Sunday, November 10, 2013

~ Akibat Memendam Perasaan ~


Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bezanya jenis ubat dan jalan penyelesaian yang dipilih. Daripada pengalaman saya, setiap masalah yang timbul akan menjadi lebih mudah untuk diselesaikan sekiranya kita berkongsi dengan teman rapat yang boleh dipercayai. Tidak kiralah sama adamasalah itu mewujudkan perasaan marah, benci, sedih, tidak puas hati dan pelbagai lagi.

Kita sebenarnya perlukan teman yang setia mendengar meski pun kita sendiri tahu teman kita itu tidak mampu membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sebagai pendengar pula, kita sebenarnya ibarat ubat penahan sakit kepada teman kita yang mengalami masalah itu. Saya percaya setiap luahan perasaan sebenarnya mampu meredakan tekanan terhadap masalah yang timbul. Maksudnya di sini, jgn memendam rasa sekiranya anda tidak mampu mengawalnya.

Berikut adalah akibat yang timbul sekiranya anda terlalu memendam rasa:


1. Hidup anda dalam tekanan.


2. Wajah anda muram. Senyuman anda kelihatan tidak ikhlas.


3. Fikiran anda runsing dan hati anda tidak tenang.


4. Banyak perkara negatif yang akan bermain-main di fikiran anda.


5. Anda tidak mempercayai kawan, maka kawan-kawan anda juga tidak mempercayai anda.


6. Tindakan anda tidak rasional dalam menyelesaikan masalah.


7. Kelakuan anda juga kelihatan kasar.


8. Anda sering merasa letih dan tidak bersemangat.


9. Paling teruk, anda mungkin membunuh diri.

No comments: