Monday, October 10, 2011

* Hidupan Perlukan Kesetiaan *


Setiap yang ditiup roh padanya dan punya nyawa itu adalah hidupan. Hidupan perlukan kesetiaan?Bukan makanan asas atau perlindungan sahaja?

Untuk hidup beerti dan punya rasa cinta yang hakiki, kesetiaan adalah pra syarat menjamin kebahagiaan supaya tidak ada yang terbunuh dengan kekecewaan.

Belajarlah dari bunga, hidupan mekar ini juga perlukan kesetiaan. Inikan pula manusia, semoga jiwa terdidik untuk setia bukan curiga pada perasaan sendiri hingga melahirkan kekeliruan menyentak jiwa.

Berhati-hatilah, dengan melakukan pengkhianatan dan curang dengan perbuatan dan perasaan pada pasangan akan membunuh satu jiwa yang lain. Bayangkan jika jiwa itu adalah adik perempuan kita atau saudara terdekat kita.Layakkah kita marah dan benci kepada pengkhianat cinta itu?Belajar dari bunga.

Cerita tentang bunga…

Bila bunga yang layu disiram, mungkin bunga itu akan kembali kembang.

Cuma jangan lupa, air siraman itu juga mungkin bisa menyebabkan bunga terus rebah mencium pasu kacanya.

Kemungkinan selalu ada.

Cuma kadang-kadang bunga layu bukan perlukan sekadar air. Ia perlukan cahaya.

Bila disiram dalam gelap, itu bukan jaminan untuk kencangkan nafasnya.Kadang-kadang ia perlukan juga sebuah jiwa jujur yang menyiram dengan kasih sayang, yang betul-betul mahu dia hidup tegak semula.

Bunga juga tahu tentang setia.Siapa yang selalu datang kerana keperluan, siapa yang cuma datang memuaskan keinginan.

Maka, janganlah dibenci dan marah akan pengkhianat cinta itu. Kerna mereka ini mungkin mencari sesuatu yang lain dari apa yang kita berikan.

Sepertinya bunga yang tidak semestinya perlukan air sahaja, tapi juga perlukan cahaya dan juga air tetapi air yang disiram dengan penuh kesetiaan dan keikhlasan bukan keterpaksaan dan kekeliruan.

Yang pasti, pemberi air dan cahaya itu tetap SETIA dengan Maha Pemurahnya. Bukankah ALLAH yang memberi air dan cahaya?Belajarlah CINTA TUHAN untuk kenal CINTA KESETIAAN.

No comments: