Friday, June 18, 2010

-Tentang Hormat-Menghormati-

Assalammualaikum... hye sume... hari ni cha ingin berkongsi kpd semua tentang HORMAT-MENGHORMATI. Lets go..


Manusia punya begitu banyak derajat dan pangkatnya, punya begitu luas jenis pemikirannya, punya begitu besar perbezaan tubuh badannya, oleh itu, dalam hidup ini kepada siapa kita harus hormat? Kalau kita bertanya kepada yang miskin, sudah tentu dia akan hormat kepada orang kaya kerana hasil dari itu kekayaan orang tadi akan terlimpah ke bahunya. Kepada anak muda sudah tentu rasa hormat kepada orang tua, kerana mereka yang tua punya pengalaman lebih luas, akal yang lebih matang. Kalau golongan pelajar, mereka akan menghormati guru yang mendidik mereka mengenal ilmu, tak kira dunia atau ilmu akhirat. Kepada golongan pemerintah juga ahli politik, mereka 'terpaksa' menghormati ketua mereka kerana di situlah lubuk rezeki. Kepada pengemis, hormat kepada yang memberi. Bagi golongan 'pencari jalan', rasa hormat hendaklah kepada 'penunjuk jalan'. Oleh kerana terdapat banyak ragam, jadi rasa hormat juga telah berpecah menjadi berbilang. Rasa hormat yang sepatutnya dari golongan bawah kepada atas itu telah menjadi relatif lagi unik.

Kenapa rasa hormat harus diberi dan bukannya diminta? Memang terdapat juga manusia yang agak angkuh lagi sombong merasakan mereka sepatutnya dihormati, sedangkan manusia lain memandang keji kepada mereka ini. Ada segolongan lagi pula tidak pernah meminta untuk dihormati, tetapi terus saja dilayan sebagai manusia tinggi oleh orang lain. Begini, bagi mereka yang meminta agar diri dihormati, mereka akan mendapat satu lagi perasaan iaitu rasa riak. Juga sama maksud dengan ujub, bongkak, sombong dan lain2. Namun, sifat zuhud, tawadduk dan rendah diri hanya terdapat dalam hati manusia baik yang tak pernah meminta agar diri diangkat oleh manusia lain. Mereka takut diri akan diidola sehingga ke tahap 'penDEWAan', malahan ada ketikanya boleh sampai 'menjadi' Tuhan, yang Maha Esa. Mereka begitu keras mengelak diri dari situasi 'menjadi tuhan' tadi. Ini kerana, bagi mereka yang zuhud, hanya Tuhan saja yang wujud lagi berkuasa. Dan kerana kekuasaan juga sifat Maha Kaya Tuhan tadi boleh saja Dia itu menarik segala apa yang manusia ada. Termasuk pujian dan rasa hormat tadi. Apatah lagi kekayaan sementara dan juga pangkat serta nama. Kerna Tuhan saja wujud, oleh sedemikian semua yang sedang dinampak, dirasa, didengar, dihidu malahan disentuh adalah 'tidak kekal', mortal, fana, fatamorgana. Semua itu akan hilang apabila tiba harinya nanti. Setelah mati ataupun ketika hari kiamat menjelma.


Insan yang pertama harus kita hormat adalah diri kita sendiri. Diri di dalam badan kita. Fikiran di dalam otak kita. Jiwa di dalam roh kita. Sanubari di dalam hati kita. Kemudiannya rasa hormat yang 'terkedalam' itu akan berubah menjadi 'terkeluar' apabila kita mula berhubung dengan segala yang bersifat luar tadi. Yang dinampak, dihidu, disentuh, didengar dan lain2 deria yang dikatakan fana itu.

Jadi, apabila kita telah berjaya menghormati diri sendiri - dan ia sememangnya begitu susah untuk dilakukan - kita secara otomatisnya akan menghormati segala apa di dunia ini. Rasa hormat akan dipancar kepada si peminta sedekah mahupun yang kaya. Kepada tua dan muda. Pemerintah dan rakyat biasa, guru dan pelajar, alim juga jahil. Namun, rasa hormat pada diri memerlukan disiplin yang kuat. Ada yang selalu berzikir, ada yang solat, ada yang melakukan yoga, ada yang kuat membaca, ada yang kuat melihat, ada yang sedang duduk, sedang berdiri, sedang berbaring. Semua manusia sedang belajar untuk hormat diri melalui muhasabah dan introspektif ke dalam diri. Proses inilah yang biasa dilakukan berbulan2, bertahun2 malah seumur hidup agar manusia belajar bagaimana untuk menghormati sesama manusia juga makhluk, juga kepada alam sekalipun.

Selalu yang kita nampak manusia akan mengeluarkan ayat "yang muda haruslah menghormati yang tua".Sebenarnya bukan yang muda saja perlu menghormati yg tua,yg tua pun wajib menghormati yang muda.Apa yang wajib sekarang ni adalah sikap MENGHORMATI tu mesti ada DALAM DIRI.Sekiranya tiada sikap MENGHORMATI dalam diri akan menyebabkan kita akan di pandang HINA oleh orang lain.

Akhirkata, apabila kita membicarakan tentang hormat dan perasaan hormat, ia sebenarnya seolah2 kita sedang membicarakan tentang diri kita, tentang Tuhan pencipta, tentang hari esok, juga tentang kehidupan selepas alam dunia ini.Segala yang benar dari Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.Oleh itu,kita HARUSLAH ada sifat HORMAT-MENGHORMATI antara satu sama lain.

oklah..tyme 2 out...papai all.. Assalammualaikum...





-offline-

2 comments:

terror of death(zharif) said...

betul2...org skarang ni kurang da rs hormat dia....cha bayang kn sampai iklan hormat menghormati kn kua kat tv...nampak sgt kita da kurang membudayakan sikap hormat menghormati lagi

cha cha said...

taw xpew..skrg ni yg muda pon x prnh nk hormat yg tua....