Thursday, June 24, 2010

-Bukankah Diam Itu Lebih Baik-

Kenapa asyik membuka mulut

berkata-kata kosong

tanpa manfaat sedikitpun,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa sibuk mengatakan

keburukan orang lain

dengan tidak henti-henti mengumpat,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa mulut tidak penat

mengeluarkan kata-kata kesat

meskipun kepada rakan-rakan,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa masih tidak insaf

berkata-kata buruk

dengan mengutuk orang lain,

bukankah diam itu lebih baik?


Kenapa agaknya mulut itu

tidak boleh dikunci walaupun

untuk masa yang singkat,

bukankah diam itu lebih baik?


Saya ingin menceritakan mengenai tabiat diam. Ramai yang mengatakan bahawa orang yang pendiam ini, sombong, pemarah, tidak mahu berkawan dengan orang lain. Betul ke? Kenapa kita suka sangka buruk kepada orang yang begitu. Kenapa kita tidak berasa bahawa orang seperti itu sebenarnya lebih baik dari orang yang suka bercakap tidak tentu pasal. Kita seolah-olah membenci orang yang melakukan kebaikan dan kalau boleh mahu mengajaknya untuk menjadi orang yang suka bercakap kosong atau dengan kata yang lebih jelas lagi, untuk mengajaknya melakukan dosa. Kita tidak berasa begitukah? Tidak salah untuk berkata-kata, tetapi kata-kata itu mestilah yang baik-baik. Jika tidak ada perkara yang hendak dicakap, lebih baik kita diam.



Orang yang suka berdiam diri atau pendiam itu lebih baik dari orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan baik. Kedua-dua sifat ini merupakan sifat yang baik dan tidak susah untuk melakukannya asalkan hati menyuruh tuan empunya diri berbuat demikian.Jika seseorang itu tidak mampu berkata baik, lebih baiklah dia mendiamkan diri. Jangan kita suka mengisi masa dengan mengumpat orang lain, mengutuk dan sebagainya yang boleh menyebabkan diri bertambah dibenci orang dan tuhan
.

Manusia berbicara setiap masa. Pagi, petang dan malam. Baik dan buruk. Bicara yang baik dapat menjamin keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Diri lebih dihormati dan disayangi masyarakat dan tuhan. Tetapi jika bicaranya tidak mengikut adab dan tuntutan agama, dia akan merana di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia dibenci orang dan di akhirat, bicara yang menyakiti hati orang lain menyebabkan kita diseksa di Neraka. Lidah yang dikurniakan Allah bukan dicipta untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan kalimah-kalimah yang berhikmah. Oleh sebab itulah, diam merupakan benteng kepada lidah kita dari berkata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia. Orang suka berdiam diri itu tidak bermakna dia bodoh, orang yang suka berbicara itu tidak pula bermakna dia cerdik kerana kecerdikan itu merupakan buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak berbicara
.

“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya, barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah tempat paling layak baginya”

Wallahu-A’lam..

1 comment:

Faris FGR said...

diam bukan bermaksud menjauhkan diri,
tp kadangkala kita perlu bersendirian untuk tenangkan diri.... :)