~ADIK-TERLERAI SUDAH SEBUAH
KERINDUAN
PERGILAH SAYANG UMMI
IZINKAN
(MUHAMMAD DZUHIL
ASHROQI)~
Entah dari mana nak dimulakan ummi sendiri pun tidak tau ,tapi yang
pasti kerinduan kita semua pada abang masih lagi tidak surut. Antara percaya
dengan tidak tragedi sama berulang lagi…Kadang-kadang terlintas dibenak fikiran
ummi kenapa ini mesti terjadi kepada keluarga kita? Tapi siapalah kita untuk
menolak ketentuan takdir. Insan kerdil yang mampu merancang dan mengimpikan
sesuatu yang belum pasti hak mereka yang mutlak….Itulah fitrah dunia…
Adik….ummi mencoret lagi bagi melepaskan sesuatu terbuku di hati ummi
dan bagi memakbulkan permintaan adik yang ummi anggap satu omongan kosongan
semata-mata…Sebenarnya dik…ummi sudah nekad selepas mencoret coretkan kenangan
kita bersama-sama abang siap ummi tidak mahu menulis lagi….tapi siapalah ummi
untuk menolak ketentuan Ilahi.
Seminggu selepas abang pergi…adik mula bertanya bila abang akan balik,
adik tidak faham mungkin. “Ummi bila abang nak balik” suatu
hari adik bertanya. “abang tidak akan balik cuma kita yang
pergi tempat abang” “Bila?” Soal adik dengan pantas. “Nantilah
bila sampai masanya Allah akan menjemput kita” Adik mengangguk
seolah-olah faham dengan apa ummi katakan. “hah…adik tau macam kita nak
pergi tempat abang” “macam mana?”soal ummi. “Esok kita semua
bangun pagi-pagi…naik kereta dan lepas tu kita suruh abah bawak
kereta laju-laju mesti ada kereta yang langgar kereta kita dan kita
semuapun mati dan bolehlah pergi tempat abang.”
Kami semua terkejut
dengan cadangan dari adik. dan sejak dari itu adik mula mengharapkan kemalangan
akan terjadi pada keluarga kita.Keinginan adik bertemu dengan abang semakin
membuak-buak ……..Dan kalau orang yang bertanya kemana abang adik dengan pantas
menjawap“abang ada dalam hati adik dan hati kita semua kalau nak panggil
saya adik/abang pun boleh” Salah
ke ummi bila kita sering ke pusara abang? Rasa rindu itulah yang membuatkan
kita sering ke pusara abang. Selain kita bersedekah al fatihah kita turut sama
membersihkan pusara abang dan kawasan sekitarnya. Dan adik akan sering
bermain-main ditepi pusara abang malah adik turut membawa 2 biji kereta mainan
untuk bermain disitu “yang biru abang punya dan yang hijau adik
punya” dan sebelum berangkat balik pasti adik akan meninggal lakaran
potretnya disisi pusara abang. “malam nanti abang bangun dan mesti
terkejut tengok adik tidur sebelah abang” luah adik sendirian. Ummi
,abah dan angah menjadi sebak dan kami membiarkan adik berbuat demikian mungkin
dengan cara itu dia melepaskan perasaan rindunya.Begitulah rutin kita …
Hari demi hari berlalu…….rindunya adik pada abang makin menebal
dan adik tidak pandai meluahkannya dengan kata-kata….Cuma setiap pebuatan dan
percakapan membuat ummi dan abah faham apa maksudnya. Adik juga sering kali
demam dan lelah Setiap bulan adik akan demam .
Isnin
(19/12/2011) adik demam, sepanjang hari semalam adik asyik membuka almari
baju dan peralatan abang kenapa dik???????. Baiknya adik kerana dia tidak
sedikitpun mengusik barang-barang abang…..Cuma memandang sepi setiap barangan
abang…entah apa yang bersarang dalam fikirannya ummi pun kurang pasti. Kami
bawa adik ke klinik…..adik lemah sekali..terpaksa di x-ray sebanyak 2 kali.
Kata doctor paru-paru adik ada jangkitan kuman…hati dan perasaan ummi sedikit
bergetar…“Ya Allah aku mohon sekali pada Mu , Kau selamatlah anak ku dari
sebarang penyakit yang memudaratkan….:”
Saban hari adik akan bercerita tentang
mimpi-mimpinya yang bertemu dan bermain-main dengan abang……..“Ummi kenapa
abang meninggal dulu?...adik memecahkan kesunyian pada malam itu………“kerna
Allah lebih sayangkan abang” “kenapa Allah sayangkan abang?” “sebab abang budak
baik” “adik baik tak ummi” soal adik lagi“baik sangat-sangat” “tapi
kenapa adik tak meninggal lagi macam abang, adik nak pergi kat abang nak jumpa
abang, adik sayang abang…” adui…bagai putus tangkai jantung
ummi….adik…. janganlah mintak yang bukan-bukan…….aduhai adik…..
Adik demam lagi……demam adik kali ini beserta dengan lelah ….agak lama,
Hampir 3 minggu adik tidak ke sekolah….Hari Jumaat malam Sabtu
10/02/2012 kami dijemput ke kenduri arwah di rumah Maksu Zaiton. Kembar Yazid
dan Haikalpun ada sama.
Mereka berdua merupakan rakan sekolah abang , leka sungguh adik bermain
dengan mereka, corak permainan mereka hampir sama dengan corak permainan abang
dengan adik…riang sungguh adik pada malam itu. Secara berseloraoh ummi meminta
supaya Yazid tinggal dengan kami, kata ummi “ Yazid mari ikut kita
balik bolehlah jadi abang Ashroqi” adik mencelah
dengan selamba “Awak tak boleh jadi abang saya, awak tak akan
sama dengan abang saya, tiada orang boleh ganti tempat abang saya, tapi… awak
hanya boleh jadi kawan saya” semua yang tergamam mendengar ungkapan
adik.Bijak sungguh adik berkata-kata. Begitu kuatnya abang dihati adik…..
terkadang adik akan mengeluh “kenapalah adik ni ada abang sekejap aje
tak macam orang lain ada abang lama-lama….bosanlah …nak main dengan sape?” Dan
setiap kali bila hari hujan terdengar adik merungut sendirian “basah
kubur abang macaman lah dengan abang”…disetiap waktu makan adik
tertanya-tanya “makan apalah abang ni..angah kata dekat syurga abang
makan lagi best pada kita” adik…adik….
Kelincahan,kenakalan, kepetahan adik membuat kami rasa amat terhibur …..sejak
akhir-akhir ini sebahagian sifat-sifat dan perwatakan abang telah ada pada diri
adik. Makanan kegemaran adik pun sama dengan abang kuew tiaw ladna(abang
panggil mee petak dalam pinggan) dan nasi minyak. Pada kami dengan cara
inilah Allah mahu mengubat kerinduan kami pada abang. Dan setiap
kali ummi menangis adik pasti memujuk ummi.. “ummi jangan nangis… adik
kan ada, abang dah tunggu ummi kat syurga dan adik jaga ummi kat sini, abang
nak buat rumah 2 tingkat untuk ummi kat syurga adik akan buat rumah 2 tingkat
kat sini…”sejuk hati ummi bila setiap kali adik melafazkan kalimah
keramat ini. Ya Allah….alhamdulillah aku bersyukur atas kurniaan
Mu..sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang tertulis dan apa yang
tersirat.
Begitulah setiap hari, menjalani kehidupan kita sekeluarga tanpa
abang bersama-sama kita…sedikit demi sedikit semangat kita semua mula pulih
.Kita sudah mula terbiasa berjalan, makan,menonton dan melakukan
aktiviti-aktiviti lagi dengan hanya berempat orang sahaje. Dan kadang-kadang
Along akan juga balik ke rumah untuk menjengah kita. Along lebih selesa duduk
bersama Tok di Tanjung Api. Angah sudah mula mahu tersenyum dan keluar
bersiar-siar di perkaranagan rumah, aktiviti yang sentiasa yang dia lakukan
ketika bersama abang satu ketika dulu. Angah dan adik begitu semangat setiap
pagi untuk ke sekolah dan begitu juga bila pulang dari sekolah, anak-anak ummi
tampak riang sekali. Angah amat seronok bercerita tentang kawan-kawan barunya
dan adik pula akan menyanyi riang lalu yang pelajari di sekolah tadikanya. Hati
ummi dan abah mula berkembang mekar dan dibibir mereka indah.
28/03/2012 (Rabu) batuk adik tak henti-henti…dan sesekali adik akan
muntah tapi badan adik tidak panas .Adik sudah lengkap berpakaian sekolah namun
naluri seorang ummi tidak mengizinkan adik untuk ke sekolah.
Dan pagi itu tanpa melengahkan masa ummi terus membawa adik ke KMC untuk
mendapat rawatan lanjut. Memang benar….adik lelah ..lelah yang amat serious
…adik terpaksa dimasukkan ke hospital….selama 5 hari dan selama itu jugalah
kita semua menjadi penghuni KMC…dan keadaan adik bertambah pulih…Alhamdulillah
syukur kehadratmu Ya Allah.
15/4/2012 (Ahad) hari yang dinanti-nanti oleh pun tiba .Sukan sekolah adik…awal
adik bangun pagi itu bernyanyi-nyanyi riang . Bersungguh-sungguh betul adik
pada hari itu walaupun keadaan cuaca yang kurang baik dan keadaan padang yang
agak becak, maklumlah ini adalah kali pertama adik menyertai sukan dan berharap
akan ada hari sukan dilain kali. Bermain,berlari,berkejaran bersama-sama
rakan-rakan tanpa mengenal erti penat dan bila rasa lapar dan dahaga baru adik
datang mendapatkan ummi. Adik menang lumba lari..adik…dapat cabutan
bertuah..suka hati ummi dan abah melihat gelagat adik…Sampai di rumah kita
semua tidur kepenatan.
28/4/2012 (Sabtu) adik demam lagi..sekembali majlis perkahwinan rumah Makcik
Sabariah. Badan adik panas sekali. Ummi bagi makan ubat yang sedia ada..suhu
badan adik beransur turun. Hari ini kita berhajat untuk tidur di Tanjong
Api…aki kurang sihat. Sesampai di rumah aki demam adik datang balik “Ummi…adik
rasa nak pengsanlah” tok ketawa bila mendengar percakapan adik
itu. “Pengsan tu macamana ?” soal ummi“yalah pengsan boleh
hidup balik, tapi kalau mati tak boleh hidup dah….tapi adik tak nak
mati” adik berceloteh lagi..kami semua ketawa mendenganya… adik..adik..
ada-ada saje .Suhu badan adik makin naik adik minta dia di bawa ke klinik,
tanpa lengah abah terus memandu menuju ke KMC..suhu badan makin naik 39 drjh
cc.Adik harus ditahan dihospital…kesian adik…..adik merayu pada doctor agar dia
jangan di cucuk.“tolonglah doctor jangan cucuk adik ..adik dah banyak kali
kena cucuk…ummi,abah tolonglah bagi tau kat doctor janganlah cucuk adik” sayu
dan hiba bunyinya serta-merta ummi ingatkan kata-kata yang sama juga
diluah oleh arwah abang takkala doctor mahu mencucuknya. Ya Allah berderau
darah ummi, ummi menoleh ke arah abah, abah sekadar menggeleng-gelengkan
kepalanya…rupa-rupanya perasaan yang sama bersarang di fikiran abah.
Sekitar jam 11 malam baru adik dapat bilik…keadaan adik begitu lesu
sekali..suhu badan masih belum turun lagi…terpaksa masuk ubat melalui buntut.
Alhamdulillah malam itu adik tidur dengan lena sekali. 29/04/02012
(Ahad)…syukur suhu badan adik telah menurun dengan cepat…adik nampak cergas dan
begitu riang sekali apatah teman sebilik adik merupakan kawan sekolah tadika
adik…Sukanya ummi dan abah melihat adik bermain-main. “Insyallah kalau
dah sihat mungkin esok adik boleh keluar” getus hati kecil ummi. Abah
minta izin dari pihak hospital untuk membawa balik adik ke rumah sekejap untuk
mengambil pakaian ummi dan adik…sebelum balik semula ke hospital kita singgah
sekejap di Tunas Manja untuk membeli I-pad permainan seperti yang ummi janjikan
dulu.
Tiba-tiba suhu badan adik naik balik, adik dah tak lalu nak makan…adik
terbaring lesu sepanjang hari dan adik mau ummi pun berbaring
disebelahnya…sedikitpun adik tak mau berenggang dengan ummi..apa-apa semua
dengan ummi.Dan sesekali ummi minta abah gantikan tempat ummi..adik tak
mau juga..katanya “ adik kan tak sihat, ngape ummi tak mau
baring dengan adik… kalau dengan abah adik tak boleh pegang?”memang menjadi
kebiasaan adik bila nak tidur adik akan memegang puting susu ummi. Ummi akur
walaupun kekadang terasa begitu lenguh sekali dek kerana terlalu lama
berbaring. “Perut adik sakit, kaki adikpun sakit” adik mengadu
meminta simpati..ummi cuba mengusap-ngusap perut adik..tapi kata
adik “jangan kuat sangat ummi… sakit” sekali lagi
jantung ummi berdegup.. “macam kata-kata abang” bisik hati
ummi.
Sesekali jururawat dan doctor datang menjenguk adik dengan membawa ubat
ataupun bertanya keadaan adik. Dan setiap kali mereka datang adik merayu agar
dia jangan dicucuk. Ada satu ketika tekanan darah adik tidak dapat di baca
.Berdetik juga di hati ummi kenapa??????????
Seluruh badan adik berpeluh tapi adik kesejukan…menggeletar…“tolong
ummi adik sejuk sangat-sangat ni”.Ummi cuba memeluk
adik, tapi adik kurang selesa sakit badan katanya.
Alhamdulillah malam itu dapat tidur lena sekali dengan
berbantalkan lengan ummi dan tangan adik tidah lepas dari memegang putind susu
ummi.
30/4/2012 (Isnin)..bangkit dari tidur adik mengadu sakit perut…sesudah bersiap
dan minum sebotol susu(itupun tak habis) perut adik perlu discan..ummi dan abah
menemani adik dan adik mahu ummi bersama-samanya sepanjang dia discan.Keadaan
adik masih tak berubah, malah bertambah lesu, doctor telah beberapa kali
menukarkan aktibiotik untuk adik tapi keadaan adik sama juga. Dari bilik
double adik dipindahkan bilik single alhamdulillah lebih selesa. “Dah
lama adik kat sini, tapi tak adapun sape-sape yang datang tengok adik…tok,mama,mak,abah
tan dan alongpun tak datang” luah adik dengan nada yang agak sedih…“Dia
orang sibuk, sikit lagi datang lah tu” pujuk ummi.. “bila
? besok ke?”…adik…adik.. dalam diam ummi menelefon tok dan sms mama dan
maksu.
Tidur
adik pada hari itu asyik terganggu sesekali adik merengek kesejukan dan
kadang-kadang kepanasan lepas tu mengadu badan dan kakinya sakit. Acap kali
juga adik mengadu sakit perut dan minta di bawa ke bilik air..adik langsung tak
mau makan dan minum.Sedih sungguh ummi melihat keadaan adik langsung tak
bermaya, beberapa kali ummi memanggil nurse untuk melihat keadaan adik. Kuku
tangan dan kaki menjadi biru..seluruh badan adik sejuk serta merta…adik minta
ummi dimandikan adik… tapi adik berdaya untuk bangun bila ummi cubamendokong
tapi adik merengek kesakitan…
Mak
su dan tok datang juga petang itu, tok bawa goreng pisang kesukaan adik…adik
minta tok menyuapkannya goring pisang …banyak adik makan…“alhamdulillah akhirnya
adik nak makan juga” bisik ummi pada tok…tiba-tiba adik muntah
dan mengiggil, badan adik bertambah sejuk…ummi dan tok menjadi panik…berlari
ummi mendapatkan nurse dan menelefon abah…Nurse datang bersama-sama doctor…“adik
kekurangan oksegen dan terpaksa di masukkan ICU” bagaikan
halintar menusuk ke gegendang telinga ummi mendengar kata-kata doctor itu…Abah
tergamam, angah sudah mula menangis teresak-esak…“YA ALLAH YA TUHAN
AKU MOHON PADA MU SELAMATKAN ADIK…”
Berat kaki ini untuk melangkah masuk ke bilik icu…tanpa ummi sedar ummi
terjelepuk jatuh di depan pitu bilik itu….ummi meraung sekuat hati…rasanya baru
semalam ummi melepaskan abang pergi dibilik ini. Bayangan abang dan
rintihan abang masih segar lagi diingatan ummi…dan kini ummi melalui lagi
saat-saat getir itu lagi ?????????? Tidak…adik tak boleh tinggalkan
ummi,abah.along,angah dan semua orang yang menyayangi adik…..sepertimana abang
meninggalkan kami semua…adik mesti kuat dan ummi mesti berikan adik kekuatan
....lantas ummi naik ke katil untuk bersama-sama adik kalau boleh ummi
mau segala kesakitan dan keperitan yang adik lalui itu dipindahkan kepada
ummi….boleh kah itu terjadi dan dilakukan????????? “Ya Tuhan
tolong hamba mu ini…tolonglah jangan kau uji lagi aku lagi dengan ujian yang
sama”…rintih hati ummi.
Adik
semakin lemah.. “ummi!!!!! adik nak balik…adik nak balik…adik kat mana
ni? adik nak abah…angah mana? Adik nak angah..bila adik boleh balik ”..adik
semakin gelisah sekejap baring…sekejap duduk dan sesekali adik naik atas badan
ummi,..nak ummi ribakan..nak abah abah dukungkan semua jadi tak kena pada
adik. Kaum keluarga,jiran tetangga telah ramai berkumpul di luar bilik
icu…entah dari mana mereka menerima khabar ini ummi sendirpun tak pasti ….along
pun ada sama…“ummi adik nak anak patong kecik…adik nak main” pinta
adik..sepantas kilat along pergi menyuakan potong sekecil ibu jari kepada adik…“hish
kecik sangat …”lucu pula bunyinya…
Adik
tak mau di pakaikan lampin pakai buang..adik nak kencing di bilik air.. “adik kan dah
besar ummi kenapa nak pakai pampes adik boleh kencing sendiri”. Ummi
akur dengan
permintaan adik ummi tak pakaikan adik pampes…adik kencing di atas katil
menggunakan takung….tapi air kencing adik tak keluar…“kenapa tak keluar ni
adik dah tak tahan…”keluh adik. Ianya berterusan beberapa kali..…dan
sesekali adik akan muntah ….cecair hitam yang keluar …..macam abang..Mulut adik
tak mau diam ada saje yang hendak dicakapkan ataupun ditanyanya …
“Abah mana ?” bila adik tidak nampak kelibat
abah…“abah sembahyang ni..abah Tan ada” (bapa saudara)…
“adik tak nak abah Tan adik nak abah adik…” adik mula tersenyum bila
abah mula mendekatinya…tiba-tiba adik bersuara hiba dan amat sayu bunyinya…“ummi!!!!!!!!adik
sayanggggggg…. Sangat kat ummi…sayang sangat-sangat!!!!
“Ya adik ummi pun sayang sangat kat adik….….adik jangan banyak cakap
nanti adik letih…” pinta ummi…“oklah” adik tersenyum
sambil membuat isyarat tangan supaya ummi tidur di sebelahnya..ummi naik
kembali berbaring di sebelah adik…“adik kita mengaji nak?”…adik
menganggukkan kepalanya. Kita mula berselawat,berzikir,membaca al fatihah dan
bila ummi hendak membaca ayat khul..adik sudah keletihan….…“ummi!!!!!!!!
boleh adik nak pegang…” ummi memeluk dan
mencium seluruh muka adik dan ummipun menyelak baju ummi…takkala itu adik
terus menghisap puting susu ummi dengan rakus umpama baby yang kehausan…abah
berpaling tidak sanggup melihat gelagat adik itu…ummi terus memeluk dan
membiarkan saya adik berbuat demikian…tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut
ummi dan abah hanya air mata mengalir deras….
Saudara
mara, rakan taulan dan jiran tetangga datang silih berganti..mereka yang datang
tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada kepada ummi dan
abah….apa yang boleh ummi katakan??? “Ya Allah aku mohon pada Mu jangan
ambik lagi anakku cukuplah dengan satu…Ya Allah aku merayu pada Mu…jangan
di ambik anak ku.” Ucap ummi dalam sedu ……adik mendongak memandang
ummi dengan wajah yang amat sayu sekali dan dengan nada yang perlahan dan lemah
adik berkata “ummi!!!!!!!! Abah!!!!!!!!! jangan
ngangis ya…jangan ngangis..adik sedih…..” oh…tuhan
kata-kata yang sama juga diucapkan oleh abang dulu.Kami tidak berhenti
berdoa agar adik dapat diselamatkan…
Doktor tak henti-henti memeriksa adik…“tolong ya doctor jangan cucuk adik
lagi tolong lah!!!” rayu adik dengan nada yang amat sedih .Adik
perlukan bantuan oksigen tapi adik tak mau memakai alat bantuan
tersebut…wire-wire di badan adik ada yang sudah tercabut….Kata doctor sel darah
putih adik telah menurun, buah pinggan adik tidak fungsi dengan baik sebab itu
adik tidak boleh kencing…virus merebak terlalu cepat..dah pergi ke hati…Ya
Allah sama dengan apa yang dihidap oleh abang…bila ada tompok-tompok
lebam di badan adik hati ummi makin jadi tidak keruan..ummi sudah
rasa kan saat adik untuk meninggal kami sudah hampir …tiba-tiba ummi
rasa percikkan air dimuka …ah…ummi pengsan lagi rupanya…..bergegas ummi kembali
ke katil adik..doktor kata adik terpaksa dikomakan bagi membolehkan mesin
bantuan oksigen dipasang . Kami diarahkan keluar bagi memudah doctor menjalan
kerja-kerja memasang alat pernafasan…adik memegang kuat lengan baju ummi…ummi
meleraikannya dalam keadaan keterpaksaan…adik merintih
hiba “ummi..ummi…tolong adik…jangan
tinggalkan adik sorang-sorang …tolong tolong!!!!!!!”Ummi longlai
disitu dan terpaksa dipapah.
Setelah alat itu dipasang ….doktor memanggil abah dan ummi untuk memberitahu
keadaan adik…agak kritikal katanya…sekali lagi ummi jatuh ..pengsan…… entah
kali keberapa ummi tak pasti.Abah sudah nampak hilang kekuatannya…lemah longlai
setiapi langkah yang diatur olehnya Angah sudah hilang arah..sesekali terdengar
esakkannya..along diam tak terkata…..Ummi masuk semula untuk berbaring disisi
adik….ummi usap seluruh tubuh adik, pipi adik berkali-kali ummi kucup,
ditelinga adik tak henti-henti ummi ucapkan kata-kata sayang dan kata- kata
semangat…….…“adik sayang .. adik ..mesti kuat..adik mesti kuat… adik tak
boleh tinggalkan ummi..adik dah janji nak jaga ummi kan, nak buat rumah 2
tingkat untuk ummi kan.”. bisik ummi.
Tiba-tiba nurse meluru kearah adik setelah mendengar isyarat dari mesin bantuan
pernafasan….“Kak, abang baca yasin dan boleh bisikan kalimah syadah
ketelinga adik ya…”. Yang ada ketika itu bersama-sama adik hanyalah
ummi,abah,along dan angah sahaje.Bagaikan lembu dicucuk hidung kami akur dengan
kata-kata nurse tadi….doktor meminta kami semua keluar bagi menjalanikan
beberapa prosuder…berat sekali hati ummi untuk meninggalkan adik sendirian di
bilik icu…dan tiba-tiba sahaje ummi meraung sekuat hati…“adik….mesti
kuat…adik tak boleh tinggalkan ummi..sape nak jaga ummi nanti…mesti kuat ya
adik…adik kena kuat…”rintih ummi dalam esakan..along dan angah datang
mendapatkan ummi dan kami berpelukan….“.along akan jaga ummi…along akan jaga
ummi,abah dan angah” itu janji along pada ummi ….
Pintu
bilik di buka doctor memanggil ummi dan abah disuruhnya kami duduk….“maaf ya
kami dah cuba untuk selamatkan adik…tapi Allah lebih sayang adik…”.kata
doctor sambil menepuk-nepuk bahu ummi.. “apa doctor cakap ni” …ummi
bertanya kebengongan…“Adik dah tak ada…. Allah dah menjemput dia…sabar ya
Kak…ahli syurga anak akak ini” dan dia berlalu pergi meninggalkan kami
4 beranak di situ untuk menatap wajah buat kali terakhir…tiada kata-kata lagi
cuma esakan-esakan sahaje yang kedengaran dan kami bergilir-gilir mencium
adik…..Adik pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya dihari jadi abah 1
Mei 2012 pukul 1.25 pagi Selasa terlalu perit untuk kami terima semua
ini.Terlalu sukar digambarkan kan betapa sakit dan pedihnya kami
dikala itu. Dan ummi sendiri tidak tahu apakan perasaan ummi tika
itu…rela atau tidak …..antara redha dengan tidak….seolah-olah peristiwa bersama
abang dulu di ulang tayang semula……
Ya Allah kenapa aku lagi di uji begini dalam tempoh yang terdekat
ini…kenapa kau ambil lagi anak ku Ya Allah …tidak kah kesian pada aku
Ya..Allah…kau duga aku dengan anak-anak….kenapa kau bagi aku dan dengan cepat
kau ambik balik….Abah memeluk ummi seerat mungkin …abah bisikan ke telinga
ummi. “ummi!!!!!…bertuahnya kita…dalam ramai-ramai Allah memilih
kita….dua orang anak kita sudah tentu menjadi ahli syurga dan anak-anak kita
tidak akan jemu menunggu kita dipintu syurga…insyallah kita akan bersama-sama
mereka kelak….mereka bukan hak kita tapi hak Allah.Dia ambik anak-anak kita dia
nak jadi anak-anak kita bidadari syurga. Tak semua orang Allah jadikan
anak-anak mereka sebagai bidadari syurga.Untungnya kita …anak-anak kita
menjadi bidadari syurga.Ummi kena redha…ummi kena izinkan adik pergi untuk
bersama-sama abang…adik rindukan abang…kesian kat kat adik kalau ummi
berterusan begini…lepaskan adik ya ummi..”Pujuk abah…ummi tahu abahpun
teramat-amatlah sedih dan terasa kehilangan…..kedua-dua anak lelakinya
dijemput dalam sekelip mata. Dalam tempoh 6 bulan saje kita kehilangan 2 anak
dan 1 janin.Tapi demi ummi,along dan angah…. abah kena kuat kerana kekuatan
kita bergantung pada abah….kesian abah … hatinya terbuku.
Di luar bilik icu keadaan sunyi sepi macam tidak percaya dengan apa
yang terjadi…
Antara percaya dengan tidak…Tok dan yang lain sudah beransur pulang ke
Tanjong Api..untuk membuat persiapan menyambut jenazah adik nanti.
Setelah jenazah adik siap dibersihkan dan bungkus dengan selimut putih…ummi
datang mendapatkan adik…kali ini dengan agak tenang ummi berwuduk terlebih
dahulu . “adik… hari ini, waktu ini, ummi redhakan adik pergi. Ummi
halalkan segala-sagalanya. Ummi halalkan air susu ummi untuk adik. Pergilah
sayang.. Ummi izinkan…adik rindu abangkan….pergilah abang sedang menantikan
kedatangan adik…abang tak mampu nak buatkan rumah 2 tingkat untuk ummi
sorang-sorang kat sana….adik bantulah abang ya sayang…pergilah sayang” dan
saat ummi dapat rasakan abang sedang menghulukan tangannya sambil tersenyum
menyambut kedatangan adik.Ummi naik di atas katil ambil bantal dan berbaring
disisi jenazah adik..…ummi peluk jenazah adik perlahan-lahan …ummi takut adik
kesakitan……ummi dodoikan adik…
Tiba masa adik nak di bawa pulang….abah meminta ummi turun dari
katil…tapi ummi tidak mampu berbuat demikian….maka mereka semua mengambil
keputusan untuk menyorong katil adik dengan membiarkan ummi berbaring disisi
jenazah adik….“Adik dah nak dibawak balik rumah tok, jom kita pangku adik
dalam kereta” pujuk abah setelah melihat ummi seolah-olah enggan
bangun dari pembaringan…ummi cuba bangun dengan perlahan agar tidak
jatuh…..tapi tak upaya…ummi rebah juga. Kita tiba di Tanjong api sekitar pukul
3.15 pagi…beberapa orang jiran dan saudara terdekat sedang menanti ketibaan
jenazah adik…adik dibaringkan oleh along dengan cermat sekali ditempat yang
sama di mana abang dibaringkan 6 bulan dulu.
Selesai mandi dan menukar baju …ummi kembali berbaring disisi adik…dan
sesekali mencium seluruh tubuh badan adik..ummi cium puas-puas kerana selepas
ini tidak dapat lagi berbuat demikian. Keadaan ummi yang dalam hadas besar
membataskan ummi dari membacakan ayat-ayat suci al quran . Jemaah masjid
mula datang meziarahi adik selesai menunai solat subuh. Makin lama makin ramai…pada
ibu, ummi berpesan…“nanti ummi nak mandikan adik ya jangan lupa…” berkali-kali
ummi ingatkan ibu…abang dulu ummi tak sempat nak mandikan. Alhamdulillah hajat
ummi di makbulkan,ummi mandikan adik buat kali terakhir..ummi dapat rasakan
yang adik begitu bahagia sekali dimandikan oleh ummi.
Sekitar jam 10 pagi semuanya selesai.Ummi dapat melihat dengan jelas sekali
airmata abah dan along dan saudaramara terdekat tidak berhenti-henti mengalir
ketika mereka menyembahyangkan adik. Adik kami semadikan disebelah pusara abang
….tempat dimana adik selalu bermain-main setiap kali kita ke pusara
abang..Adik….. tenanglah adik disana…. doa ummi semuga adik dapat bertemu
dengan abang dan bermain-main di taman syurga Nya seperti mana adik impikan
selalu..Terlerai sudah rindu adik pada abang.
Hari ini1 June, sudah sebulan adik pergi
menemui penciptanya. Dan selama itu juga ummi,abah dan angah belum pulang ke
rumah kita. Sudah beberapa kali kami cuba untuk pulang ke rumah…tetapi sebaik
sahaje kaki melangkah masuk….semuanya jadi tidak menentu..sunyi
sesunyinya….ibaratnya kalau jarum jatuh boleh terdengar “detingannya”. Kami
tidak dapat membayangkan macamana kami untuk menghadapi semuanya ini. Kalau
dulu selepas kematian abang, kami ada adik..tapi sekarang????
Bukan kami sahaje yang terasa kehilangan adik…ramai
dik.Tiada siapa lagi yang akan bermain ultraman dengan abah Tan.Sudah tiada lagi
ultaman dan juga raksasa. Angah dah tak ada kawan untuk di bawa bergaduh atau
bercerita…abah apatah lagi seolah-olah kehilangan kedua-dua sayapnya.Sejak
abang pergi segala–gala tertumpu buat adik…adik akan jagi pemboceng setia abah
kemana sahaje abah pergi adik pasti ada..adik peneman setia abah dikala
menonton tv ke kedai atau kemana sahaja,abah tidak pernah kata ‘tidak’ pada
setiap permintaan adik. Tiada siapa lagi yang akan tidur berbantalkan
lengan ummi dengan tangan yang meraba-raba mencari putting susu. Waktu pagi
adalah saat yang paling sensitive buat ummi, waktu untuk menyiapkan adik untuk
kesekolah…sebelum mandi adik mesti menonton cerita dianosour train…mandi,gosok
gigi dan memakai baju mesti ummi yang buat dan mesti juga didukong
ummi untuk masuk ke dalam kereta begitu…. manjanya adik…
Ahli jemaah surau kata mereka semua masih
terdengar-dengar suara adik mengaminkan setiap bacaan yang di baca oleh
imam..adik merupakan jemaah surau yang taat…disetiap waktu maghib dan isyak.
Begitu juga di pejabat ummi dan abah…kerana setiap pulang ke sekolah adik pasti
ke tempat ummi atau abah. Bila jam menunjukkan 4.15 petang abah pastikan
menelefon ummi untuk mengambil adik diruang lobby. Adik memang disenangi oleh
kawan-kawan ummi dan abah kerana kepetahan dan kelincahan adik.
Seperti kebiasaanya setiap hari selepas balik kerja
kami akan ke pusara abang dan adik. Pohon kemboja dipusara abang daunnya
merimbun sekali manakala kemboja dipusara telah mula berbunga. Selagi daya ,
kami akan sentiasa kepusara kalian berdua. Kami dapat rasakan kalian berdua
tertunggu akan kedatangan kami. Biarpun jasad telah dimamah bumi namun kalian
berdua tetap ada di hati kami. Akan kami simpan kemas-kemas kenangan bersama
adik…akan kami satukan bersama dengan kenangan abang. Abang dan adik memang
terlalu arkab. Umpama satu jiwa susah hendak dipisahkan. Hebatnya anak-anak
ummi dan abah ini.
Anak-anak ku sayang …berkat doa saudara-mara dan rakan-rakan ummi kini
ummi semakin kuat dan tabah. Memang benar ummi dan abah adalah insan yang
terpilih, insan yang bertuah…sudah ada bidadari-bidadari syurga yang menunggu
akan kedatangan kami.Anak-anakku sayang…ummi ingin menjadi ummi yang penuh
dengan sifat sabar, penuh dengan keredhaan dan ketaqwaan yang mana di sana
nanti ummi boleh memilih mana-mana syurga yang ummi mahu…Kami mahu rumah
didirkan untuk kami disyurga itu yang diberi nama “BAITUL HAMDI”
“Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih
sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat putra-putra ku sayang”
Al-Fatihah buat putra-putra ku sayang”
Satu kebetulan yang menakjubkan..
~: abang demam petang sabtu 22/10/11 selepas majlis perkahwinan rumah
makcik Ramlah
~: adik demam petang sabtu 28/04/12 selepas majlis perkahwinan
rumah makcik Sabariah
~: abang masuk icu lepas asar petang Isnin (24/10/11)
~: adik masuk icu lepas asar petang Isnin (30/04/12)
~: abang menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.25 pagi Selasa
~: adik menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.25 pagi Selasa
~: abang meninggal diusia 8 tahun 10 bulan 2 hari
~: adik meninggal diusia 4 tahun 10 bulan 3 hari
Anak-anakku,
Menjadi Ummi bukan tugas yang mudah
Mendidik, membelai, memberi kasih sayang tanpa jemu
Ketahui olehmu Ummi sayang anak-anak Ummi
Sayang yang tidak berbelah bahagi
Kerana kalian bedua permata hati Ummi
Ummi minta maaf jika Ummi bukan yang terbaik
Kerana Ummi masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus dan sabar menghadapi kerenahmu
Maafkan Ummi untuk segalanya
Maafkan Ummi kerana hilang sabar
Menjadi Ummi bukan tugas yang mudah
Mendidik, membelai, memberi kasih sayang tanpa jemu
Ketahui olehmu Ummi sayang anak-anak Ummi
Sayang yang tidak berbelah bahagi
Kerana kalian bedua permata hati Ummi
Ummi minta maaf jika Ummi bukan yang terbaik
Kerana Ummi masih belajar menjadi yang terbaik
Luhur, tulus dan sabar menghadapi kerenahmu
Maafkan Ummi untuk segalanya
Maafkan Ummi kerana hilang sabar
Maafkanlah Ummi sayang
*Melahirkan anak itu sangat berat, kadang-kadang sampai menewaskan ibu
yang melahirkannya. Kepada anak tertumpah harapan di ibu di masa datang. Tapi
malang bagi ibu, anaknya meninggal waktu masih kecil. Sebagai balasan dari
Allah, dijadikan-Nya 3 atau 2 anak yang meninggal itu menjadi dinding bagi si
ibu dari api neraka, Kalau ia sabar menerima ujian dari Allah.
3 comments:
(y)
SEDIHNYA T.T
La Tahzan :')
Post a Comment