Sunday, February 5, 2012

* Tips Menjaga Rambut *


Rambut merupakan elemen yang penting bagi seseorang untuk menonjolkan imej sendiri. Penggayaan rambut yang tidak betul dengan cara yang pelbagai seperti mewarnakan rambut, membuat kerinting kepada rambut, menggunting rambut bahkan menyikat rambut juga akan menyebabkan kerosakan terhadap rambut kita. Oleh itu, cara-cara yang memelihara rambut dengan betul adalah pengetahuan yang penting untuk semua orang bagi mengekalkan kesihatan rambut mereka. Rambut merupakan elemen pada badan kita yang susah dijaga kerana rambut yang telah tumbuh daripada kulit rambut kita merupakan elemen yang sudah mati. Hal ini kerana tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka cara memanjangkan hayat bagi rambut agar rambut kelihatan sihat dan bersinar adalah sangat mustahil. Oleh itu, perkara yang boleh dilakukan untuk membolehkan rambut kelihatan sihat hanya dengan cara pemeliharaan dan penjagaan yang teliti.

1 Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut.

2 Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.


3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera


4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

No comments: