Saturday, July 28, 2012

* Jenis - Jenis Kawan *

1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. kawan kayu - dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. kawan span - lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. kawan duri - dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

Wednesday, July 25, 2012

* Happy Birthday Sayang *

weeee....
happy bezday syg...
semoga d pnjgkn umo..
di murahkan rezeki...
sehat selalu..
happy sokmo...

sempena hari kelahiran awak ni..
sy berhrp sgt awak akn jd yg TERBAIK utk semua org..
jdlah yg TERBAIK utk abah dgn mak..
jdlah yg TERBAIK utk family..
jdlah yg TERBAIK utk bakal isteri awak..
jdlah yg TERBAIK utk anak2 awak 1 ary nnti..
jdlah yg TERBAIK utk diri sndiri ^^

semoga awak happy sempena ulangtahun awak di bulan Ramadhan ni :)
semoga bulan Ramadhan ni akan membuat awak lebih bahagia dr Ramadhan sebelum ni..
semoga rezeki awak bulan Ramadhan ni akn bertambah2..
semoga bulan Ramadhan ni mengajar awak erti KESABARAN..
amin~


maaf erk sbb x dpt nk bg hadiah yg mahal utk awak :)
tp..
sy sgt eppy dpt buat something yg awak suke sempena hari ulangtahun awak taon ni :D
kalo x sdp tu jgn la kutuk ye..
hehehe...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Saturday, July 21, 2012

* Mood : Sedih *


hurmmm...
jam dh pun menunjukkan pukul 12:45 am
bermulalah bulan Ramadhan..
kejap ag nk bersahur..
al-maklum la dok srwk kan..
kne la bersahur awal..
sbb waktu imsak awal :)
semakin dekat masa bersahur semakin sedih pulak aty ni :(
org lain semua bzy bersahur dgn ibu bapa masing-masing..
bzy bersahur dgn adik beradik..
tp aku...
aku hanya bersahur dgn atok,nenek,pacek,uncle n paksu je..
tp aku bersyukur sbb mereka ada utk menemani aku bersahur dan berpuasa tahun ni :)
tp alangkah indahnya puasa taon ni kalau aku bersama dgn papa n mama aku :(
boleh sahur sama2...
bukak pose sama2...
happy bile tgk anak2 atok sume kumpul 1st ramadhan ni :)
kalo papa ad..
msti papa pun eppy same dgn kami skrg..
ya Allah...
nape dugaan yg kau beri kpd aku terlalu berat ya Allah.. :(


Monday, July 16, 2012

* Doa Ku *


Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim

* Kalau La Aku Di Beri Pilihan *


kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "pahala" dr memilih "dosa"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "kebahagiaan" dr memilih "kesedihan"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "ketawa" dr memilih "menangis"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nak sgt memilih "kasih syg" dr memilih "kebencian"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "senyum sokmo" dr memilih "marah sokmo"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "yg baik" dr memilih "yg jahat"

kalau la aku di beri pilihan...
aku nk sgt memilih "pertemuan" dr memilih "perpisahan"

tetapi....

aku hanyalah seorang manusia biasa...
yg tidak lari dr dugaan...
tidak lari dr kejahatan..
tidak lari dr kesedihan...
tidak lari dr kebencian..
tidak lari dr perpisahan..
tidak lari dr dosa...

namun....

apa yg perlu aku buat skrg...
kuatkan semangat...
bykkn bersabar...

sbb...

setiap manusia tidak lari dr melakukan kesilapan...
aku jugak salah seorg manusia yg tergolong dlm melakukan kesilapan...
tergolong dlm melakukan dosa...

apa yg aku hrpkn skrg ni..
aku xkn terus melakukan kesilapan..
aku xkn terus melakukan dosa..

biarlah kesilapan dan dosa yg pernah aku buat selama ni memberi pengajaran kpd aku...
supaya aku kembali ke jalan yg benar...
amin~

Saturday, July 14, 2012

* 10 Nasihat Orang Bercinta *


Assalammualaikum...


Wahai sahabat seakidahku..

Bacalah pesanan ini ^_^


  1. Janganlah engkau membiarkan kemanisan bercinta di hirup sebelum engkau berkahwin dengan "si dia".
  2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.kelak "si dia" bukan jodoh untukmu.
  3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik "si dia".
  4. Jika engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
  5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
  6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yg terbaik dlm hidupmu,maka engkaulah yg patut jd terbaik dahulu.
  7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yg perlu kau tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
  9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu utk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
  10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yg tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaanmu.

Thursday, July 12, 2012

* Perkataan Yang Boleh Merosakkan Hubungan *


Terdapat tiga perkataan yang sering dibualkan dalam kehidupan seharian yang mempunyai potensi besar sebagai perosak hubungan. Ketahui tiga perkataan ini agar tidak menggunakan secara salah kepada pasangan anda, bagi mengelakkan terganggunya hubungan yang sekian lama terjalin.

1. TETAPI
Perkataan 'TETAPI' atau 'TAPI' biasanya digunakan di awal atau pertengahan ayat, memadamkan maksud apapun yang diperkatakan sebelumnya. Perkataan ini berfungsi sebagai 'pemadam'. Ertinya, ketika anda berbual dengan pasangan anda tentang beberapa perkara dan kemudian diucapkan kalimah 'TETAPI', maka ucapan anda sebelum itu tidak lagi jadi bermakna.

Contohnya, "Saya mahu buat semua itu, tapi...". Okay, niat anda untuk melakukan sesuatu tidak lagi bermakna selepas perkataan "TAPI" itu muncul. Disarankan, sebaiknya anda gantikan 'TETAPI' dengan perkatan 'DAN' atau 'JADI'.

2. TIDAK
Perkataan 'TIDAK' atau 'TAK' lebih cenderung membawa maksud negatif. Cubalah untuk mengucapkan perkataan yang lebih bermakna positif. Ucapan seperti ini misalnya, "Saya tidak mahu ikut awak ke sana" ada baiknya digantikan dengan ayat yang lebih bernuansa positif, "Saya akan tinggal di rumah saja hari ini".

3. AWAK
Tinggalkan kebiasaan mengucapkan perkataan 'AWAK' atau 'KAMU' di awal ayat, kerana perkara ini akan kelihatan seperti bossy dan suka memerintah.

Tukar bila terniat mengatakan "Awak patut..." dengan mengucapkan "Saya rasa awak patut...". Cubalah untuk tidak bersikap mendominasi atau memerintah semasa berkomunikasi, termasuk dengan pasangan anda.

Kebiasaan berkomunikasi dengan perkataan dan juga bahasa yang lebih positif akan menghasilkan percakapan yang lebih produktif, dan lebih intim. Imbas kembali cara anda dan pasangan anda berkomunikasi. Jika masih terdapat tiga perkataan ini, cubalah untuk mengubah dengan cara yang lebih bersesuaian. Percayalah, dengan mengambil berat tentang hal ini, hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih intim dan mesra.

Tuesday, July 10, 2012

* Eppy Bezday *


eppy bezday Olee Bochik :P
semoga dipanjangkan umo..
dimurahkan rezeki..
sihat selalu..
dan eppy sokmo ^_^

semoga persahabatan yg ada sekarang ni akan kekal sampai bila2 :D
thanks sbb sudi bergelar sahabat selama ni :)
wpon pangai olee ni agak2 sewel ckit..
tp cHa eppy ada kawan yg sewel dan sengal cm olee..
muahahahaha~

thanks lgik sekali sbb sudi menjd pakgad di UTM :P
wpon jrg ad org kt chatbox Olee ttp msuk sana...
kahkahkah..
thanks a lot ya :P

thanks jugak sbb sudi temankan cHa chatting di Frenzy @ UTM pg2 bute wpon hakikatnya tenet Olee akan DC jam 3pg...
wkwkwkwkwkw...

lagik sekali kami nk ucapkan "Selamat Menyambut Ulang Tahun"


Monday, July 9, 2012

* Miss My Friend *


aduiyaaaa...
tibe2 windoo geng2 lame lak T___T
hurmmmm..
dulu rapat hiler dgn dowg >.<
tp skrg..
sume dh x cm dulu...
masing2 bzy...
masing2 dh ad life sndiri...
dulu rapat dgn some1...
tp skrg cm dh renggang sgt2...
sbb dh lame x tegur dowg >.<
yg masih lagi setia tegur 2-3 org je :(
yg len sume x tgur dh...
hurmm..
mungkin aku bkn "sahabat" yg baik utk dowg t___t
aku dh cube utk jd yg terbaik tp aku gagal..
aku hrp dowg still ingt aku mcm aku ingt dowg :D

Sunday, July 8, 2012

Redha Kehilangan Matahari...Syukur Anugerah Pelangi


KEBAHAGIAN…Apakah itu ’kebahagiaan’….???
Bahagia belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, ataukah duduk memadu kasih dengan isteri dan anak-anak ataukah dikelilingi rakan-rakan yang baik budi pekerti ataukah mempunyai saudara mara yang amat menyanyangi dan menyanjungi kita??

Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya. Ada pakar-pakar motivasi menyatakan: ”Anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda”. Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: ”Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini merupakan kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga merupakan kebaikan.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Orang banyak mengatakan: ”Bahagia itu adalah kepuasan hati.” Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagimana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah terpenuhi dengan sempurna. Selamilah dasar hati kita, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam.

Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ’tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ’terkejut’ di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah SWT: ”Allahpun reda ke atas diri mereka dan merekapun reda dengan pemberian-Nya.” Surah Al-Bayyinah: 8.

Rabi’ah pernah ditanya oleh seorang muridnya: “Bilakah seseorang itu reda kepada Allah?” Beliau menjawab: “Apabila kegembiraannya datang ketika dia ditimpa musibah sama seperti ketika dia mendapat nikmat.” Begitulah dalamnya ‘hubungan hati’ seorang hamba kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita tak mahu sesiapapun terguris hatinya oleh tangan kita, tetapi pernahkah kita terfikir siapakah yang sesungguhnya paling banyak disakiti oleh perbuatan kita? Allah SWT Maha Sabar dan Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya, berulang kali kesalahan yang sama dilakukan oleh seorang hamba namun Dia Maha Pengampun, Penyayang dan Pemurah. Dosa-dosa kita dibalas dengan kurniaan nikmat dan limpahan rahmat. Ya Allah,sesungguhnya Dia Maha Pengasih buat kita….begitu juga saya!!!

Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah SWT? Tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dibenci orang, diumpat , diherdik , didengki dan pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.

Redha bukan bermakna menyerah dan berputus asa kepada takdir, tidak mahu berusaha dan berikhtiar untuk mendapat kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan seterusnya. Sifat begini sungguh bertentangan dengan hakikat reda yang diamalkan oleh Baginda SAW. Sepertimana perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: ”Rasulullah SAW meminta rasa reda sesudah berlaku takdir kerana pada saat itu telah demikian nyata hakikat reda, sedangkan reda sebelum berlakunya takdir yang sedemikian itu hanyalah tekad dan keinginan untuk reda apabila takdir berlaku kepada diri baginda SAW nanti. Kerana sesungguhnya hakikat reda adalah sesudah berlakunya takdir yang ditentukan.”

Reda juga bermakna tidak menentang apa yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya, bahkan tidak sedikitpun mengeluh atau mempunyai keinginan terhadap sesuatupun selain apa yang telah ditakdirkan oleh-Nya. Umar bin Abdul Aziz pernah berdoa: ”Ya Allah jadikanlah aku reda dengan qadak-Mu dan berikanlah keberkatan di dalam qadar-Mu sehingga aku tidak suka mendahulukan sesuatu yang Engkau akhirkan dan mengakhirkan sesuatu yang Engkau dahulukan.”

Apabila jiwa kita reda, hati mula merasai lapang dan wajah kita berseri menghadapi kehidupan, segala sesuatu pasti akan dapat terkawal dengan baik. Melalui ibadat hati ketenteraman akan dirasa, tetapi ia tidak semudah yang dibayangkan. Ia perlu kepada berdoa dan mengikut proses penyembuhan yang jalannya umpama mendaki pendakian yang tinggi. Sesungguhnya reda kepada Allah SWT adalah satu pintu daripada pintu-pintu cinta kita kepada Allah SWT. Bukankah seorang kekasih sentiasa reda ke atas perbuatan kekasihnya? Siapa pun kita dimata manusia, Allah berhak keatas diri kita sebagai hamba-Nya.

Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah SWT pilihkan untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah SWT telah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas’ud RA apabila ditanya: ”Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab: ”Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?” Masyaallah, rupanya banyak ‘nikmat’ yang cuba kita nafikan. Kita semua dijadikan sebagai makhluk yang miskin, lalai dan tidak memahami sesuatu pun tetapi Allah menganugerahkan kita dengan harta, ilmu dan iman. Belum cukupkah itu semua untuk menjadikan kita hamba-Nya yang redha dan syukur dengan ketenatuan-Nya ?? Hitunglah nikmat Allah pada setiap tarikan nafas dan hembuskannya dengan redha dan syukur yang tak terhingga.

Semua kenikmatan terlalu susah untuk disyukuri apabila ujian Allah datang. Hal ini diungkapkan dalam surah al-Fajr ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”

Sesungguhnya kesedihan itu adalah tanda tidak redha dari kita, sering berpunca daripada hilangnya nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia. Musibah atau pun dugaan seperti ini jika diterima dengan hati yang redha, kekuatan rohani dengan keimanan dan kemampuan mengawal perasaan serta sikap yang positif dan berani akan menjadi tidak bererti pada diri yang terkena musibah.

Yakinilah kalimah Allah yang Maha Suci ini bahawa: “Setiap kesusahan ada kemudahan,” mendung dan ribut hujan akan hilang oleh pelangi yang menawan. Kita perlukan sikap berani dalam menerima setiap ketentuan. Kekecewaan dalam kehidupan hanyalah suatu proses bagi mendapatkan kebahagiaan .Jika kita menerimanya sebagai kebaikan dari Allah maka akan jadi baiklah kesan ketentuan itu. Tetapi jika kita meraung dengan penuh kemarahan dan tidak mahu menerimanya, akan datanglah kemurkaan Allah. Antara bentuk kemurkaan-Nya adalah kita dibiarkannya berputus asa, menyakiti diri sendiri, bahkan kita akan derita. Tanda kemurkaan Allah juga adalah Dia membiarkan kita dengan tidak diberinya hidayah atau petunjuk untuk memperbaiki keadaan yang berlaku ketika itu. Elok juga jika kita renungkan kata-kata hikmah ini: “Redalah kamu dengan nikmat Allah yang sedikit nescaya Ia reda kepada amalmu yang sedikit.”

Ubatilah kesedihan serta redha diatas apa yang ditentukan oleh-Nya untuk kita dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa dan aktiviti yang baik. Buatlah jadual aktiviti seharian dengan teratur, kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama mengenang nasib kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali dan akan menghalang langkah mencipta redha dan syukur. Memaksa hati khusyuk walaupun pada ibadat yang sedikit, itu lebih memadai kerana ketenangan terdapat disitu.

Sembahyang lima waktu pada hakikatnya mengingatkan diri kita kepada alam akhirat. Jadikan tikar sembahyang seakan-akan titian sirat, kain sembahyang ibarat kafan, di kanan syurga, di kiri neraka, di hadapan timbangan amal dan di belakang syaitan musuh yang dahsyat. Maka kita akan memujuk pada diri sendiri: ”Jangan bersedih atas musibah di dunia kerana kengerian dan kedahsyatan akhirat lebih menakutkan berbanding dengannya.” Kesedaran hati tentang kehadiran dan pengamatan Allah kepada kita itulah dia redha dalam khusyuk. Betapa indahnya seseorang yang sentiasa diperhatikan kekasihnya, didengar segala keluhannya, dijanjikan dengan syurga yang penuh kenikmatan serta disembuhkan lukanya dengan kepuasan beribadat kepada-Nya. Alhamdulillah….berilah ketenangan itu. Ketenangan dan kebahagiaan ada dalam redha kita. Mintalah keampunan dari-Nya diatas khilaf kita.

Membandingkan musibah pada diri kita dengan musibah orang lain yang lebih dahsyat dan menyedihkan. Betapa beruntungnya kita yang masih dikurniakan nikmat hidup untuk bertaubat kepada Allah. Sentuhan ajaib Allah pada hati kita sehingga kita menyedari kesilapan sendiri itulah pertolongan-Nya. Musibah ini umpama hilangnya sebutir bintang, bukankah masih ada berjuta yang masih berkilauan? Allah mengambil yang sedikit dan memberi terlalu banyak pada kehidupan kita. Ya..benar-benar belaka jika direnungkan. Syukur…syukur kehadrat-Mu ya Allah…..

Bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu wahai hati, itulah tanda redha yang sebenar-benarnya. Sambutlah hari esok dengan keceriaan kerana hidup ini terlalu berharga untuk ditangisi….

Saturday, July 7, 2012

Hargailah Ibu Bapa Anda Selagi Hayatnya Masih Ada


Seburuk-buruk anak,itulah darah daging kite dan begitu juga,seburuk-buruk ibu bapa,itulah darah daging kite.janganlah sesekali memutuskan hubungan ini kerana setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya kelak wlau sbsr zarah sekali pun. :)

Seorg ibu snggup buat ape je demi kebahagiaan anak-anak wlau terpksa bergadai nyawa sekali pun TAPI seorang anak,boleh x buat cmtu?terutamanya yg dh berumahtangga,sanggupkah anak itu mendahulukan ibunya dlm apa jua keadaan?

Seorg ibu x snggup melihat anak-anaknya dlm kesusahan,kesedihan apatah lg kelaparan,seorg ibu snggup mengikat perut atau x mkn demi anak-anaknya TAPI seorang anak tu,bile dh besar nnti,sanggupkah mereka berbuat sedemikian rupa utk ibunye?

Seorang ibu tu boleh menjaga 2 org anak atau lebih TAPI seorang anak tu snggup tak menjaga ibu dye yg hanya seorg tu?

Seorg ibu tu sanggup menerima anaknya wlaupun anaknya seorg penagih dadah atau pelacur atau perogol TAPI seorg anak,sanggupkah dye menerima ibunya dlm keadaan sedemikian??

Inilah persoalannya.sebenarnya,wlau anak tu kaya mcm mana sekali pun,jawatan hebat-hebat,harta melimpah ruah,belajar tinggi2 TAPI kalau x reti menghormati seorang ibu mahupun menghargainya,xkn ke manalah anak itu.PERCAYALAH =)

Dan kenapa syurga itu di bwah tapak kaki ibu?

Ibulah yg byk berkorban demi anak-anaknya sejak dr kandungan.dalam masa 9bulan anak tu dlm kandungan,mcm2 perkara seorg ibu tu kne tempuh.

Lepas bersalin,dalam keadaan ibu tu masih lemah pun kne jg seorg anak tu.jg anak tu dr mcm2 penyakit.tu blum kire kalo bgn mlm lg.seorg ibu tu xkn tido selagi anaknya tak tido.

Dan seterusnya,sampailah anak tu besar,dari x pndai berjalan sampai dah boleh berlari,msuk sekolah,msuk universiti,bekerja,dah berumahtangga dan sampai dah ada anak.kalau nk list sume,kompem x ckup page.jadi,same-samelah kite mengambil iktibar.yg sebenar-benarnya,jasa ibu takkan terbalas sampai bile2.wlau kite limpahkan wang ringgit pd ibu kite,PERCAYALAH,bahawa ianya x ckup dgn apa yg dh dye buat utk kite selama ni :)


Friday, July 6, 2012

Apakah Cinta Kita Seperti Ini..?




Seseorang yang mencintai kamu....

Tidak boleh memberi alasan, mengapa ia mencintaimu...

Dia hanya tahu, di mata dia, kamulah satu - satu nya...


Seseorang yang mencintai kamu....

Sebenarnya selalu membuatmu marah, gila, jengkel, stress...

Tapi ia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah ia lakukan,karena semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu...


Seseorang yang mencintai kamu....

Jarang memujimu...

Tetapi di dalam hatinya, kamu adalah yang terbaik...

Hanya itu yang ia tahu...


Seseorang yang mencintai kamu....

Akan marah atau mengeluh, jika kamu tidak membalas pesannya atau teleponnya...

Karena ia peduli, dan tidak ingin sesuatu terjadi padamu...


Seseorang yang mencintai kamu....

Hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu...

Dan, ketika kamu mencuba menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya...

Di mana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untukmu...


Seseorang yang mencintai kamu....

Akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan...

Yang sengaja terucap, atau bahkan yang tidak sengaja...

Dan ia akan selalu menggunakan kata - kata itu, tepat pada waktunya...


Seseorang yang mencintai kamu....

Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah...

Karena ia tidak mau mengingkari janjinya...

Ia ingin kamu untuk mempercayainya, dan ia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman untuk selamanya...


Seseorang yang mencintai kamu....

Mungkin tidak boleh mengingat kejadian atau kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, atau yang lainnya...

Tapi ia tahu bahwa setiap detik yang ia lalui adalah saat di mana..........


Ia mencintai kamu, dan tidak peduli hari apakah ini...

Pernahkan kita mencintai seperti ini...?

Thursday, July 5, 2012

* Nasib Diri *


hurmmm....
bgn tido je trus xde mood >.<
bile xde mood mcm2 bnde bermain di fikiran...
fikiran negatif mula berjalan2 dlm fikiran tyme xde mood cmni...
1st yg sy fikirkan bile xde mood ialah "sy seorg yg bernasib malang"
nape?
sebab hidup sy dh x lengkap semenjak umo sy berumo 15taon..
bile umo sy mencecah 18taon..
edop sy semakin x lengkap...
tp..
sy x boleh nk buat ape sebab semua dh tertulis utk sy..
Allah lebih sygkan "mereka"...
ke-2 sy selalu fikir..
kalau la sy ada adik beradik lain mungkin edop sy x sesunyi sekarang ni...
mungkin sy ada tmpt utk berkongsi segala masalah yg sy tanggung...
mungkin sy happy mcm kwn2 yg lain yg ada adik ad kakak ad abg..
di mana mereka boleh berkongsi masalah...
berkongsi cerita...
berkongsi segalanya....
tp..
semua tu x mungkin akan berlaku pd sy...
hurmm...
skrg ni bulan pose dh nk dekat...
kalau pose yg menemani pegi bazar hanyalah paksu :D
org len happy2 pergi bazar bersama fmily tp sy pergi bersama paksu :)
sy bersyukur sbb ad sowg paksu yg nk temankan sy pergi bazar ^_^
ke-3 bila sy fikirkan suasana di hari raya..
pagi raya semua org bzy dan happy bersalaman dgn kedua orang tua..
tp..
sy hanya mampu sedekahkan Yasin & Al-Fatihah utk kedua org tua sy :)
sy happy bile tgk fmily2 yg len sgt2 happy di pg raya...
sy hanya mampu mengukir sebuah senyuman utk mereka...
di pagi raya org yg menangis utk sy ialah atok dan nenek sy...
dowg je fhm apa yg sy rsa...
memang x terkata dan x terluah apa yg terpendam dlm aty ni...
kpd korang yg still ada ibu bapa di luar sana...
hargailah mereka sementara mereka masih ada..
kehilangan mereka amatlah bermakna dlm hidup kita sbg seorang anak..

* hadapi dengan senyuman*

Wednesday, July 4, 2012

* Terharu Sebab Ada Yang Membaca Entry Dalam Blog Ni *


hehehe...
kije dh siap..
so..
boleh la membebel kt cni jap tok malam ni :P
ngeee...
ok..
sbnrnye nk cite something kt korang sume..
hahaha...
cite ni xde la menarik mane...
just nk gtaw ad sorg member kt FB ni...
dye im kt FB...
then dye tanye 1 soklan...
sblm dye tanye tu dye minta maaf...
pas mintak maaf dye trus tanye soklan yg dye nk tanye td...
hehehe...
soklan dye mmg sedih gak la...
tp..
sebab dh bese dgn soklan gitu...
sy pun menjawab dgn tenang :)
lps sy jwb soklan tu...
dye pun gtaw...
airmata dye berlinang ketika membacanya :D
kalo pembaca boleh sdeyh membaca isi aty sy dkt blog ni...
sy yg menanggungnya lagik la sdeyh..
tp sy pujuk diri sy..
sy pujuk aty sy...
supaya x sdeyh...
apa yg sy perlukan skrg...
semangat dr family...
semangat dr kawan2...
utk ape?
supaya sy kuat utk berdepan dgn dugaan yg akan dtg :)
kpd "SAHABAT" yg bertanya td tu...
jangan risau k..
sy ok je dengan soklan td tu...
jgn rasa bersalah pulak...
hehehe...
btw..
thanks sbb membaca di blog sy yg byk merepek ni..
wekkkk :P
kepada yg selalu skod blog sy yg byk merepek ni...
thanks a lot ya...
sbb sudi masuk blog sy yg x seberape ni...
hehehe...
:P

* Untuk Mereka Yang Bergelar Sahabat *


Untuk Mu Sahabat..

mungkin arini engkau x fhm aku..
mungkin jugak esok engkau akan faham aku...
mungkin lagi engkau takkan terus faham aku...

tetapi....

aku tak akan salahkan kau...
aku tak akan bencikan kau...
sebab...

aku akan cuba memahami seorang yg bergelar sahabat...
aku akan cuba buat yg terbaik utk seorang sahabat...
aku akan cuba untuk bersabar demi seorang sahabat...

sahabat....

sekiranya sikap aku membuat engkau kecewa,maafkan aku...
sekiranya sikap aku membuat engkau sedih,maafkan aku...

kerana...

aku hanyalah seorang manusia yg tidak lari dr melakukan kesilapan...

sahabat...

andai engkau terbaca entry ini...
maafkan aku...

ketahuilah...

sekali aku berkawan selamanya aku akan berkawan...
sekali aku berkawan selamanya aku akan mengingati...
sekali aku berkawan selamanya aku xkn pernah melupakan...

sebab...

aku x akan pernah melupakan mereka yg bergelar sahabat...
aku x akan pernah membenci mereka yg bergelar sahabat....

tetapi...

sekiranya ada yg membenci,aku akan cuba mengelak untuk ada perasaan benci terhadapnya...
sekiranya ada yg berdendam,aku akan cuba untuk tidak ada perasaan dendam...

mungkin...

ramai yg x taw sikap aku yg sebenarnya...
ramai yg x taw aku jenis yg mcm mana...

sahabat...

sekiranya aku merajuk...
sekiranya aku kecik aty...
itu adalah sifat semula jadi aku...
aku x boleh nk ubah...
sifat manja aku,aku x boleh nk buang...
hidup aku dgn sifat manja aku dah sebati...
aku x boleh nk pisahkan...

so...

kepada yg amek aty...
kepada yg kecewa....
kepada yg sedih....
dengan sikap or perangai aku...

di sini...
dengan rasminya....

~AKU MEMINTA MAAF~