Thursday, August 4, 2011

* Tips Berbelanja Di Bulan Puasa *


1. Jangan terburu-buru membeli barang murah

Sewaktu melihat jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli.


2. Bandingkan harganya

Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga.


3. Bawa Teman

Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir dua kali dalam berbelanja.


4. Buat Senarai

Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai.


5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja

Pastikan anda mengehadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja.


6. Jangan boros waktu berbuka

Anda bukan sahaja rambang mata ketika melihat potongan harga di pusat membeli belah pada musim raya, melihat makanan di pasar ramadan jugak mungkin menyebabkan anda hilang pertimbangan. Sebaiknya sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar ramadan tetapkan terlebih dahulu makanan apa yang ingin anda nikmati sewaktu berbuka puasa nanti

No comments: