Tuesday, June 15, 2010

-Kawan Makan Kawan & Musuh Dalam Selimut-

Assalammualaikum...hari ni saya nak cerita tentang KAWAN MAKAN KAWAN & MUSUH DALAM SELIMUT.Mesti korang ada kawan yang jenis macam ni kan..jom kite usha kat bawah ni...

Makan kawan – musuh dalam selimut – harapkan pagar, pagar makan padi dan banyak lagi istilah seumpamanya telah lama bertapak dalam hubungan antara manusia. Dalam kata lain yang lebih santai, orang dulu-dulu pun dah terkena!

Itu dulu, cara untuk mengenakan kawan pun mengikut cara pemikiran dulu. Sekarang ni dah moden, caranya juga moden dan bijaksana – apatah lagi dengan bantuan alat canggih! Kalau sekarang ni masih ada yang guna cara lama sudah pastilah kantoi, orang sekarang dah semakin bijak tapi kamu pasti perasan apa yang orang sekarang kurang bijak!?

Tidak kisahlah atas bantuan peralatan atau tidak, yang perlu ditekankan disini adalah sejauh mana kita menjaga diri kita sendiri dari jenis kawan yang makan kawan tersebut. Cakap terang sahajalah, apa yang aku cuba sampaikan adalah dari pengalaman. Aku ada pengalaman aku sendiri dan sudah tentu kamu miliki pengalaman kamu kan?

Jom kita cuba singkap siapa yang suka makan kawan tu. Sebelum itu kamu perlu berhati-hati dengan kawan-kawan yang punyai perangai seperti berikut,

  1. Selalu berfikiran negatif.
  2. Kuat cemburu.
  3. Busuk Hati.
  4. Suka Bohong.

Yang pertama adalah sangat bahaya! Kawan yang selalu berfikiran negatif sangat cenderung untuk makan kawan. Fikirannya sangat tidak sihat sehingga ia digelar musuh dalam selimut.

Bayangkan kawan jenis ini sangat licik dan boleh tergolong dalam senarai kawan baik kita. Yang lebih membahayakan apabila mereka benar-benar kenal kita. Membimbangkan ia lebih mudah untuk menjatuhkan kita.

Kamu boleh gambarkan liciknya kawan jenis ini sehingga sanggup merancang untuk kita menjatuhkan hidup kita walaupun dalam jangka masa yang lama. Bagaimana?

Mereka kenal rapat dengan kita walaupun tentang apa sahaja. Caranya mereka akan cuba memanipulasikan sesuatu keadaan atau situasi mengikut rancangan mereka. Biasanya mereka ini lebih bijak dari kita.

Lebih malang, kawan jenis ini sememangnya sentiasa mahu berada dekat dengan kita walaupun kemana kita pergi. Apatah lagi jika mahu berjumpa rakan lain.

Contoh situasi, mereka sentiasa bangkang pendapat kita dan memberi cadangan lain yang kununnya terbaik buat kita tetapi kita sendiri tidak perasan cadangannya itu adalah jalan pemusnah untuk diri kita. Kenapa? Kamu lupa yang kawan jenis ini paling kenal dan rapat dengan kita sehingga sanggup berkongsi seluar dalam!?


Kawan yang selalu busuk hati ni lagi lah tak boleh buat kawan. Kalau nak kawan juga jawabnya memang cari nahas! Bezanya kawan busuk hati dengan kawan yang berfikiran negatif ialah kita senang perasan dan tahu.

Perasan atau tidak, kawan jenis ini memang sentiasa mencari kelemahan orang lain. Sentiasa mencari keburukan orang lain. Sentiasa membusuk-busukan kawan-kawan lain kepada kita. Dan yang paling jelas, mereka memang kuat cemburu!

Mereka akan puas bila mereka berjaya memutuskan silaturrahim dengan kawan-kawan yang lain dan menganggap diri mereka kawan yang terbaik! Macam haram!

Jangan tak tahu, kawan jenis ini boleh membahayakan nyawa kerana tahap busuk hatinya boleh sampai kemuncak iaitu bunuh membunuh! Ini fakta!


Walaupun dunia semakin moden, sebenarnya masih ramai manusia yang baik hati. Manusia yang baik hati inilah yang selalu menjadi mangsa kawan makan kawan.

Belum kena, memanglah kamu mempertahankan kawan baik kamu tu. Dah terkena sendiri mahu ingat ler, lepas tu jangan lupa mengadu kat ruang komen nanti (ha3).

Oleh itu,kite haruslah berhati2 dengan seorang yg bergelar KAWAN.bak kata pepatah "RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAIN2".walaupun seseorang tu nampak baik dengan kite,BERKEMUNGKINAN besar di sebalik kebaikan tu ada maksud tersirat..Mesti korg tertanye2 kan nape saya buat entry sebegini..sebab saya pun pernah mengalami hal tersebut.oleh itu saya jadikan pengalaman yang saya perolehi menjadi PENGAJARAN dalam diri saya untuk memilih kawan..oklah..tyme 2 lunch...papai.. Assalammualaikum...


-offline-

2 comments:

MIERAMEYA said...

biase lahh toh chang , tak sume kita kenal hati budi masing2 , mora tak pena kena sbb mora asik ken pindah , bila dah rapat ngan seseorang , mora pindah n tak dpt nak contact lagi . kalau kawan dalam tenet ramai lahh :P

cha cha said...

ahaha mora..cha byk pengalaman r bab kne tipu n kwn mkn kwn ni..lg2 tyme kat skola lu..adui...mayb cha ni jnis yg terlalu cpt percaya org kot wat cha mudah kne tipu....ahahaha...sume 2 wat Pengajaran kat cha cri kwn :D