Saturday, June 19, 2010

-Kenapa Perempuan Mudah Menangis-


Assalammualaikum.... hye sume.. kembalinya saya hari ini ingin menceritakan kpd semua KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS.. seperti yang kita tahu,perempuan memang mudah MENGELUARKAN AIRMATA.. begitu juga apa yang berlaku kpd diri saya sendiri..saya seorang PEREMPUAN yang MUDAH mengalirkan AIRMATA.

Bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Oklah..tyme 2 out...papai sume... Assalammualaikum..


-offline-

P/S:Jangan Pandang Rendah Pada Wanita Yang Suka Menangis


4 comments:

terror of death(zharif) said...

betui2...mn de pandang rendah...tau tu salah 1 cara diorang express prasaan diorg....

didieseven said...

nice..bagus cah..perempuan ade hati yg cukup sensitif..even sekuat mane pon die,sedegil mane pon die, die xdpt menandingi kekerasan ati lelaki..tp jgn smpai menyalahgunakan airmata,sbb selalunye perempuan menggunakan airmata untuk menundukkan lelaki,melemahkan lelaki even die buat slh..ni pendapat dd je,kalo nak kumen pnjg2 da jd entry plak kan =)

Faris FGR said...

karena hati perempuan itu lembut seperti sekeping tisu yg suci dari kotoran sebagaimana kebaikan & kesucian perempuan tersebut.....

Jom Terjah sini pula >>> http://fgr.frenzyfm.my

KieRinZ said...

sebab wanita adalah wanita, lelaki adalah lelaki.. wanita memang berbeza dari lelaki.. wanita yg normal, memang lemah dari lelaki yang normal.. sebab wanita cuma 1/9 dari lelaki.. wanita itu lembut seperti tulang rusuk, kerana asal kejadian wanita adalah dari tulang rusuk adam.. lelaki yang kuat perlulah menjaga mereka(kaum hawa) dengan berhati-hati dan memberi perhatian dengan teliti dan halus.. seperti sabda Nabi yang bermaksud : Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”