Sunday, June 13, 2010

Kenapa Suka Salahkan Orang Lain???

Assalammualaikum..hari ini saya mengambil keputusan untukupdated blog saya yg dah lama tak di updated atas masalah LINE BROADBAND yg kurang memuaskan sehingga saya tidak dapat nak updated blog ni.Memandangkan hari ni line bertambah OK ckit,saya ingin berkongsi tentang KENAPA SUKA SALAHKAN ORANG LAIN????

Apa yang saya ingin katakan pada hari ini adalah, saya begitu pelik dengan perangai manusia (tak semua) yang menganggap diri mereka sahaja yang betul dan orang lain salah walaupun salah orang lain itu hanya 1 dalam 1000 kebaikan. Mengapa? Dalam 1001 perkara, yang 1000 mereka tidak nampak tetapi yang satu itulah mereka gunakan untuk membenci seseorang.

Adakah mereka lupa bahawa manusia itu bukan maksum? Adakah mereka lupa yang manusia itu tidak dapat mengelak melakukan kesilapan? Mengapa mereka tidak bertanya atau berhubungan dengan yang melakukan kesilapan itu dahulu sebelum mereka menggembar-gemburkan? Tidakkah itu boleh memburuk-burukkan individu tersebut?

Adakah mereka tidak tahu yang mereka akan mendapat dosa jika membongkar aib (keburukan) orang lain??? Adakah mereka tidak tahu banyak sebab dan faktor sesuatu kesilapan itu dilakukan atau mungkin ia tak sengaja dilakukan? Jelas, kalau akal sudah diletak di lutut, maka fikiran dah tak terkawal dan sudah tidak memikirkan sesuatu secara baik.

Manusia, memang suka melihat kesilapan orang lain sehingga tidak sedar rasa ujub sudah melanda pada jiwa mereka walaupun mereka mengatakan mereka tidak ujub dan riak… Hakikatnya, mereka tidak nampak akan diri mereka kerana sifat ujub itu berada dalam bahagian tetingkap “buta”.


Adalah satu kejahilan jika kita menggembar-gemburkan sesuatu kesilapan itu jika ia hanya perkara kecil sahaja. Oh, lawak betul.Maaf jika ada yang terasa, tapi yang pasti, anda tidak melakukannya, insyaAllah dan saya juga sentiasa mengingatkan diri saya sendiri akan hal yang “lawak” ini.

Mungkin entry saya kali ini akan membuat banyak pihak TERASA..Bukan niat untuk membuat mana2 pihak TERASA tapi hanya untuk berkongsi apa yang saya fikirkan sekarang ni.Saya pun seorang MANUSIA yang tidak lari dari MEMBUAT KESILAPAN.Sebelum saya mengundurkan diri,saya ingin memohon MAAF sekiranya ada yang terasa dengan entry ni.. Assalammualaikum... -OFFLINE-

P/S:Janganlah Memburukkan Orang Lain Kerana Setiap Manusia Tidak Lari Dari Kesilapan


Bila berlaku perkara seperti di atas,mcm ni la akn berlaku kpd pihak tersebut- bertikam lidah.still x puas aty trus tampar tak puas aty kne tampar trus g belasah..bile dh belasah,lngsung x ingat dunia menyebabkan seseorang 2 trus cedera dan menyerah kalah



7 comments:

didieseven said...

cah terase x ngan entry cah ni !hihi
hehe !kiss

MIERAMEYA said...

mora pun tak terase pun :lala , rasa cam nak !kiss chang jeh , haha . kalau dah manusia sntiase pasan yg dea toh bagus n perfect , akn jd mcm toh lahh . haha !hihi

cha cha said...

ahaha dd..terasa sgt2 :P

cha cha said...

thanks mora coz kumen :P

NiZaM Limited said...

Aaa..terasa ngn entri sha ni. hehe..
nak buat camne..mmg reality ramai yg anggap diri sendiri dah cukup bagus berbanding org lain..besenye org2 dlm kategori ni akan guna ayat camni.."macam diri tu dah bagos sgt"..dia tak sdr sbnrnya dia yg rasekan diri dia bagus..

bagus entri sha..nampak sha semakin matang dlm menulis entri.dan sesuai ngn level sha yg dpt bnyk A dlm SPM tu. hehe..

cuma nak bagi nampak lagi kemas gunakan justify lepas dah tulis entri..nanti tulisan akan jadi lebih tersusun n kemas...=)

cha cha said...

thanks 4 kumen ya abg mose..sha taw sha pon cm 2 gak..sbb 2 sha wat entry cmni..just nk ingtkn diri sha bahawa sha bukn nye bagus sgt :P yew kew...ok..t sha try wat cm 2 ..hehe

Far AcRoss HavOc said...

x tau la nak ckp cm mane...
tp slalu kalau nk salahkan org lain pon kene pikir rasional dulu..
x boleh main petik je die salah..
kalau ade bukti kukuh lagi bagus..
:D