Friday, June 18, 2010

-Luahan Hati Seorang Lelaki-



CINTA

Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki selalu pasang banyak
Cinta lelaki susah dipamerkan kerana egonya
Cinta lelaki ikut nafsu bukan kata hati

Cinta wanita selalunya sepahit hempedu
Cinta wanita selalunya kudus, eklas, setia dan romantis
Cinta wanita sejernih air dan sedalam lautan
Cinta wanita sanggup terseksa demi yang tersayang
Cinta wanita jika terdera mudah terlupa bila di pujuk

Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga

Tapi
Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selalu bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon
Cinta Sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta Sejati tidak pohon dibalas

Kerana
Semua itu takkan kekal lama
Cinta Sejati pertimbangan adil
Cinta Sejati mendidik anak berjiwa nabi
Cinta Sejati semakin tua semakin sayang

Apa rahsia Cinta Sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada ALLAH S.W.T

No comments: