Monday, July 5, 2010

-Belajar Dari Kesilapan-

Silap…silap..asyik silap jer… aduhai..

Apa yang silapnya? mesti anda semua ingin tahu kan? Sebenarnya tiada apa, cumanya saya ingin berkongsi mengenai kesilapan ataupun kesalahan-kesalahan yang kadang-kadang kita terlepas pandang dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.

Menjalani kehidupan tanpa membuat sebarang kesilapan adalah sesuatu yang ganjil. Yer lah.. mana mungkin kita tidak melakukan kesalahan. Samada sengaja ataupun tidak sengaja. Kesalahan itu besar ataupun kecil ianya tetap telah berlaku.

Antara contoh kesilapan yang kita sering lakukan,mengabaikan waktu berharga. Maksudnya membazir masa buat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Sedangkan masa yang ada boleh digunakan untuk menambah ilmu berkaitan perniagaan dan sebagainya.

Kesilapan Yang Ke-2 ialah MALAS

-Malas adalah satu penyakit yang “biasa” bagi manusia. Tak tahulah betul ke tidak ;) (biasanya betullah) . Nak buang sifat malas dalam diri memang payah. Kalau tidak ada disiplin yang kuat untuk berubah, maka, tidak akan kemanalah. Perubahan yang kita buat pun hanya sekadar perubahan yang sementara.

Kesilapan Yang Ke-3 ialah TAK TAHU GUNA PELUANG SEKELILING ANDA


Manusia di dunia ni tak mampu nak hidup sorang-sorang tuan. Oleh itu, hargailah setiap orang di muka bumi ini samada kawan-kawan, binatang dan semua makhluk. Jika tidak, kita akan dianggap sombong dan hanya pentingkan diri sendiri. Bila ini berlaku, jika kita menghadapi masalah dan ingin meminta pertolongan, tiada siapa yang sudi membantu.

Kesilapan Yang Ke-5 ialah TIDAK MAHU MENGAKUI KESILAPAN DIRI SENDIRI

Ha.. yang ke lima ini adalah kesilapan kita yang utama. Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri. Sebab apa ini berlaku, sebab kita terlalu ego dengan diri sendiri. Samada tuan-tuan sedar ataupun tidak, dengan mengakui kesilapan diri, kita akan rasa lebih bertanggungjawab atas segala tindakan yang kita lakukan. Cubalah..insyaAllah anda akan lebih kenal siapa diri anda yang sebenar.

Kalau kita mahu berjaya, Akuilah kesilapan yang pernah kita lakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Kelak kita akan mencapai kejayaan jika kita terus belajar memperbaiki kesilapan tersebut.

Kesimpulan

Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, teruskan usaha anda dalam mengejar matlamat tetapi pada masa yang sama, mesti memperuntukkan sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri supaya kita dapat melihat kejayaan dan kegagalan yang kita pernah lakukan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik.

Dengan ini saya dengan rasa rendah hati memohon seribu kemaafan jika terdapat kesilapan saya dari segi penulisan artikel yang mengguris hati dan perasaan pengunjung blog ini. Saya akan terus berusaha memperbaiki setiap penulisan saya agar bermanfaat dan berguna untuk anda semua.

5 comments:

Kierinz said...

kalau ade salah dan silap harap diampunkan.. sedangkan Nabi ampunkan umatnya.. : )

cha cha said...

betol 2 abg rain..kita sebagai manusia tidak akan rugi memaafkan atau meminta maaf..setiap manusia pasti membuat kesilapan :)

AyieBlog said...

Salam,kadang2 orang yang tegur orang 2 pun silap,tapi kerana ego maka tak nak mengaku kesilapan,abam mss mintak maaf kalau ada salah dan silap :),tapi 2lah manusia silap orang nampak silap diri sendiri sembunyi belakang tangan :).

cha cha said...

bam mss..name pon manusia kan..bermcm2 ragam yg kita nmpk dlm dunia ni...ad yg jujur yg dye buat kesilapan..ad yg ego x mengaku membuat kesilapan yg jelas di mata manusia...oleh i2,kite kne la 3ma segala baik buruk manusia yg kite kenal :)

Tafseeradiome said...

kesilapan no 5 dan no 2.kena usaha lebih nak kikis sikap itu