilir-gilir mencium adik…..Adik pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya dihari jadi abah 1 Mei 2012 pukul 1.25 pagi Selasa terlalu perit untuk kami terima semua ini.Terlalu sukar digambarkan kan betapa sakit dan pedihnya  kami dikala  itu. Dan ummi sendiri tidak tahu apakan perasaan ummi tika itu…rela atau tidak …..antara redha dengan tidak….seolah-olah peristiwa bersama abang dulu di ulang tayang semula……

Ya Allah kenapa aku lagi di uji begini  dalam tempoh yang terdekat ini…kenapa kau ambil lagi anak ku Ya Allah …tidak kah kesian pada aku Ya..Allah…kau duga aku dengan anak-anak….kenapa kau bagi aku dan dengan cepat kau ambik balik….Abah memeluk ummi seerat mungkin …abah bisikan ke telinga ummi. “ummi!!!!!…bertuahnya kita…dalam ramai-ramai  Allah memilih kita….dua orang anak kita sudah tentu menjadi ahli syurga dan anak-anak kita tidak akan jemu menunggu kita dipintu syurga…insyallah kita akan bersama-sama mereka kelak….mereka bukan hak kita tapi hak Allah.Dia ambik anak-anak kita dia nak jadi anak-anak kita bidadari syurga. Tak semua orang Allah jadikan anak-anak mereka sebagai bidadari syurga.Untungnya kita  …anak-anak kita menjadi bidadari syurga.Ummi kena redha…ummi kena izinkan adik pergi untuk bersama-sama abang…adik rindukan abang…kesian kat kat adik kalau ummi berterusan begini…lepaskan adik ya ummi..”Pujuk abah…ummi tahu abahpun teramat-amatlah sedih dan terasa kehilangan…..kedua-dua  anak lelakinya dijemput dalam sekelip mata. Dalam tempoh 6 bulan saje kita kehilangan 2 anak dan 1 janin.Tapi demi ummi,along dan angah…. abah kena kuat kerana kekuatan kita bergantung pada abah….kesian abah … hatinya terbuku.
Di luar bilik icu keadaan sunyi sepi macam tidak percaya dengan apa yang   terjadi…

Antara percaya dengan tidak…Tok dan yang lain sudah beransur pulang ke Tanjong Api..untuk membuat persiapan  menyambut jenazah adik nanti. Setelah jenazah adik siap dibersihkan dan bungkus dengan selimut putih…ummi datang mendapatkan adik…kali ini dengan agak tenang ummi berwuduk terlebih dahulu . “adik… hari ini, waktu ini, ummi redhakan adik pergi. Ummi halalkan segala-sagalanya. Ummi halalkan air susu ummi untuk adik. Pergilah sayang.. Ummi izinkan…adik rindu abangkan….pergilah abang sedang menantikan kedatangan adik…abang tak mampu nak buatkan rumah 2 tingkat untuk ummi sorang-sorang kat sana….adik bantulah abang ya sayang…pergilah sayang” dan saat ummi dapat rasakan abang sedang menghulukan tangannya sambil tersenyum menyambut kedatangan adik.Ummi naik di atas katil ambil bantal dan berbaring disisi jenazah adik..…ummi peluk jenazah adik perlahan-lahan …ummi takut adik kesakitan……ummi dodoikan adik…
Tiba masa adik nak di bawa pulang….abah meminta ummi turun dari katil…tapi ummi tidak mampu berbuat demikian….maka mereka semua mengambil keputusan untuk menyorong katil adik dengan membiarkan ummi berbaring disisi jenazah adik….“Adik dah nak dibawak balik rumah tok, jom kita pangku adik dalam kereta” pujuk abah setelah melihat ummi seolah-olah enggan bangun dari pembaringan…ummi cuba bangun dengan perlahan agar tidak jatuh…..tapi tak upaya…ummi rebah juga. Kita tiba di Tanjong api sekitar pukul 3.15 pagi…beberapa orang jiran dan saudara terdekat sedang menanti ketibaan jenazah adik…adik dibaringkan oleh along dengan cermat sekali ditempat yang sama di mana abang dibaringkan 6 bulan dulu.

            Selesai mandi dan menukar baju …ummi kembali berbaring disisi adik…dan sesekali mencium seluruh tubuh badan adik..ummi cium puas-puas kerana selepas ini tidak dapat lagi berbuat demikian. Keadaan ummi yang dalam hadas besar membataskan ummi dari  membacakan ayat-ayat suci al quran . Jemaah masjid mula datang meziarahi adik selesai menunai solat subuh. Makin lama makin ramai…pada ibu, ummi berpesan…“nanti ummi nak mandikan adik ya jangan lupa…” berkali-kali ummi ingatkan ibu…abang dulu ummi tak sempat nak mandikan. Alhamdulillah hajat ummi di makbulkan,ummi mandikan adik buat kali terakhir..ummi dapat rasakan yang adik begitu bahagia sekali dimandikan oleh ummi.

            Sekitar jam 10 pagi semuanya selesai.Ummi dapat melihat dengan jelas sekali airmata abah dan along dan saudaramara terdekat tidak berhenti-henti mengalir ketika mereka menyembahyangkan adik. Adik kami semadikan disebelah pusara abang ….tempat dimana adik selalu bermain-main setiap kali kita ke pusara abang..Adik….. tenanglah adik disana…. doa ummi semuga adik dapat bertemu dengan abang dan bermain-main di taman syurga Nya seperti mana adik impikan selalu..Terlerai sudah rindu adik pada abang.

Hari ini1 June,  sudah sebulan adik pergi menemui penciptanya. Dan selama itu juga ummi,abah dan angah belum pulang ke rumah kita. Sudah beberapa kali kami cuba untuk pulang ke rumah…tetapi sebaik sahaje kaki melangkah masuk….semuanya jadi tidak menentu..sunyi sesunyinya….ibaratnya kalau jarum jatuh boleh terdengar “detingannya”. Kami tidak dapat membayangkan macamana kami untuk menghadapi semuanya ini. Kalau dulu selepas kematian abang, kami ada adik..tapi sekarang????

Bukan kami sahaje yang terasa kehilangan adik…ramai dik.Tiada siapa lagi yang akan bermain ultraman dengan abah Tan.Sudah tiada lagi ultaman dan juga raksasa. Angah dah tak ada kawan untuk di bawa bergaduh atau bercerita…abah apatah lagi seolah-olah kehilangan kedua-dua sayapnya.Sejak abang pergi segala–gala tertumpu buat adik…adik akan jagi pemboceng setia abah kemana sahaje abah pergi adik pasti ada..adik peneman setia abah dikala menonton tv ke kedai atau kemana sahaja,abah tidak pernah kata ‘tidak’ pada setiap permintaan adik.  Tiada siapa lagi yang akan tidur berbantalkan lengan ummi dengan tangan yang meraba-raba mencari putting susu. Waktu pagi adalah saat yang paling sensitive buat ummi, waktu untuk menyiapkan adik untuk kesekolah…sebelum mandi adik mesti menonton cerita dianosour train…mandi,gosok gigi dan memakai baju mesti ummi yang  buat  dan mesti juga didukong ummi untuk masuk ke dalam kereta begitu…. manjanya adik…

Ahli jemaah surau kata mereka semua masih terdengar-dengar  suara adik mengaminkan setiap bacaan yang di baca oleh imam..adik merupakan jemaah surau yang taat…disetiap waktu maghib dan isyak. Begitu juga di pejabat ummi dan abah…kerana setiap pulang ke sekolah adik pasti ke tempat ummi atau abah. Bila jam menunjukkan 4.15 petang abah pastikan menelefon ummi untuk mengambil adik diruang lobby. Adik memang disenangi oleh kawan-kawan ummi dan abah kerana kepetahan dan kelincahan adik.

Seperti kebiasaanya setiap hari selepas balik kerja kami akan ke pusara abang dan adik. Pohon kemboja dipusara abang daunnya merimbun sekali manakala kemboja dipusara telah mula berbunga. Selagi daya , kami akan sentiasa kepusara kalian berdua. Kami dapat rasakan kalian berdua tertunggu akan kedatangan kami. Biarpun jasad telah dimamah bumi namun kalian berdua tetap ada di hati kami. Akan kami simpan kemas-kemas kenangan bersama adik…akan kami satukan bersama dengan kenangan abang. Abang dan adik memang terlalu arkab. Umpama satu jiwa susah hendak dipisahkan. Hebatnya anak-anak ummi dan abah ini. 

Anak-anak ku sayang …berkat doa saudara-mara dan rakan-rakan ummi kini ummi semakin kuat dan tabah. Memang benar ummi dan abah adalah insan yang terpilih, insan yang bertuah…sudah ada bidadari-bidadari syurga yang menunggu akan kedatangan kami.Anak-anakku sayang…ummi ingin menjadi ummi yang penuh dengan sifat sabar, penuh dengan keredhaan dan ketaqwaan yang mana di sana nanti ummi boleh memilih mana-mana syurga yang ummi  mahu…Kami mahu rumah didirkan untuk kami disyurga itu yang diberi nama “BAITUL HAMDI”

“Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat  putra-putra ku sayang”

Satu kebetulan yang menakjubkan..
~: abang demam petang sabtu 22/10/11 selepas majlis perkahwinan rumah makcik Ramlah
~: adik demam petang sabtu  28/04/12 selepas majlis perkahwinan rumah makcik Sabariah
~: abang masuk icu lepas asar petang Isnin (24/10/11)
~: adik masuk icu lepas asar petang Isnin (30/04/12)
~: abang menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.25 pagi Selasa
~: adik menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.25 pagi Selasa
~: abang meninggal diusia 8 tahun 10 bulan 2 hari
~: adik meninggal diusia 4 tahun 10 bulan 3 hari
           



Anak-anakku,
Menjadi Ummi bukan tugas yang mudah
Mendidik, membelai, memberi kasih sayang tanpa jemu
Ketahui olehmu Ummi sayang anak-anak Ummi
Sayang yang tidak berbelah bahagi
Kerana kalian bedua permata hati Ummi

Ummi minta maaf jika Ummi bukan yang terbaik
Kerana Ummi masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus dan sabar menghadapi kerenahmu
Maafkan Ummi untuk segalanya
Maafkan Ummi kerana hilang sabar
Maafkanlah Ummi sayang

*Melahirkan anak itu sangat berat, kadang-kadang sampai menewaskan ibu yang melahirkannya. Kepada anak tertumpah harapan di ibu di masa datang. Tapi malang bagi ibu, anaknya meninggal waktu masih kecil. Sebagai balasan dari Allah, dijadikan-Nya 3 atau 2 anak yang meninggal itu menjadi dinding bagi si ibu dari api neraka, Kalau ia sabar menerima ujian dari Allah.


Thursday, December 5, 2013

~ Rajuk Di Mata ~


sampai bila rajuk mu berhela bersama rindu mu berhembus nafas cinta ku yang subur mekar di detik degup nadi cinta kita rajuk yang rela ku pujuk sampai bila bila... rajuk mu kekasih rindu ku kekasih mu puas ku rayu deras juga titisan airmata suci mu mengalir sendu dilereng pipi yang gebu menyerlah seribu rahsia yang ku tahu KAU MASIH MENYINTAI KU...MERINDUI KU...ku tahu itu.. Aduhai sayang cinta hati belahan jiwa kau yang ku panggil sayang sudah sudah lah rajuk mu aku tidak rela kau berduka kerana cinta ku cinta ku yang kau tahu hanya untuk mu... aduhai kau yang ku panggil sayang.. relong jiwa ku tidak berbatas untuk mu beradu manja membelai kasih kasih ku bersemi seharum kasturi menyintai mu... rajuk mu rela ku pujuk.. marah mu rela ku pohon maaf andai salah ku namun tidak rela kehilangan mu dari hidup ku kerana kau yang satu dalam taman hati... MENYINTAI MU MENGASIHI MU MERINDUI MU KEWAJIPAN SEORANG AKU.. YANG IKHLAS MENYINTA YANG JUJUR MENYAYANGI..... UNTUK MU ADUHAI KAU YANG KU PANGGIL SAYANG

~ Cara Meletakkan Avatar Di Ruangan Chatbox ~

Pergi Ke ( Imagur )






* Selamat Mencuba *

Sunday, December 1, 2013

~ Penantian ~


Hati kecilku berbisik lembut. Entah bila penantian ini akan berakhir dan menemui penghujungnya.
Penantian yang kita mulakan,kita ciptakan atas dasar sebuah perasaan yang menjadi fitrah makhluk Allah yang bergelar manusia. Fitrah yang bernama cinta dan kasih sayang. Mengenang akan adanya penantian ini antara kita. Satu keluhan berat ku lepaskan.
Huh! Dugaan Tuhan ku mungkin terlalu berat untuk ku pikul.Penantian ini bakal berakhir dengan kepahitan ataupun bakal membawa seribu kebahagiaan dalam hidup ku? Namun,dengan mengingati bahawa janji Allah membuatkan aku berusaha mendidik hati kecilku agar bersifat tawaduk dan redha atas segala ketentuan Nya yang Maha Esa. Aku meyakini sepenuh jiwaku sesungguhnya Tuhanku adalah sebaik-baik perancang dan Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Mudah-mudahan Dia mengutuskan ketabahan padaku walau apa juga dan dimana letaknya pengakhiran kisah penantian ini.
Dan sejak bermula penantian ini,doa ku tidak pernah putus. Memohon dalam setiap sujudku agar segalanya berakhir seperti yang kita inginkan. Bersama.Bersatu.Dalam sebuah ikatan yang sah dan halal di sisi Yang Maha Esa .

~ Saya Perlukan " Semangat " ~


hurmmmmmmm
x taw nape ase sdeyh 
sy xnk mende ni jd
tp skrg dah jd
sy xnk sbnrnya
tp
tp
tp
hurmmmmmmmmm
sblm ni sy pernah gtaw
sy xnk
xnk
xnk
xnk
tp
hurmmmmmmmmmmmmm
sy perlukan " semangat "
sy xnk kehilangan " semangat "
sy xnk d pisahkan dgn " semangat "
sy nk " semangat " always bersama sy
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sumpah sdeyh T____T