Thursday, June 17, 2010

-Tips Pelajar Cemerlang-

Assalammualaikum... kali ni cha wat entry ni khas untuk semua STUDENT yang mahu menjadi PELAJAR CEMERLANG. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang kita haruslah BERCINTA dengan PELAJARAN ,BERTUNANG dengan MENGULANGKAJI ,BERKAHWINLAH dengan PEPERIKSAAN dan BERBULAN MADULAH dengan KEJAYAAN.Mesti korang nak tau kan cmne CARA nk jd PELAJAR CEMERLANG dan CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG? Jom kita tengok tip or petua untuk menjadi PELAJAR CEMERLANG:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Untuk mereka yang nk berjaya dalam pelajaran,bacalah tips di atas.. insyaAllah..kita akan berjaya.. jangan lupa,dalam diri tu mestilah ada MINAT untuk belajar.. kalau xde perasaan MINAT dalam diri,mcm mana kita nk BERJAYA? Betul x?Setiap yang kita buat kene ada perasaan MINAT.Xde perasaan MINAT kompem semua yang kite nk buat semua x jadi.. So,pastikan perasaan MINAT ada dalam diri anda ok..

Oklah..tyme 2 out..selamat membaca ya.. papai.. Assalammualaikum..


-offline-

1 comment:

DaKMuO said...

Salam...

satu tips yg amat berguna dan bagus!

Thumbs up utk cha cha..

Contohi cha cha adik kesayangan abg...

Good luck to all Student!~


Jom terjah > http://dakmuo.frenzyfm.my